Ramai yang percaya pencarian ini pada awalnya adalah sia-sia.
Tapi setelah lebih sebulan mengejar angsa yang terdapat panah yang melalui tubuhnya, penyelamat di Pusat Rehabilitasi Burung Liar di Denver, akhirnya mendapat hasilnya.
Angsa yang dinama Quilly ini telah menjalani operasi pembedahan untuk mengeluarkan anak panah dan apabila sudah sembuh, ia akan dilepaskan kembali ke hutan di Denver, Colorado.
Quilly seekor angsa Kanada dapat ditangkap setelah hampir enam minggu terus hidup dengan anak panah di tubuhnya
Angsa ini pertama kali dilihat pada hari Valentine. Setiap kali seseorang cuba untuk menangkapnya ia akan lari atau terbang.
Ia pertama kali dilihat di Washington Park oleh seseorang yang prihatin dan sejak itu pasukan penyelamat berusaha dengan untuk menangkap angsa tersebut tetapi sia-sia.
Seorang sukarelawan Gabrielle Wimers dari Pusat Rebabilitasi mengatakan kepada Denver Post:
"Ia adalah angsa yang sangat bijak. Dia berjaya memperdaya semua orang selama satu bulan."
Gabriele Braunschweiger, seorang sukarelawan lain menambah:
"Kami tahu kedudukannya selama beberapa minggu, tetapi sukar untuk menangkapnya dengan semua orang di sekelilingnya. Apabila semua orang berusaha menangkapnya, ia membuatkannya lebih ghairah. "
Beliau akhirnya ditangkap oleh para sukarelawan dan dibawa ke hospital haiwan.
Doktor haiwan mengeluarkan anak panah logam dalam operasi pembedahan yang singkat. Mereka berharap ia akan kembali bebas dalam beberapa hari lagi.
Akhirnya, pada pagi Khamis burung itu kelihatan sekali lagi, kali ini di Garland Park. Ia dikepung dan berjaya ditangkap menggunakan jerat kaki.
Ketika dirawat di Hospital Haiwan, doktor haiwan mengatakan jika kedudukan anak panah itu lebih sedikit ke kiri, angsa itu mati.
Dia menjalani operasi pembedahan di bawah anestesi untuk mengeluarkan anak panah itu dan harus dibebaskan dalam beberapa hari akan datang.
Bertuah: Anak panah ini tidak melalui organ vital angsa, tapi doktor haiwan mengatakan situasi seperti ini sering mereka temui.
Doktor haiwan, Jerry La bonde berkata kepada
KDVR-TV:
"Hanya beberapa inci boleh menjadi perbezaan yang besar. Dan, kita sering melihat (perkara) seperti ini."