blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Lelaki Diselamatkan Selepas 8 Hari Rupanya 'Pulang Ke Rumah'

Saturday, March 19, 2011
Rasanya ia terlalu bagus untuk menjadi kenyataan.

Hari ini heboh berita di dalam televisyen di seluruh dunia berkenaan keajaiban penemuan seorang pemuda dari sebuah runtuhan rumah yang dilanda tsunami selepas lapan hari.

Dibaluti dengan selimut, lelaki itu ditemui terbaring di dalam runtuhan rumahnya di bandar Kesennuma, Wilayah Miyagi yang telah musnah.

Pasukan penyelamat dari jabatan pertahanan awam yang gembira apabila berjaya membawa pemuda itu ke tempat yang selamat dan dikejarkan ke hospital, mengatakan bahawa dia terkejut dan tidak boleh bercakap.



Namun rupanya ia tidak seperti yang disangka. Lelaki itu sebenarnya kembali ke rumahnya selepas gempa bumi dan tsunami daripada pusat pengumpulan mangsa untuk meninjauan kerosakan rumahnya.

Sebaik ia di sana, tanpa diketahui atas apa sebab, ia yang hanya berselimut telah tidur di dalam sisa-sisa runtuhan yang dahulu adalah rumahnya.

Ketika itulah pasukan penyelamat dan krew televisyen menemuinya dan percaya bahawa dia adalah antara salah seorang mangsa yang terselamat dalam 'keajaiban' selepas dilanda tsunami dan gempa bumi 9.0 skala Richter.
Read Full 3 comments

Pilihanraya Kecil Jerteh?



BESUT, 19 Mac -- Pilihanraya Kecil Jerteh? ... Begitulah anggapan orang ramai yang melalui bandar Jerteh hari ini apabila melihat beribu-ibu bendera UMNO dan PAS diletakkan di merata tempat di sini, sejak malam tadi.

Sebenarnya ianya merupakan tarikan bagi mengajak orang ramai mengikuti ceramah perdana yang dianjurkan secara serentak oleh kedua-dua parti itu di bandar ini.

PAS menganjurkan Himpunan Kebangkitan Rakyat PGU( PAS Ganti UMNO) dengan jemputan penceramahnya terdiri dari Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Azmin Ali.

UMNO pula dihadiri Umi Hafilda Ali dan Pengerusi Biro Agama Veteran UMNO Kelantan, Profesor Madya Mohd Noor Deris.

Kredit : Bernama
Read Full 0 comments

Selepas 8 Hari, Lelaki Ini Dijumpai Masih Hidup

Seorang lelaki ditemui masih hidup awal hari ini (Sabtu) di dalam runtuhan rumahnya - lapan hari selepas tsunami merempuh rumahnya sehingga dia tidak sempat melarikan diri.

Banyak harapan sebelum ini yang telah berputus asa untuk menemui mangsa yang masih selamat setelah begitu lama mencari dan berada pada suhu beku.

Pasukan dari jabatan pertahanan awam sendiri terkejut apabila menemui orang muda ini yang masih terperanjat dan tidak dapat bercakap, di dalam runtuhan rumahnya di bandar Kesennuma, Wilayah Miyagi yang teruk dilanda tsunami.

Ajaib: Mangsa ini diselamatkan dalam keadaan masih bernyawa dari sebalik runtuhan selepas lapan hari Jepun dilanda gempa kuat dan tsunami.

Dia kelihatan tidak mengalami kecederaan parah tapi telah mengalami kejutan yang agak teruk selepas melalui semua peristiwa ini, menurut seorang pegawai.

Lelaki yang masih belum diketahui namanya ini, tidak dapat memberitahu penyelamat apa yang telah terjadi padanya dan bagaimana dia dapat bertahan selama lapan hari.




Selamat: Mangsa dibawa ke hospital di Kesennuma, Miyagi.
"Ini sangat luar biasa apabila kita dapat menemui seseorang yang masih hidup setelah sekian lama," kata seorang pegawai pertahanan awam.

"Mungkin masih ada yang dapat bertahan hidup akan dijumpai. Kami melakukan apa yang terbaik untuk mendekati bangunan yang terlalu sukar dimasuki untuk menyelamatkannya dan selepas penemuan indah pagi ini mungkin kita akan menemui lebih ramai orang yang masih hidup."



Stabil: Lelaki berumur 20, masih terkejut dan tidak dapat bercakap ketika ditemui.


Kredit : NHK, Reuters
Read Full 2 comments

Ketua Loji Nuklear Menangis Umum Tahap Radiasi Sebenar

Ketua syarikat disebalik reaktor nuklear yang musnah di Jepun hari ini akhirnya menangis - apabila akhirnya mengakui negaranya sudah diselubungi radiasi yang dibebaskan dari kesan pemanasan-reaktor dan rod bahan bakar yang cukup untuk membunuh beberapa warga Jepun. Agensi Keselamatan Nuklear dan Industri Jepun mengakui bahawa bencana itu berada pada tahap 5, yang diklasifikasikan boleh menyebabkan krisis 'beberapa kematian radiasi' oleh Tenaga Atom Antarabangsa PBB.

Pengumuman rasmi itu dibuat setelah mereka menyedari semua radiasi sudah keluar sepenuhnya daripada loji. Mereka juga mengatakan bahawa 3 peratus daripada bahan bakar tiga reaktor di kilang Fukushima telah rosak teruk, menunjukkan teras reaktor sudah cair.

Pengarah Urusan Tokyo Electric Power Company, Akio Komiri menangis ketika ia meninggalkan sidang media berkaitan situasi di Fukushima.

Seorang menteri senior Jepun juga mengakui bahawa negara itu sekarang diselubungi dengan skala tsunami dan krisis nuklear.

Beliau berkata para pegawai sepatutnya perlu mengakui lebih awal bagaimana seriusnya kebocoran radiasi. Setiausaha Kabinet Yukio Edano berkata: "Belum pernah terjadi sebelum ini gempa bumi dan tsunami yang besar melanda Jepun, terus terang, banyak perkara-perkara ini tidak termasuk dalam perancangan pengendalian bencana kecemasan kami.


Dalam pengalaman lalu, kita kena bergerak lebih cepat sedikit dalam menilai situasi dan menyelaras semua maklumat yang diberikan dengan lebih cepat. "

Pakar nuklear telah berkata selama beberapa hari Jepun akan menempuhi keparahan krisis.

Keadaan sekarang adalah serupa seperti kemalangan Three Mile Island di Pennsylvania pada tahun 1979. Hanya letupan di Chernobyl pada tahun 1986 menduduki skala teratas.

Timbalan pengarah jeneral NISA, Hideohiko Nishiyama, juga mengakui bahawa mereka tidak tahu apakah keadaan reaktor ini akan dapat dikawal.

Dia berkata: "Dengan operasi semburan air, kita memerangi yang api tidak dapat melihat. Api itu tidak merebak, tapi kita tidak boleh mengatakan ia kini berada di bawah kawalan."

Bagaimanapun Perdana Menteri Naoto Kan tetap berkeras bahawa negaranya akan dapat mengatasi bencana

"Kami akan membina semula Jepun dari awal," katanya dalam ucapannya yang disiarkan televisyen: "Dalam sejarah kita, bangsa di pulau kecil ini telah membuat pertumbuhan ekonomi yang menakjubkan dengan usaha dari semua warga negara Jepun. Itulah cara Jepun dibina."

Ia berlaku selepas gambar yang menunjukkan rod bahan bakar yang menjadi terlalu panas terkeluar melalui lubang besar di dinding sebuah bangunan reaktor di kilang nuklear Fukushima hancur.

Radiasi terbebas ke atmosfera dari rod uranium yang digunakan pada reaktor nombor empat, selepas kolam simpanan sedalam 45kaki yang direka untuk menstabilkan loji kering di dalam kebakaran.

Dan beberapa bahan radioaktif boleh sampai hingga ke England dalam masa dua minggu, menurut pakar.

Bagaimanapun mereka mengatakan hal itu tidak begitu berbahaya jika radiasi tiba ke pantai mereka kerana radiasi peringkat rendah telah pun tiba di Utara California.

Terdedah: gambar ini menunjukkan sebuah lubang yang terbuka di loji reaktor nombor empat. Kren hijau di dalam bulatan, biasanya digunakan untuk menggerakkan rod ke dalam kolam simpanan sedalam 45 kaki, sudah terkeluar. Kolam itu telah kering dan menyebabkan rod menjadi panas dan melepaskan radiasi.


Sebelum: Gambar ini menunjukkan bahagian dalam reaktor nombor empat di kilang nuklear Fukushima sebelum bencana. Kolam simpanan bahan bakar dengan rod berada di dasar kolam, yang pada keadaan sekarang telah kering kontang.

Seorang pegawai PBB berkata radiasi yang sampai hingga ke Amerika adalah 'sekitar satu bilion kali' di bawah tahap kesihatan yang mengancam.

Radiasi juga dijangka akan sampai ke Eropah, dan sekali lagi para pegawai menekankan bahawa mencapai tahap radiasi yang sampai ke England tidak akan cukup tinggi untuk menimbulkan apa-apa risiko pada kesihatan manusia.


Lars-Erik De Geer dari Institut Kajian Pertahanan Sweden berkata zarah radiasi ini akhirnya akan dikesan di seluruh Eropah.

"Ia bukan sesuatu yang biasa," katanya. "Tetapi ia tidak melebihi dari titik bahaya. Tahapnya sangat rendah dan orang ramai tidak perlu bimbang."

Ramalan bahawa zarah radiasi boleh sampai sehingga ke England dalam masa dua minggu ini berdasarkan pada data sebelum ini, yang dikumpulkan oleh para saintis yang memantau ujikaji nuklear di China.

Sementara itu, pekerja di loji elektrik yang musnah ini terus bertahan berusaha untuk mengelakkan krisis yang paling mereka takuti terjadi- seburuk Chernobyl.

Kredit : AP, Reuters, DailyMail
Read Full 11 comments

Pencuri Kondom Jepun Ditangkap


KUALA LUMPUR - Polis Malaysia telah berjaya menahan tiga orang suspek yang terlibat dalam pencurian 726,000 kondom dalam kontena. Mohamad Shukri Dahlan, Ketua Polis Negeri Perak, berkata kecurian ini adalah pekerjaan orang dalam.

Dia berkata, suspek bekerja di kilang yang bertanggung jawab untuk pengangkutan kondom dari kilang ke pelabuhan, di mana ratusan ribu kondom super tipis itu akan dieksport ke Jepun. “Kondom itu mahu dijual di Malaysia tapi mereka gagal,” kata Mohamad Shukri.

Berita kehilangan kondom yang hilang itu turut mendapat perhatian media antarabangsa seperti dilaporkan sebelum ini di sini.
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks