blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Inikah yang anda mahukan anak seusia 5 tahun pelajari tentang SEKS?

Thursday, March 10, 2011
Kartun, filem dan buku telah diluluskan untuk mengajar pendidikan seks kepada kanak-kanak sekolah pada seawal usia lima tahun. Dokumen yang mempunyai pelbagai grafik yang 'mengganggu' ini disyorkan untuk pelajaran sekolah rendah. Bahan pengajaran yang mengejutkan ini - dipromosikan oleh Majlis Tempatan bahkan BBC - untuk mengajar kanak-kanak tentang bahasa dewasa dan hubungan seksual.

Di antara buku yang dipilih dalam laporan tersebut adalah How Did I Begin? (Bagaimana Saya Bermula?) karya Mick Manning dan Brita Granstrom yang mengandungi gambar kartun pasangan di bilik tidur sedang berpelukan.


Ia turut disertakan dengan penjelasan - menggunakan istilah dewasa dan terus terang – cara-cara persetubuhan.

Satu lagi bahan mengajar The Primary School Sex And Relationships Education Pack oleh HIT Inggeris, mengandungi bahan untuk anak-anak berusia lima hingga 11 tahun mempelajari tentang posisi seksual yang berbeza dan pelacuran.

BBC menjadi perhatian kerana video pendidikan seksnya yang memaparkan gambar bogel penuh untuk belajar,menurut BBC Active gambar yang ditunjukkan hanyalah grafik komputer yang dihasilkan dan menunjukkan alat kelamin laki-laki.

Semua bahan mengajar ini telah diluluskan oleh Majlis untuk kegunaan pada usia 'tujuh tahun ke atas'.

Domuken yang disusun oleh Christian Institute itu menunjukkan sebuah buku yang berjudul Let’s Talk About Sex (Mari Bicara Tentang Seks), oleh Robie H Harris, yang meliputi bab tentang heteroseksual disebut 'Lurus dan Gay'.

Ramai masyarakat yang risau telah menggambarkan bahan mengajar ini sebagai 'terlalu lebih, terlalu muda' dan mengingatkan ia akan menggalakkan seksualisasi.

Mike Judge, dari Christian Institute, berkata: "Pendekatan hari ini untuk pendidikan seks memerlukan lebih banyak pendidikan seks yang lebih jelas pada usia muda.


'Ibu bapa tidak mahu anak-anak mereka didedahkan kepada bahan pengajaran seks dan ramai di antara mereka yang amat susah hati jika bahan-bahan ini digunakan kepada anak mereka.


'Jika badan awam percaya sumber-sumber ini sesuai untuk anak-anak kecil, sangat jelas ada masalah dengan pertimbangan mereka dan lebih kawalan perlu diberikan kepada ibu bapa.'

Christian Institute telah mendedahkan 16 Majlis yang mengesyorkan buku-buku eksplisit dan video-video mereka ke sekolah-sekolah.

Ini termasuklah Derby City, Devon County, Swindon County, Worcestershire County, Hampshire County, Birmingham City, Brighton dan Hove, dan ramain diantaranya mempunyai pautan bahan itu di laman web mereka.

Ketika ini, pelajar sekolah rendah dan menengah perlu diajar ketika 'sesuai usia' mereka dengan pelajaran sains berkaitan tentang biologi seks.
Read Full 6 comments

Model Kereta Dari Play Doh Gemparkan Penduduk London


Ramai pejalan kaki di jalan London menoleh dua kali untuk melihat sebuah kereta 'biru' yang diperbuat dari Play-Doh. Pejalan kaki kelihatan bingung apabila melihat model kereta Chevrolet bersaiz sebenar yang di parkir di di London Clerkenwell sehingga menimbulkan keinginan untuk melihat 'permainan' ini dengan lebih dekat lagi.

Kereta yang diadun dari 1.5 tan Play-Doh, telah ditinggalkan di jalan ini untuk meraikan pelancaran model baru Orlando Chevrolet tujuh-tempat duduk.

Kereta 'mainan': Seorang pejalan kaki terkejut melihat replika kereta bersaiz sebenar ini yang dibuat dari Play-Doh dan diparkir di jalan London hari ini. Syarikat kereta membuat aksi ini untuk meraikan pelancaran model baru Orlando Chevrolet.

Model berukuran 15 kaki kali 6 kaki ini dibuat menggunakan tangan dan dicipta oleh pasukan yang terdiri daripada lapan pembuat model dan mengambil masa selama dua minggu. Ia dianggap sebagai model Play-Doh terbesar di dunia.
Read Full 29 comments

Setuju Dengan Tun Mahathir, Hidup Mahathir!!

Rakyat Malaysia Harus Mempunyai Semangat Juang Pertahan Negara

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Rakyat Malaysia harus mempunyai semangat juang dan karektor yang kuat untuk memastikan mereka berupaya untuk bangkit dan mempertahankan negara daripada musuh-musuhnya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri berkata rakyat Malaysia juga harus bersedia untuk melawan dengan bersebab, untuk diri sendiri dan keluarga mereka serta tidak harus dikalahkan dengan mudah.

Ia adalah prinsip hidupnya iaitu apa sahaja yang berlaku, "Kita mesti lawan, menang dan berupaya untuk bangkit semula," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku biografinya, 'A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad' di sini Selasa.

************************************************************

Masalah bagai kebanyakan pembaca Malaysia Today adalah bahawa mereka akan tidak bersetuju dengan segala yang Tun Dr Mahathir Mohamad katakan walaupun benar. Dan dalam masa yang sama, mereka akan bersetuju dengan segala yang dikatakan pemimpin pembangkang walaupun mereka salah.

Kita mestilah bersetuju jika pendapatnya betul - atau tidak bersetuju jika tidak betul, barulah kita tidak menjadi seperti lembu yang dicucuk hidung.

Lihat apa yang Dr Mahathir katakan di atas: Rakyat Malaysia harus mempunyai semangat juang dan karektor yang kuat untuk memastikan mereka berupaya untuk bangkit dan mempertahankan negara daripada musuh-musuhnya.

Oke, sebelum anda merasa lebih keliru dan 'berbelit-belit', berhenti, tarik nafas dalam-dalam, dan lihat apa maksud Dr Mahathir. Dan cuba cari apa yang salah dengan apa yang dikatakannya? Apa yang dia katakan adalah benar. Rakyat Malaysia harus mempunyai semangat juang dan karektor yang kuat untuk memastikan mereka berupaya untuk bangkit dan mempertahankan negara daripada musuh-musuhnya.

Sekarang, apa pula maksud Dr Mahathir tentang 'musuh negara'? Mari saya senaraikannya, tidak perlu mengikut urutan keutamaan.

Senarai paling atas sekali adalah ahli politik yang menyalahgunakan kuasa mereka, korup, dan mencuri wang pembayar cukai dengan susah payah. Majoriti mereka ini berada di dalam Barisan Nasional dan beberapa diantaranya di dalam Pakatan Rakyat.

Orang-orang ini boleh digolongkan sebagai 'Musuh Nombor Satu' yang kita perlu tentang untuk mempertahankan Malaysia. Oleh kerana itu kita perlu menendang mereka keluar pada pilihan raya akan datang. Dan untuk melakukannya kita perlu mendaftar sebagai pemilih dan memastikan bahawa kita keluar untuk mengundi.

Senarai saya yang seterusnya ialah pegawai kerajaan / kakitangan awam korup, termasuklah Menteri. Mereka menghabiskan banyak wang negara, wang yang boleh digunakan untuk meningkatkan penjagaan kesihatan, kemudahan pendidikan, jalan, dan yang lainnya.

Sekolah, hospital dan perumahan bagi masyarakat miskin boleh dibina dengan berbilion-bilion wang negara yang telah dibazirkan selama 35 tahun terakhir sejak pertengahan 1970-an. Malaysia telah memperoleh dan menghabiskan lebih kurang RM2,000 bilion sejak pertengahan 1970-an. Dua trilion ringgit itu adalah duit KITA.

Ketiga dalam senarai saya adalah kumpulan fanatik, rasis, pengamal ajaran agama yang 'aneh' kerana tiada toleransi agama kepada agama lain, warga Malaysia yang menilai orang lain dengan piawaian 'sesat' mereka, orang-orang munafik yang mengutuk orang lain tetapi sebenarnya syaitan yang menyamar sebagai malaikat, hanya mereka yang tahu jalan ke syurga dan neraka.

Keempat mereka yang BANYAK cakap, mereka yang mengatakan pelbagai hal yang buruk tentang kerajaan tetapi tidak melakukan tugas mereka untuk mengubah kerajaan.

Anda boleh jumpa ramai daripada golongan mabuk ini di Long Bar, Selangor Club. Berbuih mulut mereka berkhutbah kepada anda tentang apa yang salah dalam negara tetapi tidak pernah mengundi seumur hidup mereka. Bahkan beberapa diantara mereka tidak berdaftar sebagai pemilih.

Kelima adalah golongan mereka yang bersetuju bahawa negara ini akan hancur dan musnah tetapi mereka masih tetap memilih kerajaan yang mereka kutuk kerana atas alasan cari makan.

Beberapa orang ini berpendapat bahawa lebih baik mereka menyokong iblis yang mereka kenal daripada malaikat yang mereka tidak tahu. Mereka mengatakan bahawa sekurang-kurangnya dengan kerajaan korup kita boleh mendapatkan sesuatu dengan membayar 'di bawah meja'. Kesimpulannya, rasuah tidak akan dapat dilakukan jika ada kerajaan yang bersih.

Keenam dalam senarai saya adalah hakim yang memberikan kehakiman berdasarkan apa yang baik untuk kerjaya mereka dan untuk memastikan 'kenaikan pangkat' mereka tidak terhalang dan mereka tidak akan dihantar ke dalam 'peti sejuk'. Hakim-hakim ini akan melakukan apa yang tuan politik mereka inginkan dan bukan apa yang undang-undang tetapkan.

Ketujuh adalah pegawai polis korup yang melayani tuan politik mereka, melindungi dunia 'bawah tanah', membunuh 'penjenayah yang mereka tidak boleh dapatkan cukup bukti untuk perbicaraan', dan masukkan semua orang yang menentang kerajaan ke dalam penjara di atas tuduhan palsu.

Kelapan adalah Suruhanjaya Pemilihan Raya (SPR) yang memastikan Barisan Nasional tidak akan dikalahkan dengan menjalankan pilihan raya yang penuh penipuan.

Kesembilan adalah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) yang memastikan semua ahli politik Barisan Nasional korup terlepas daripada hukuman, malah mereka memalsukan dakwaan terhadap ahli politik pembangkang dan menghumban mereka ke penjara.

Kesepuluh adalah editor dari media elektronik dan media cetak aliran perdana yang mengubah stesen TV radio / dan surat khabar menjadi alat propaganda parti yang berkuasa.

Ada banyak lagi 'musuh' dalam negara ini seperti BTN, VC di universiti dan sebagainya, yang semua ini amat merugikan negara. Namun demikian, sepuluh senarai utama di atas adalah musuh Malaysia seperti yang Dr Mahathir katakan untuk kita lawan.

Jadi, kenapa kita tidak bersetuju dengan Dr Mahathir? Apa yang Tun katakan adalah sangat benar dan kalau ia mengatakan sesuatu yang benar kita harus bersetuju dengannya. Kita harus mempertahankan Malaysia melawan musuh negara. Dan ada banyak musuh yang perlu kita kalahkan.

Seperti Dr Mahathir berkata: rakyat Malaysia juga harus bersedia untuk melawan dengan bersebab, untuk diri sendiri dan keluarga mereka serta tidak harus dikalahkan dengan mudah.

Hidup Mahathir!
Read Full 2 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks