blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

'Penis Gummies'..

Wednesday, March 16, 2011

Jika ada anugerah tahunan untuk ibu Hollywood - pastinya Katie Holmes tidak akan memenanginya tahun ini.
Bukan sekadar dia keluar dengan puterinya Suri yang baru berusia empat tahun sehingga lewat tengah malam, tetapi anaknya itu turut memegang sekotak gula-gula yang sangat tidak sesuai dengannya. Suri kelihatan memegang erat kotak gula-gula 'Penis gummies' ketika ia dan ibunya Katie, 32, berhenti sebentar untuk berbual dengan rakan-rakannya sebelum meninggalkan restoran Serendipity 3.


Perlukan bimbingan: Katie Holmes dan puterinya sedang keluar untuk makan malam di New York, Suri mengambil sebungkus gula-gula 'Penis gummies'.

Kotak gula-gula itu mempunyai gambar kartun seperti alat kelamin lelaki dan tidak mengejutkan Suri tertarik pada kotak gula-gula ini kerana warna bungkusannya yang menarik. Sementara dia mungkin belum tahu gambar apa yang dilihatnya - sedangkan ibunya Katie sudah tahu.

Namun, dia kelihatannya seolah-oleh terlewat menyedari bungkusan gula-gula itu. Tetapi tidak dapat dipastikan sama ada gula-gula itu adalah hadiah atau Suri sendiri yang mengambil sendiri ketika ibunya sedang berbual bersama rakan.

Read Full 6 comments

Kenapa Tiada Kecurian Di Jepun?

Mereka menunjukkan perasaan hormat antara satu sama lain walaupun ketika dilanda musibah.

Keadaan di Jepun ketika ini tidak ubah seperti selepas Perang Dunia II, tidak ada mana-mana negara industri yang menderita ramainya rakyat yang terkorban seramai itu. Paling kecil, satu perkara baik paling kecil dalam hal ini menunjukkan bagaimana sifat kemanusiaan ketika menghadapi saat sukar buat kali kedua, dengan pasukan penyelamat England, Amerika Syarikat dan beberapa negara Asia terbang ke sana untuk sama-sama menghulurkan bantuan.

Perpaduan masyarakat di Jepun sendiri sangat kuat. Bahkan perkara yang lebih kuat daripada kehebatan teknologi di Jepun adalah kekuatan sosial di sana. Pasaraya memberikan potongan harga dan pemilik mesin vending membahagikan minuman percuma kepada masyarakat yang sedang berusaha untuk meneruskan hidup. Paling menarik perhatian sekali. tidak ada kecurian yang berlaku di Jepun!.

Ini jarang berlaku dalam budaya hidup manusia, dan perkara itu tidak berlaku di England. Ketika banjir tahun 2007 di West Country, kereta yang ditinggalkan dipecahkan dan air minuman percuma untuk mangsa banjir dicuri. Kita dapat lihat ada aktiviti kecurian di Chile selepas gempa bumi beberapa tahun lalu - sedangkan begitu banyak pasukan bantuan dihantar di sana, di New Orleans, ketika ribut Katrina kita dapat lihat kecurian yang berlaku dalam skala yang mengejutkan. Tidak lepas juga di Malaysia, bantuan yang dihantar kepada mangsa banjir sendiri 'disembunyikan' separuh oleh pihak bertanggungjawab. Tanyalah orang Kota Tinggi ketika banjir besar 2005. Rahsia ini terbongkar setelah banjir kedua melanda. Rumah orang yang bertanggungjawab untuk mengedarkan barangan bantuan banjir turut dilanda gelombang kedua sehingga terapung segala barangan bantuan yang dicurinya.

Persoalan yang timbul ialah mengapa 'budaya' kecurian ketika setiap kali berlaku bencana, sehingga mengubah jati diri seseorang itu daripada baik menjadi jahat kerana alasan 'darurat' - tidak berlaku di sini, terutama Jepun - mereka terus menunjukkan altruisme walaupun di dalam kesulitan?
Read Full 12 comments

Spray Rambut Rosmah Bukan Teknologi Hijau

KUALA LUMPUR: First Lady Rosmah Mansor yang bergaya telah diserang oleh komuniti Twitter selepas videonya memberi komen berkaitan bencana di Jepun mula beredar di dalam Internet.

Dalam video yang ditayangkan di Astro Awani, Rosmah telah mengatakan bahawa tragedi tersebut merupakan hasil dari kecuaian dalam melaksanakan perancangan pembangunan di negeri itu. Dia juga dipetik menyatakan bahawa bencana yang terjadi ini harus menjadi pelajaran bagi Jepun dan negara-negara lain, sambil mengatakan bencana itu akibat perkembangan kemajuan yang cepat dan perubahan iklim.

Isteri Perdana Menteri Najib Tun Razak juga mendesak negara untuk mempunyai perancangan pembangunan menyeluruh dan berstruktur dengan baik, juga mempertimbangkan perubahan iklim dan teknologi hijau.

Video ini dirakamkan di Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini ketika acara “Walk For Children: 1Malaysia Goes Green”, telah disiarkan di Astro Awani selepas tragedi di Jepun dan dipetik oleh TV Selangor (lihat video).



Sebagai respon terhadap komentar-nya, komuniti Twitter Malaysia menjadikan Rosmah sebagai sasaran, dengan beberapa komentar menyentuh gaya rambut dan hairspray-nya yang mengandungi CFC yang pastinya tidak mesra alam.

“Rosmah, our very own expert on green technology, doesn’t seem to know earthquakes and tsunamis are natural disasters,” ("Rosmah, seorang pakar pada teknologi hijau, nampaknya tidak tahu gempa bumi dan tsunami adalah bencana alam,") dalam satu Tweet.


“Congrats, Malaysia – we’re officially dumbasses. Thanks, Rosmah!” ("Tahniah, Malaysia - kita secara rasmi sangat bodoh. Terima kasih, Rosmah ") di dalam tweet yang Lain.

Ada juga Twitters yang mendesak Najib untuk mengawal isterinya, sementara satu tweet mendakwa bahawa satu-satunya teknologi hijau yang Rosmah mahir adalah "greenback" (dolar AS).

Bahkan selebriti tempatan turut serta di dalam isu ini, pelakon terkenal dan personaliti radio Patrick Teoh mengingatkan Rosmah bahawa "suaminya sendiri meluluskan plan tapak cadangan projek makmal di Malaysia."

Penyanyi-penulis lagu Pete Teo di dalam tweet-nya, “Thousands of lives destroyed in horrific watery graves. And FLOM (First Lady of Malaysia) puts her foot in her mouth. Sigh. Malaysia Boleh.” ("Ribuan kehidupan terkorban dan berkubur di dalam air yang mengerikan. Dan FLOM (First Lady Malaysia) meletakkan kakinya di mulutnya. Mengeluh. Malaysia Boleh. ")

Komen Rosmah turut mendapat perhatian oleh wartawanan warga CNN, iReport.

Mengulas hal ini, MP PKR Johari Abdul merasa terkejut dan berkata bahawa isteri-isteri Perdana Menteri sebelum ini tidak pernah masuk campur dalam hal-hal seperti itu. "Lihatlah (Dr) Siti Hasmah Ali (isteri dari Dr Mahathir Mohamad), dia tidak pernah melibatkan dirinya dalam kontroversi, sama seperti Jeanne Abdullah (isteri Abdullah Ahmad Badawi).


"Setiap kali dia (Rosmah) membuka mulutnya, akan jadi masalah bagi kerajaan, diam dan memainkan peranan anda sebagai isteri dan tidak cuba untuk menjadi pemerintah," katanya kepada wartawan di parlimen.

MP Sungai Petani juga meminta Najib untuk "mengawal" isterinya supaya dia tidak memalukan kerajaan dan bangsa.

Sendai, ibukota dari Wilayah Miyagi, dilanda gempa 9.0 magnitud Jumaat lalu. Gempa ini menyebabkan terjadinya tsunami setinggi hingga 10 meter. Gempa juga mencetuskan penutupan loji nuklears, kebocoran dan kegagalan dalam penjanaan tenaga elektrik di seluruh Jepun.

Agensi Polis Kebangsaan Jepun telah mengesahkan jumlah kematian setakat ini ialah 2,414 orang, 1,885 cedera dan 3,118 orang lagi hilang di 16 wilayah, namun jumlah sebenar dianggarkan jauh lebih tinggi.


Kredit : FMT
Read Full 1 comments

Kasut Manusia Kaki Kuda

Kasut yang dibuat berbentuk kaki kuda, yang lengkap dengan bulu asli mula akan mula dijual. Pereka kasut yang mereka kasut ini menetapkan untuk mula menjual kasutnya ini di Festival Cheltenham


Dua jenis kasut yang direka, untuk ketinggian hingga paras lutut atau setakat pergelangan kaki ini lengkap dengan zip dan menjadi pertaruhan syarikat Betfair untuk merayakan sambutan 100 tahun festival ini yang bermula esok.

Kasut kuda yang dijual dengan harga £ 1,300 (lebih RM 6 ribu) sepasang, dengan semua hasil jualannya akan didermakan.

Setiap pasang kasut yang dibuat menggunakan kuku tiruan dengan serat karbon dan hampir 5,000 bulu kuda dijahit sehingga paras lutut (55cm) atau pergelangan kaki (25cm).

Read Full 11 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks