blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Pertahanan Cameroon Paling Layak Sekat Safee

Wednesday, March 9, 2011

BANDUNG - Pemain pertahanan yang berasal dari Cameroon Abanda Herman dianggap paling layak untuk menyekat pergerakan penyerang Pelita Jaya yang berasal dari Malaysia Safee Sali pada pertemuan di Persib Bandung, Stadium Singaperbangsa, Karawang, Sabtu ini (12/3/2011).

Menurut Pengurus Viking Persib Club, Yana ’Bool’, secara kualitinya Abanda mampu menyerap serangan penyerang seperti Safee. Apatah lagi Abanda juga dibantu oleh pemain pertahanan lain, seperti Maman Abdurahman dan Nova Arianto.

“Saya rasa, Abanda Herman dapat mengawal Safee Sali, apalagi permain Safee Sali kan sebenarnya biasa-biasa saja. Jadi tak perlu terlalu dikhawatirkan," ujar Yana seperti yang dilaporkan oleh INILAH.COM, Rabu (9/3/2011).

Dengan kualiti pemain pertahanan yang hampir sempurna, menurut Yana, pasukan dari Bandung akan dengan mudah menghalang serangan-serangan pasukan Pelita Jaya yang terkenal dengan gelaran The Young Guns tersebut.

"Satu lagi yang perlu diwaspadai, adalah jangan terlalu mengamalkan perangkap off side, kerana Safee Sali merupakan pemain yang mampu berlari kencang," tambahnya.

Yana turut mengingatkan agar pemain pertahanan Persib jang terlalu fokus pada satu orang, Safee Sali saja. Pemain lain harus turut diberikan perhatian. Ini kerana Pelita masih mempunyai pemain-pemain berkualiti yang lain selain Safee, seperti Juan Martinez.

"Jelas, pemain lain juga harus dikawal ketat. Takut jika pertahanan kita bukan dibolosi dari Safee Sali, tapi dari penyerang lainya," katanya.
Read Full 0 comments

Kenapa Pasangan Ini Bernikah Melalui Panggilan Video Skype?

Gara-gara calon pengantin lelaki sakit ketika tetamu undangan sudah datang malah sejauh dari Korea Selatan, maka majlis pernikahan tetap dijalankan. Namun kerana pasangan ini terpisah dalam jarak sejauh 11 kilometer maka mereka terpaksa menikah melalui Skype.

Pasangan pengantin Samuel Kim dan Helen O menikah dan mengatakan,"Ya aku sedia menikah denganmu," di depan layar komputer dan disaksikan kira-kira 500 tetamu undangan dan ahli keluarga di Fullerton, California Selatan, Amerika Syarikat (AS).



Para tetamu menonton melalui layar besar ketika pasangan warga Korea yang berusia 27 tahun berdiri sendirian dari tempat masing-masing. Helen berada di Gereja Ministries dan Kim berada di RS UCI Medical Center di Orange County.

"Helen sayang, aku minta maaf tak dapat berjalan menuju ke altar denganmu namun ia hanyalah sehari. Kita akan hidup bersama selamanya. Saya berjanji untuk menjadi suami yang sempurna untuk membalas semua kebaikanmu," katanya. Kim pada mulanya ingin menunda pernikahan mereka kerana mengalami jangkitan paru-paru, namun tunangnya Helen, tetap mahu agar pernikahan mereka diteruskan.

Lima juru kamera merakam acara majlis ini dalam dua layar yang terpisah, Kim melihat melalui laptop di biliknya yang dipenuhi oleh bunga yang disediakan jururawat. Skype adalah khidmat panggilan video percuma dan juga merupakan satu dari perkhidmatan yang ketika ini memiliki ramai pengguna.


Read Full 12 comments

Fakta Ukuran Kelamin Lelaki & Wanita


Laman web porno di internet selalu menyebabkan punca info yang salah kepada orang ramai tentang ukuran kelamin atau organ seks yang sebenarnya. Berikut adalah fakta-fakta tentang ukuran kelamin lelaki dan wanita.

Beberapa angka  menarik tentang ukuran organ seks manusia baik wanita mahupun lelaki seperti dilaporkan Medindia dan Womenhealth pada Selasa (8/3/2011), adalah:

Organ kelamin lelaki

1. Zakar ketika ereksi
Ukuran purata zakar ketika ereksi adalah di antara 5 hingga 7 inci (12.7-17.8 cm) dengan sudut tegak 15 darjah secara horizontal menghadap ke atas.

2. Zakar ketika relaksi  atau rehat
Ukuran purata zakar ketika relaksi (tidak ereksi) adalah antara 3 hingga 5 inci (7.6-12.7 cm) mengarah ke bawah.

3. Ukuran testis
Ukuran purata testis (buah zakar) adalah 5 x 2 x 3 cm atau panjang 5 cm, lebar 2 cm dan diameter (tinggi) 3 cm. Biasanya testis kiri tergantung lebih rendah daripada testis kanan sehingga kelihatan lebih besar.

Organ kelamin wanita

1. Kedalaman vagina normal
Ketika tidak terangsang secara seksual,kebanyakan wanita memiliki vagina dengan kedalaman 3 hingga 4 inci (7-10 cm) dengan diameter 0.8 inci (2 cm).

2. Kedalaman vagina ketika terangsang
Ketika mengalami rangsangan seksual, aliran darah akan menyebabkan pangkal rahim (serviks) dan rahim naik, sehingga saluran vagina mengalami regangan dan kedalamannya menjadi sekitar 4-7 inci (10-17 cm) dengan diameter 2.5 inci (6.35 cm).

3. Sudut vagina
Letak sudut pada vagina ketika hubungan kelamin sepadan dengan sudut organ lelaki (zakar) dan terletak pada 45 darjah.

4. Selaput dara
Ukuran selaput dara sangat tipis, purata tebal selaput dara adalah 0.05-0.10 inci (0.127-0.25 cm).

5. pH vagina
pH vagina normal adalah antara 4 hingga 5, sedangkan pH bagi urine 5.5 hingga 6.5.

6. Klitoris
Panjang purata total klitoris adalah 1 inci (2.5 cm) dan bahagian yang menonjol keluar panjangnya 0.2 inci (0.5 cm). Hal ini sepadan dengan zakar yang penuh dengan saraf-saraf.

Ejakulasi dan orgasma
Panjang purata sperma adalah 4 mikron
Purata kepekatan sperma adalah 20 juta sperma per mililiter
Purata jumlah sperma per ejakulasi adalah 300-500 juta sperma
Seumur hidup seorang lelaki mempunyai purata jumlah sperma 1,2 triliun
Purata kelajuan ejakulasi ialah 28 mil per jam atau 45 km/jam
Purata isipadu ejakulasi ialah 4 ml atau hampir satu sudu teh
Setelah masuk ke dalam vagina, 4 mikron sperma hanya memerlukan 5 minit untuk menyeberangi 6 inci (15.2 cm) pangkal rahim.
Masa purata orgasma bagi lelaki ialah 3-5 saat sedangkan bagi wanita lebih lama sedikit iaitu 5 hingga 8 saat.
Read Full 3 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks