blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Kanak -kanak Ini Lebih Bijak Dari Einstein Dan Hawking

Saturday, March 12, 2011

Anak gadis berusia 11 tahun ini gemar berenang dan bermain muzik, seperti kanak-kanak lain. Namun siapa sangka, dengan IQ 162 ia telah mengalahkan Albert Einstein dan Stephen Hawking.

Victoria Cowle yang berambut perang itu berjaya mengalahkan dua ilmuan tersebut dan Bil Gates yang memiliki nisbah kecerdasan (Intelegence Quotient IQ) 160. Walaupun cerdas, Cowle tidak terlalu menganggap itu suatu kelebihannya yang luar biasa.

"Saya merasa sangat terkejut. Saya sukan permainan puzzle dan berfikir suatu masa nanti akan mempelajari ilmu alam, khususnya biologi," katanya.

Mengalahkan ilmuan bijak pandai dan pengasas Microsoft, Bill Gates, Cowle juga mengatsai kecerdasan Sigmund Freud yang memiliki IQ156, Napoleon Bonaparte 145 dan Hillary Clinton yang memiliki IQ140. Rata-rata penduduk di dunia memiliki IQ100.

Dibesarkan di Claverley, England, Cowle mengaku bahagia dengan kehidupan hariannya yang diisi dengan aktiviti teater, berenang, bermain cello, piano, saxophone, dan mencipta barang-barang kreatif.

“Tapi mata pelajaran kegemaran saya adalah biologi kerana saya sangat menyukai haiwan. Saya tidak takut dengan darah dan perkara-perkara seperti itu,” kata Cowle.

Kedua orang tuanya juga terkejut dengan kecerdasan Cowle. Mereka mengaku tidak menyedari anak mereka sangat cerdas, walaupun Cowle kadang-kala kelihatan berbeza berbanding kanak-kanak biasanya.

"Kami menyedari dia cerdas kerana selalu mendapat keputusan peperiksaan di tempat pertamas dan gurunya selalu berkata bangga dengan Cowle. Tetapi, ia juga seperti kanak-kanak normal lain. Dia sukakan dunia teater, menari, menyanyi dan bukan hanya dengan dunia buku," kata ibu Cowle, Alison.
Read Full 6 comments

Rekod Pertembungan Pelita Jaya VS Persib


Pasukan Persib sudah 10 kali bertemu dengan Pelita Jaya sejak Liga Indonesia (LI) bermula pada tahun 1994. Dalam 10 pertemuan tersebut, 7 kali Persib menang, 1 kali seri dan 2 kali kalah.

Berikut ini rekod pertemuan Persib vs Pelita Jaya dalam 10 pertemuan terakhir:

Pelita Jaya akan bertemu Persib hari ini dan dapat ditonton melalui Siaran Langsung ANTV dan RRI pada pukul 7.00 (waktu Indonesia Barat).

6 Feb 2011 : Persib (1) - Pelita Jaya (0)
24 Apr 2010 : Pelita Jaya (2) -  Persib (1)
19 Apr 2010 : Pelita Jaya (1) - Persib (2)
21 Nov 2009 : Persib (2) - Pelita Jaya (1)
05 Mei 2009 : Pelita Jaya (2) - Persib (1)
25 Sep 2008 : Persib (1) - Pelita Jaya (0)
22 Des 2007 : Pelita Jaya (2) - Persib (0)
21 Feb 2007 : Persib (3) - Pelita Jaya‎ (1)
02 Oct 2004 : Pelita KS (0) - Persib‎ (0)
25 Feb 2004 : Persib (2) - Pelita KS (1)


5 Perlawanan Terakhir Persib
05-03-2011 Semen Padang (1) - Persib (1)
13-02-2011 Persib (4) - Persijap (1)
09-02-2011 Persib (1) - Semen Padang (1)
06-02-2011 Persib (1) -Pelita (0)
02-02-2011 Persipura (5) -Persib (1)

5 Perlawanan Terakhir Pelita Jaya
05-03-2011 Pelita Jaya (1) - Sriwijaya FC (0)
09-02-2011 Sriwijaya FC (2) -Pelita Jaya (1)
06-02-2011 Persib Bandung (1) -Pelita Jaya (0)
30-01-2011 Pelita Jaya (0) - Persisam Putra (1)
27-01-2011 Pelita Jaya (1) -Bontang FC (0).
Read Full 0 comments

Sebelum & Selepas Bencana Tsunami Di Jepun

Gambar dari jauh menunjukkan gelombang tsunami merempuh tebing pantai dan menenggelamkan semua yang ada. Ketika air laut melalui daratan ia mula bercampur dengan tanah dan berubah warna menjadi warna coklat.

Tidak berdaya: Sebuah kapal, sangat kecil dibandingkan dengan saiz pusaran air ditarik semakin dekat ke arah mata pusaran di perairan berdekatan pelabuhan Oarai, Ibaraki.

Terancam: Kepala ombak tsunami yang sudah melanda pantai dan yang bakal melanda kelihatan di dalam gambar.

Dengan kebakaran dan kehancuran di sekelilingnya seorang lelaki berhati-hati melalui sisa runtuhan sementara (kanan) berlaku kesesakan jalan raya di kedua-dua arah di Sendai ketika orang ramai cuba untuk melarikan diri dari bandar pantai.

Gambar yang luar biasa menunjukkan bagaimana gempa bumi membelah sebuah jalan di Satte, pulau Honshu.

Dua wanita di kota Urayasu, Chiba, berebut melintas sebuah jalan yang pecah kerana gempa bumi. Kanan, seorang wanita sugul dan bersandar pada bahu temannya ketika mendengar pengumuman bencana ini telah meragut beratus-ratus nyawa.

Runtuh: Tiga pekerja terkejut melihat apa yang telah terjadi pada sebuah kilang di bandar Sukagawa, Fukushima, di mana beberapa saat sebelum itu mereka bekerja di dalamnya.

Ombak yang marah: Tsunami mengalir melalui pokok-pokok dan rumah-rumah di pantai Natori, Miyagi, selepas gempa melanda.

Beberapa saat kemudian menunjukkan bagaimana seluruh kawasan dengan puluhan rumah dihapuskan oleh ombak air dan menyapu apa saja yang berada dalam laluannya. Kelihatan sisa runtuhan terapung-apung di permukaan air.

Merebak: Aliran air keruh bersama sisa runtuhan melalui landasan parkir di lapangan terbang Sendai di Utara Jepun.

Musnah: Gelombang Tsunami kelihatan di sepanjang sungai Naka di bandar Hitachinaka, Ibaraki beberapa jam selepas gempa berkekuatan 8.9 melanda pagi semalam.

Terkejut: Sepasang pemuda yang berada di sebuah kedai buku di Sendai, Utara Jepun, berpelukan apabila siling dan dinding bangunan runtuh kerana gempa bumi, sementara di Tokyo, kanan, asap hitam naik akibat kebakaran yang berlaku disebabkan oleh gempa.

Selepas: Awanan asap berkepul-kepul keluar dari kilang minyak, dan kebakaran mula melanda di Chiba setelah terjadinya gempa bumi.

Prihatin: Dua pekerja pejabat di Tokyo melihat kesan bencana gempa bumi yang menggegarkan bangunan dan asap kelihatan naik dari sebuah gedung pencakar langit luar.

Kesan: Seorang ibu dan anak perempuannya gugup apabila melihat limpahan air dari sebuah paip air yang pecah di trotoar di Tokyo sementara itu, kanan, paramedik mengeluarkan korban dari sebuah bangunan yang digoncang gempa bumi.

Amaran Merah: Kebakaran mula menelan rumah-rumah yang dilanda tsunami di wilayah Miyagi, Jepun.

Sisa: Sebuah pemandangan yang menakutkan di sebalik runtuhan rumah yang hancur dan kenderaan yang terperangkap di perairan Kesennuma di Miyagi, Utara Jepun.

Ledakan: Api yang mencapai ratusan kaki ke langit selepas gas semulajadi di Chiba berdekatan Tokyo meletup selepas gempa bumi, sementara kanan, api terus marak ke kawasan perumahan di Yamada, Utara Jepun.

Terkandas: Pembeli-belah duduk di lantai sebuah pasaraya apabila perkhidmatan kereta api dan bas yang dihentikan disebabkan gempa bumi.

Sejuk: Wanita tua yang mungkin telah mengalami beberapa kali gempa bumi dalam hayat mereka terduduk selepas melalui bencana paling mutakhir dan paling teruk dalam sejarah.

Tersangkut: Penumpanag komuter terkandas di stesen kereta api Tokyo menanti dengan sabar. Infrastruktur ini direka bentuk khas untuk bertahan apabila ditimpa malapetaka dari gempa bumi.

Selepas Kejutan: Seorang lelaki tua lemah bersandar dengan sehelai selimut selepas di sekeliling negara dicengkam oleh gempa bumi, kanan, orang Jepun muda dipindahkan daripada bangunan-bangunan berisiko sambil berselimut melindungi diri mereka.

Risiko: Kebingungan di antara penumpang yang berlepas dari pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di bandar naita, pinggiran bandar Tokyo.

Timbunan: Kereta-kereta baru siap untuk dihantar adalah disusun berdekatan antara satu sama lain selepas air melalui bandar raya Hitachinaka di Ibaraki.

Kekuatan gempa bumi nampak jelas dalam gambar ini di sebuah jalan di Fukushima yang telah terbalik, melengkung dan patah.

Kesan: Sisa-sisa rumah yang dikelilingi oleh kayu dan konkrit yang rosak selepas banjir melanda kota Iwaki, Fukushima.

Bola api raksasa menjulang dari sebuah kilang minyak di Ichihara, yang terletak di pantai timur Jepun, setelah tergoncang oleh gempa bumi.
Read Full 13 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks