blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Bayi Bermata Satu & Tanpa Hidung Meninggal Dunia

Friday, March 25, 2011
Seorang bayi lelaki bermata satu di tengah dahi dan tanpa hidung telah lahir di India minggu lalu. Bagaimanapun ia hanya dapat bertahan hanya sehari.

Doktor terkejut ketika mereka menyambut bayi dengan kaedah kelahiran caesar dari ibu berusia 34 tahun, Veena Chavan.

Dr Ashok Anand, profesor ginekologi di hospital berkata kepada wartawan, "Anak itu berkemungkinan menderita cyclopia."


Ketika melakukan sonogram pada minggu ke-32 kehamilan Chavan, bayi itu dikesan mengalami hydrocephalic, yang bermaksud air terkumpul di otaknya. Menurut laporan doktor, kakitangan perubatan ingin melakukan prosedur shunting intrauterin tetapi tidak boleh kerana tahap kehamilannya sudah lanjut.

Chavan tidak hanya bersedih kerana kehilangan anaknya, tapi kesal kerana dia tidak mempunyai kesempatan untuk melihat bayinya.

"Ini adalah kehamilan saya yang ketiga, saya kehilangan anak saya sebelum ini ketika mengandung... Saya dimaklumkan bayi saya mempunyai itu air di otaknya tetapi saya tidak pernah menyangka akan melahirkan bayi dengan satu mata dan tanpa hidung," katanya kepada wartawan.

Chavan hanya mempunyai seorang anak ketika ini, seorang puteri berusia 8 tahun.

Aneh, Cyclopia biasa terjadi antara satu dalam 250 embrio dan menyebabkan pembentukan luar biasa kerana holoprosencephaly, yang mempengaruhi bagaimana bahagian depan otak dibentuk sepanjang perkembangan janin. Jika cyclopia berlaku, mata dan hidung tidak terbentuk dengan sempurna.

Biasanya janin tersebut akan gagal di awal kehamilan. Walaupun kemungkinan itu tinggi, tetapi ia jarang berlaku. Penyebabnya cyclopia adalah dari mutasi genetik, ibu yang mengambil alkohol dan mempunyai diabetes juga akan menyebabkan risiko yang lebih besar menyebabkan anak cyclopic.
Read Full 4 comments

Gambar Dramatik Pertama Keadaan Dalaman Stesen Nuklear Fukushima

Tokyo Electric Power Company telah menyebarkan beberapa siri gambar dramatik yang menunjukkan pekerja-pekerja di Stesen Tenaga Nuklear Fukushima Daiichi mempertaruhkan kesihatan mereka demi untuk memperbaiki ruangan kawalan reaktor No.1 dan 2, yang rosak teruk akibat gempa bumi dahsyat pada 11 Mac dan tsunami yang melanda timur laut Jepun itu.

Menurut Wall Street Journal, para pekerja - yang terdiri daripada pekerja Tokyo Electric Power dan pekerja kontrak lain yang berpendapatan ¥ 9,000 (RM 300 lebih) sehari - telah terdedah kepada radiasi tahap bahaya paling tinggi yang berada di dalam bangunan.

Dikenali sebagai "Lima puluh Fukushima," pasukan berani yang terdiri daripada pengurus pertengahan dan pengurus bawah, harus memakai sut pelindung badan untuk melindungi kulit mereka dari zarah radioaktif beracun yang mengisi udara di sekitar mereka.

Lihat foto-foto dramatik di bawah:

Pekerja Tokyo Electric Power Co mengumpul data dalam ruangan kawalan di Unit 1 dan Unit 2 di loji-kuasa nuklear Fukushima Daiichi.

Pekerja Tokyo Electric Power Co melihat bacaan pengukur dalam ruangan kawalan di Unit 1 dan Unit 2.

Pekerja-pekerja Tokyo Electric Power Co mengumpul data di ruangan kawalan Unit 1 dan Unit 2.

Dalam foto yang dikeluarkan oleh Badan Keselamatan Industri dan Nuklear ini, terdapat runtuh di luar pintu gerbang keselamatan untuk Unit 1 dan Unit 2 loji-kuasa nuklear Fukushima Daiichi.

Keadaan bahagian luaran terkini loji kuasa Fukushima.
Read Full 2 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks