blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Bayi 4 Bulan Selamat Dari Tsunami, Jumpa Dicelah Runtuhan

Tuesday, March 15, 2011
Suara tangisan bayi di tengah sisa runtuhan bangunan kelihatan begitu mustahil sehingga sepasukan tentera yang menjalankan kerja-kerja menyelamat di sebuah desa pada awalnya menganggap mereka hanya tersalah dengar.

Tapi bunyi tangisan itu datang lagi. Dan kali ini mereka pasti itu adalah tangisan bayi. Mereka mula menolak serpihan-serpihan kayu dan batu, menggali lapisan tebal lumpur - dan terjumpa seorang bayi kecil yang mereka sifatkan penemuan ini sebagai 'keajaiban kecil'.

Gembira: Seorang anggota tentera memegang bayi perempuan berusia 4 bulan di Ishinomaki, utara Jepun setelah menyelamatkannya.

Bayi perempuan berusia 4 bulan ini berpisah daripada ibu bapanya ketika desa di Ishinomaki ini hancur dilanda gelombang tsunami.

Selama tiga hari, keluarga bayi ini panik mencari anak mereka dan percaya bahawa ia telah hilang untuk selama-lamanya.

Tapi semalam, harapan dan kesedihan akibat bencana itu mulai cerah apabila tersebar berita penemuan seorang bayi yang tidak berdaya tetapi terus bertahan hidup.

Tentera Jepun telah pergi dari satu rumah ke satu rumah mengeluarkan mangsa korban di Ishinomaki, sebuah bandar di pesisir timur laut Sendai. Sebahagian besar korban adalah warga tua yang tidak sempat melarikan diri ketika ombak tsunami datang.

Tetapi semalam merupakan saat paling berharga buat keluarga bayi ini, adapila pasukan penyelamat berjaya menemuinya.

Salah seorang anggota tentera segera meletakkan bayi ini dalam dakapan, membalutnya dengan selimut dan memeluk erat bayi ini bersama rakan tentera yang lain. Sukar untuk percaya bagaimana bayi semuda ini dapat bertahan ketika semua harapan telah hilang. Bagaimanapun itulah kekuasaanNya!.

Anak kecil itu kesejukan kerana basah dan menangis, tapi dia tidak mengalami apa-apa kecederaan. Bagaimana dia tidak tenggelam dan hanyut di bawa arus menjadi misteri kehebatan keagunganNya. Akhirnya anggota tentera ini berjaya menjejaki ayah bayi ini, yang telah berjaya mengosongkan rumah mereka yang rosak bersama ahli keluarga yang lain.

Bagaimanapun mimpi buruk itu belum berakhir. Beberapa minit selepas pertemuan yang emosional ini, mereka menerima berita tsunami kedua di dalam perjalanan.

Ayah bayi ini memohon kepada askar untuk membawa bayi mereka ke tempat selamat yang lebih tinggi.

Tetapi penggera 11:00 pagi mengesahkan amaran itu palsu dan semua ahli keluarga ini berkumpul kembali. Di tengah-tengah kehancuran yang dahsyat ini, ada beberapa kisah berharga untuk kelangsungan hidup.

Namun penemuan anak kecil yang tidak disebutkan namanya ini telah memberikan harapan kembali kepada orang lain ada kemungkinan untuk menemui mangsa yang masih hidup di sebalik runtuhan bangunan dan batu yang meliputi puluhan batu dari pantai timur pulau Honshu ini.

Takut: Setelah mendengar amaran tsunami, ayah bayi ini cuba untuk melarikan diri ke tempat yang lebih selamat sebaik saja ditemukan dengan bayinya.


Kredit : AP
Read Full 9 comments

Ular Mati Selepas Gigit Payudara Model


Seekor ular sawa yang malang mati kerana keracunan silikon - selepas mematuk payudara seorang gadis.

Video: Ular gigit payudara model

Seorang model Israel, Orit Fox yang membuat penampilan di saluran TV Sepanyol, Telecino ketika ular sawa itu mematuknya.

Dia yang memegang reptilia jinak itu pada mulanya bergaya sambil membuat aksi seolah-olah menjilat ular tersebut. Bagaimanapun akhirnya tindakannya itu menyebabkan ular itu terkejut lalu menyerangnya.

Fox dibawa ke hospital untuk diberikan suntikan tetanus, malangnya ular itu tidak begitu bernasib baik kerana mati akibat keracunan silikon.

Fox merupakan seorang bintang terkenal di Israel dan telah beberapa kali melakukan pembedahan membesarkan payudara.
Read Full 27 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks