blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

AWAS! Kanak-kanak 11 Tahun Mati Terkena Kejutan Elektrik Dari Tiang Lampu Ini

Sunday, March 20, 2011
KUALA LUMPUR, 20- Mac -- Gambar (kecil) mangsa Muhammad Naqiuddin,11, yang mati terkena kejutan elektrik di tiang lampu seperti yang terdapat dalam gambar semasa bermain di taman permainan di Batu Tiga Shah Alam pada 6.50 pm petang semalam di sini hari ini.

Kredit : Bernama
Read Full 1 comments
Read Full 1 comments

Taib Berundur ? Jangan Kena Tipu!

Janji pemimpin rakus seperti ini memang sudah biasa didengar oleh rakyat khususnya mereka yang sudah lama hidup dan banyak pengalaman. Janji pemimpin untuk berundur diri hanya mainan bibir sahaja. Lidah yang lembut itu mudah mengenakan kata-kata manis untuk menabur janji yang akhirnya tidak ditepati.

Di antara yang saya ingat ialah janji Dr Mahathir semasa ucapan penggulungan Perhimpunan Agong UMNO 1981 dahulu semasa mengambil alih kepimpinan dari Datuk Husein Onn. Semasa itu perhimpunan agong tahunan UMNO masih di adakan di Dewan Nirwana Hotel Hilton Kuala Lumpur. Saya mendengar ucapan itu dengan jelas kerana perwakilan dari Bahagian saya duduk di hadapan sekali didalam Dewan Persidangan itu. Dr Mahathir memberi tahu perhimpunan itu agar memberi beliau signal jika ada tanda-tanda yang beliau tidak digemari lagi oleh rakyat dan ahli UMNO, dan beliau akan berundur secara terhormat.


Tetapi apabila ahli-ahli UMNO telah menunjukkan tanda-tanda itu beliau tetap bertahan sehingga beliau memimpin negara selama 22 tahun. Apabila UMNO sudah menunjukkan yang beliau sudah tidak popular lagi beliau menubuhkan parti baru (UMNO Baru) untuk membawa pemulaan baru bagi beliau dan terus memimpin sambil meninggalkan ramai pemimpin yang beliau geruni duduk di luar parti yang baru beliau tubuhkan itu.

Pada tahun 1985 apabila PBS ditubuhkan dengan pantas untuk menyertai pilihanraya negeri Sabah bagi menandingi parti Berjaya pimpinan Ketua Menteri Haris Salleh, Dr Mahathir telah berucap keseluruh negara melalui stesen-stesen TV, Dr Mahathir berkata “I will sink and swim with Berjaya’.

Tetapi apabila Berjaya kalah dan Haris sendiri kalah di tangan Kaduh Agundung Dr Mahathir “swam with PBS and ignored the sinking Berjaya”. Berjaya hanya tinggalkan dalam coretan ahli-ahli sejarah dan kalau tidak silap saya parti itu sudah tidak ada lagi di dalam pendaftar pertubuhan. Dr Mahathir bermain politik mengikut resmi air; dimana lekok di situ beliau berhenti.

Berbalik kita kepada janji Taib Mahmud tadi, lebih elok jangan kita hiraukan janji-janji manis beliau itu sehingga beliau benar-benar berundur. Kita anggap sahaja beliau akan terus duduk di singgahsana kuasa sampai beliau meninggalkan kita semua. Janji-janji seperti ini memang selalu kita dengar. Jarang-jarang janji-janji itu ditepati.

Kadang-kadang ingin rasanya meminta pemimpin kita membuka mulut mereka luas-luas, nak tengok lidah di dalam mulut mereka itu lidah manusia atau lidah…….

Selanjutnya di sini.
Read Full 0 comments

Detik Pesawat Ditembak Jatuh Di Libya (VIDEO)


Wartawan BBC di Benghazi Ian Pannell melaporkan sebuah pesawat jatuh terbakar pada pukul 09.00 waktu setempat di ruang udara Benghazi, tetapi masih belum dapat dikenal pasti apakah pesawat itu ditembak jatuh oleh pasukan pemberontak.

Suara ledakan dan rentetan tembakan senjata masih kedengaran di Benghazi walaupun pemerintah Libya, Gaddafi sudah mengumumkan gencatan senjata pada hari Jumaat.

Para wartawan di Benghazi melaporkan masih ada kereta kebal di jalanan dan berlaku pertempuran berhampiran universiti yang terletak di barat daya Benghazi. Gaddafi mengatakan mereka mematuhi gencatan senjata dan membantah melakukan serangan di Benghazi.

Read Full 3 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks