Seorang wanita bogel diselamatkan oleh anggota pengawal pantai semalam setelah ia terperangkap ketika cuba hendak turun semula dari sebuah tebing tinggi untuk kembali ke pantai 'bogel' terpencil.
Dia yang sudah pun menanggalkan pakaiannya sebelum cuba untuk memanjat tebing setinggi 450 kaki di Black Beach, yang terletak di Torrey Pines State Park, San Diego, California.
Namun wanita berusia 27 tahun itu mengalami kesulitan dan mendapati dirinya terperangkap pada tebing kecil dan tidak dapat naik semula ke atas atau turun semula ke pantai.
Terperangkap: Wanita 27 tahun ini tertangkap di tebing ini dan harus diselamatkan oleh pengawal pantai pada hari Selasa.
Wanita yang merah padam ini diselamatkan kira-kira 15 minit kemudian ketika seseorang pemanggil misteri menghubungi 911 selepas melihat wanita ini bertenggek di tebing itu.
Bagaimanapun pihak 911 percaya paraglider yang melihat perempuan itu dan yang membuat panggilan, kerana ia tidak boleh dilihat dari atas tebing.
Anggota penyelamat telah menghantar anggota penyelamat wanita untuk turun menyelamatkannya dan membawa bersama pakaian.
Wanita yang tidak dikenali itu kepanasan di bawah sinar matahari ketika ia menunggu untuk diselamatkan dari tebing.
Akhirnya! Seorang penyelamat pantai wanita turun untuk membantu menyelamatkan wanita itu.
Anggota penyelamat wanita memakaikan kit keselamatan pada wanita malang itu sebelum memberikannya sesuatu yang sangat diperlukannya - baju dan seluar.
Klip video yang dirakam oleh Fox menunjukkan anggota penyelamat berdiri di sisi wanita bogel itu untuk memakaikan kit keselamatan sebelum membantunya memakai pakaian.
Wanita dan penyelamat itu kemudiannya berjaya turunkan ke pantai - di mana dia telah mencampakkan pakaian asalnya sebelum memulakan pendakian bogel itu - dengan bantuan sistem takal tali.
Setelah ia berpakaian ia berjalan berhati-hati menuju ke bahagian atas tebing di mana ia telah meninggalkan keretanya. Dia hanya mengalami luka ringan, dan luka pada kedua-dua lutut.
Hampir sampai: Wanita bogel dan anggota penyelamat hampir sampai ke pantai untuk dia memungut kembali pakaiannya.
Selamat: Wanita itu akhirnya mendapatkan kembali semua pakaiannya sebelum ia mendapat saman oleh pegawai petugas kerana mengabaikan tanda amaran dan memasuki kawasan larangan.
Leftenan Greg Buchanan berkata kepada NBC wanita itu tidak akan didakwa, tetapi diberi saman kerana mengabaikan tanda-tanda amaran tentang tebing, dan memasuki kawasan terhad.
Para pegawai berkata ramai pendaki sering terperangkap di Torrey Pines, tapi mereka jarang memilih laluan yang dilalui wanita itu.
Black Beach, di Torrey Pines State Park, merupakan pantai bogel terkenal. Undang-undang terhadap bogel di khalayak awam tidak dikuatkuasakan di sepanjang bahagian pantai ini.