blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Siapa Zoy?...

Monday, March 14, 2011
Inilah kartunis Mohd Zohri Sukimi atau lebih terkenal dengan nama penanya, Zoy. Mungkin sebelum ini kita tidak ambil peduli siapakah kartunis ini. Namun sejak salah satu karyanya yang mengaibkan Malaysia semalam mencetuskan kemarahan umum dan antarabangsa, menyebabkan kita hendak mengenali siapakah beliau. Profil kartunis Zoy adalah seperti berikut:

Kartunis ZOY
Nama : Mohd Zohri Sukimi

Tarikh lahir : 23 Januari 1959

Umur : 52 tahun

Asal : Klang, Selangor

Saya tidak layak untuk mentafsirkan siapa itu Zoy. Jadi saya bertanyakan kepada rakan kartunis yang pastinya saling mengenali antara satu sama lain diantara mereka. Zunar antara individu yang layak untuk bertanyakan siapakah Zoy itu. Akhirnya Zunar memberikan jawapan yang 'LENGKAP' untuk kita mengenali watak Zoy yang sebenar.


Kalau Zunar lah yang melukis kartun tersebut, saya amat YAKIN dan PASTI akan timbul pelbagai kecaman dan tindakan yang akan dikenakan terhadap beliau. Pihak berkuasa akan menggeledah pejabatnya, segala bahan dan komputernya akan dirampas. Zunar juga akan disumbatkan ke dalam penjara....barangkali.
Read Full 6 comments

Lelaki Dihanyutkan Arus Tsunami Hingga 10 Batu Ke Tengah Laut Diselamatkan

Hari ini ketika penduduk Jepun berkabung dengan kemusnahan yang dahsyat dan ribuan kehilangan nyawa selepas gempa bumi Jumaat lalu tiba-tiba ia dikejutkan dengan sebuah cerita yang penuh pengharapan.

Hiromitsu Shinkawa, 60, hari ini diselamatkan selepas dibawa arus tsunami ke tengah laut ketika ia sedang bertahan di atas bumbung rumahnya selepas tsunami melanda pantai timur laut Jepun. Selama dua hari ia cuba untuk mendapatkan perhatian dari helikopter dan kapal yang melepasinya, namun sia-sia.

Hiromitsu Shinkawa, 60, melambai ke arah penyelamat sebelum dibawa ke tempat yang lebih selamat.

Sebuah bot penyelamat dihantar dari kapal tentera Jepun untuk menyelamatkannya yang duduk di atas cebisan runtuhan bumbung rumahnya.

Akhirnya, hari ini sebuah kapal tentera Jepun melihat seorang lelaki yang hampir putus asa melambai-lambaikan kain merah.

Mangsa berada di tengah laut, kira-kira 10 batu jauhnya dari bandar Minamisoma yang dilanda gempa bumi, menurut Yoshiyuki Kotake, seorang jurucakap Kementerian Pertahanan.

Shinkawa memberitahu kepada pasukan penyelamat ketika tsunami melanda, dia dan isterinya baru kembali ke rumah untuk mengumpulkan beberapa barang selepas berlaku gempa bumi Jumaat lepas. Isterinya pula di bawa arus.

"Ada beberapa helikopter dan kapal melewatinya, namun tiada satupun yang perasan," menurut seorang jurucakap badan pertahanan, yang menolak untuk dikenali.

Pasukan Jepun menggunakan perahu kecil untuk menyelamatkannya dari tengah laut.

Pejabat tentera berkata Shinkawa beruntung kerana cuaca sederhana dan laut agak tenang membolehkan dia untuk tetap bertahan selama hampir dua hari, menurut sebuah agensi berita Kyodo melaporkan.

"Saya fikir hari ini adalah hari terakhir dalam hidup saya," kata Shinkawa kepada seorang anggota penyelamat.
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails
 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks