 |
| Gambar Hiasan |
Kegemukan atau obesiti bukan sekadar membahayakan kesihatan kerana berisiko mendapat penyakit jantung, stroke dan diabetes, tetapi juga dapat membuat kemampuan berfikir anda menurun. Semakin gemuk isipadu otak semakin menurun.
Hasil ujikaji yang dijalankan di Amerika baru-baru ini mendapati bahawa otak manusia yang gemuk (obesiti) akan semakin merosot apabila mencapai usia 40 tahun.
Dalam ujikaj tersebut, ia melibatkan penyertaan pelbagai peserta dengan jarak usia 40 hingaa 60 tahun. Peserta tersebut dibahagi kepada tiga kumpulan berdasarkan berat badan, iaitu normal, overweight (lebihan berat badan) dan obesiti (kegemukan).
Ketiga kumpulan peserta diminta untuk menyelesaikan masalah kompleks dan keaktifan otaknya diukur dengan menggunakan
Magnetic Resonance Imaging (MRI).
Hasil dari penyelesaian masalah menunjukkan ada sedikit perbezaan pada peserta dari ketiga-tiga kumpulan tersebut, imbasan MRI menunjukkan adanya penurunan fungsi otak bahagian lobus parietalis yang signifikan bagi kumpulan obesiti.
Jika dibandingkan orang yang memiliki berat badan normal, isipadu otak orang yang obesiti 8 peratus lebih kecil, seperti dilaporkan
GeniusBeauty, Sabtu (5/3/2011).
Laporan jurnal Health dari kajian ilmiah yang lain juga menunjukkan bahawa obesiti meningkatkan risiko melemahkan kemampuan berfikir seiring usia.
Sudha Seshadri, MD, seorang profesor neurologi dari Boston University School of Medicine berkata penyebab masalah ini adalah kerana lemak perut dalam yang juga dikenali sebagai lemak visceral
(visceral fat). Hasil kajian ini telah diterbitkann secara online tahun 2010 di
Annals of Neurology.
"Semakin besar jumlah lemak visceral yang dimiliki seseorang akan membuat otaknya semakin kecil. Isipadu otak yang kecil ini ada hubung kait dengan menurunnya fungsi kognitif seseorang," tambah Sudha Seshadri, MD.