blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Mark Zuckerberg Akhirnya Umum Statusnya Secara RASMI

Saturday, March 26, 2011
Sebagai pengasas Facebook, anda sepatutnya tahu bagaimana untuk mengemas kini status hubungan anda.

Namun selepas tujuh tahun menjalinkan hubungan dengan Priscilla Chan, Mark Zuckerberg akhirnya mengumumkan status perhubungan mereka.

Jejaka berusia 26 tahun telah mengemas kini statusnya kepada 'in relationship' untuk mengumukann dirinya sudah berpunya.

'LIKE': Mark Zuckerberg dan Priscilla Chan pertama kali bertemu di Harvard, pada tahun 2003 dan mula menjalinkan hubungan beberapa hari selepas ia hampir dibuang daripada universiti kerana gurauan Facemash miliknya.

Ramai pemerhati mula perasan perubahan tersebut setelah 'lama tertunda' tetapi tidak menjelaskan mengapa dia menunggu begitu lama.

Namun juga pemerhati telah perasan pasangan itu menukar status mereka daripada 'in relationship' kepada status 'engaged'.

Zuckerberg dan Chan mula mengenali antara satu sama lain ketika mereka berdua belajar di Universiti Harvard.

Berikutan update terbaru itu, laman facebook Chan mendedahkan bahawa hubungan mereka bermula pada tarikh 7 November 2003, hanya beberapa hari selepas peristiwa Facemash yang terkenal oleh Zuckerberg di Harvard.

Dia hampir dibuang daripada universiti selepas menceroboh laman web beberapa kolej pengajian tinggi dan mengambil gambar semua pelajar perempuanmereka, meletakkan gambar mereka bersebelahan antara satu sama lain lain dan meminta pelajar lain 'menilai' daya tarikan mereka.

Kejayaan laman web itu selama beberapa hari di internet adalah inspirasi awalnya untuk membina Facebook.

Kini rasmi: Pengasas Facebook ini mengesahkan statusnya di halaman Facebook-nya sendiri apa yang semua orang sudah tahu. Beliau berkata status update ini sudah 'lama tertangguh'.

Pricilla Chan dengan bangga memaparkan bahawa dia 'in relationship' dengan Mark Zuckerberg di halaman Facebook-nya.

Ada sedikit maklumat telah muncul berkaitan kehidupan peribadi pasangan ini yang tinggal bersama-sama di rumah mereka di Palo Alto, California.

Adakah Zuckerberg akan melamar Chan, seorang wanita kelahiran Cina-Amerika yang berasal dari pinggir bandar Boston, salah satu isu yang terus menjadi persoalan peminat mereka.

Kekayaan Zuckerberg yang bernilai $ 13.5billion, menjadikannnya 52 orang terkaya di dunia, menurut majalah Forbes - dia adalah jutawan termuda kedua di dunia, di belakang rakan-pengasas dan jutawan Dustin Moskovitz.
Read Full 0 comments

Pasangan Ini Melawan Kanser Demi Anak Berusia 18 Bulan

Ketika Nathan Bond di diagnosis menderita kanser terminal (kanser tahap akhir), isterinya Elisa menerimanya dengan tenang dan apa yang bermain di fikirannya ialah dia akan keseorangan menjaga anaknya yang berusia 18 bulan di rumah mereka di Brooklyn, New York.

Kemudian sesuatu yang tidak dijangka berlaku - dia turut di diagnosis menderita penyakit kanser.

Pasangan ini juga telah dimaklumkan bahawa mereka hanya boleh hidup untuk lima tahun lagi kerana penyakit itu telah merosakkan tubuh mereka.

Pasangan yang tabah: Pasangan ini bertekad untuk melawan penyakit mereka demi untuk puteri mereka Sadie, yang baru berusia 18 bulan. Mereka dimaklumkan hanya boleh hidup untuk 5 tahun lagi.

Jika jangkaan doktor ini benar, mereka tidak akan dapat meraikan hari ulang tahun Sadie yang ketujuh.

Perkhabaran itu menyebabkan mereka 'mengharapkan sesuat keajaiban' kerana tidak mahu melihat puteri mereka menjadi anak yatim sebelum memasuki alam persekolahan.

Pasangan ini mendapat galakkan dan sokongan dari rakan-rakan dan keluarga yang telah membina sebuah website demi untuk mengumpul sumbangan bagi membantu menampung kos perubatan mereka.

"Aku ingin menjadi tua bersama suami dan menjaga puteri kami," kata Elisa, 36, yang kini bekerja sebagai agen hartanah.


"Sekarang aku hanya mengharapkan keajaiban."

Pasangan bahagia: Elisa dan Nathan pada hari perkahwinan mereka pada tahun 2005. Mereka bertemu hanya setahun sebelum itu.

Pada Hari Valentine tahun ini Nathan, seorang pelukis berusia 38 tahun, dimaklumkan dia memiliki kanser kolorektal tahap ketiga. Doktor hanya memberinya 60 peratus peluang untuk dia hidup lebih daripada lima tahun.

Ketika mereka masih terkejut dengan berita itu, hasil dari ujian benjolan pada payudara Elisa pun diterima.

Benjolan itu adalah kanser dan telah merebak ke seluruh tubuhnya.

Penyakitnya sudah terlalu teruk dan mustahil untuk sembuh, dan doktor hanya memberinya 16 peratus peluang untuk hidup lebih dari lima tahun.

Pertempuran berani: Nathan dan Elisa Bond mengharapkan 'sesuatu keajaiban' selepas doktor mengatakan bahawa mereka tidak akan dapat hidup untuk melihat puteri mereka menyambut ulang tahun ketujuh Sadie.

Pasangan yang berkahwin pada bulan Jun 2005, terpaksa mengambil cuti dari pekerjaan mereka untuk menghadiri pertemuan setiap hari untuk menjalani ujian dan check-up.

Mereka juga telah membina sebuah blog menceritakan perjuangan menempuhi hari-hari mereka supaya tetap sihat.

Dalam posting terbarunya, Nathan menceritakan bagaimana dia dan Elisa sedang mempersiapkan diri untuk menjalani rawatan kemoterapi keempat dan kedua - pertama kalinya mereka akan menjalani rawatan pada masa yang sama.

Nathan berkata kepada New York Daily News: "Kami melawan statistik (doktor) supaya kami dapat terus bersama dengan puteri kami."

Dia menambah: "Setiap orang harus memiliki kesempatan untuk mendapat banyak kasih sayang seperti yang kami miliki dalam kehidupan mereka. Walaupun kami menderita kanser, kami sangat bertuah  "

Laman web teman-teman dan keluarga mereka telah berjaya mengumpulkan sebanyak $25,000 untuk membantu membiayai rawatan yang tidak dilindungi oleh syarikat insurans mereka.

Beribu-ribu pelawat dari luar turut menghantar mesej sokongan kepada mereka dalam menempuhi hari-hari mendatang yang penuh dugaan.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks