INDONESIA: Gempa bumi 8.9 skala richter dan tsunami yang melanda Jepun, dijangka akan turut melanda beberapa daerah di Indonesia Timur.
Berdasarkan informasi dari Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG), Papua, Maluku Utara dan Sulawesi Utara akan dilanda tsunami pada jam 6.00 petang (Waktu Indonesia Barat).
"Penduduk di sekitar kawasan harus waspada tentang kemungkinan terjadinya tsunami di Indonesia," kata Rahmat Priyono, Ketua Subbidang Informasi Gempa Bumi BMKG.
Menurut berita berlaku kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo. Titik pusat gempa bumi sekitar 400 km dari Tokyo pada kedalaman 20 mil menyebabkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.
UPDATE
The Pacific Tsunami Warning Center di Hawaii seperti dilaporkan Reuters menyebut Indonesia adalah salah satu negara yang diminta meningkatkan amaran berjaga-jaga. Kemungkinan tsunami besar akibat gempa bumi di Jepun akan berlaku di Indonesia.
Selain Indonesia,
The Pacific Tsunami Warning Center juga melaporkan beberapa negara lain juga diminta meningkatkan tahap berjaga-jaga. Negara dimaksudkan termasuklah Rusia, Marcus Island, Mariana Utara, Colombia, Taiwan, Filipina, dan negara bahagian Amerika Syarikat (AS).
Sehingga setakat ini 5 orang disahkan mati dalam bencana Tsunami yang melanda Jepun sebentar tadi.