 |
| Aaron Homer |
PHOENIX - Lelaki ini terlalu fanatik dan obses dengan hal-hal yang berkaitan dengan
vampire atau drakula.
Aaron Homer (24), begitu tertarik pada kisah drakula. Sehinggakan ia begitu menjiwai karakter drakula kegemarannya yang memberi inspirasi pada dirinya.
Kegemarannya yang menakutkan itu akhirnya memberi padah pada dirinya.
Homer, dihukum percubaan selama tiga tahun oleh Mahkamah Tinggi Maricopa County, Amerika Syarikat, setelah menyerang teman sebiliknya, Robert Maley (25).
Homer cuba menikam Maley kerana temannya itu menolak permintaannya untuk menghisap darahnya.
Maley mengaku pernah sekali membiarkan Homer menghisap darahnya. Namun, Maley menolak permintaan Homer untuk kali kedua. Lalu Homer menikamnya.
Pihak polis melaporkan Maley tinggal bersama Homer dan teman wanitanya, seperti dilaporkan
Strait Times, Rabu (16/3/2011).
Maley turut mendakwa Homer dan teman wanitanya bagaikan orang yang ketagih dengan segala hal berkaitan dengan drakula.