blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Awas! Ada Kamera Pada Punggung Wanita..

Friday, March 4, 2011

Ada persoalan yang sering timbul bagi peminat 'punggung' selama ini - bolehkah mereka 'memandang' punggung?

Perdebatan itu sekali lagi menjadi hangat apabila ada dua gadis cantik sukarelawan yang sedia untuk merakamkan peminat-peminat punggung dengan kamera tersembunyi disebalik seluar jeans mereka.

Jadi apakah peraturannya ketika anda berjalan melewati seorang gadis - atau lelaki - dengan postur tubuh badan yang sempurna? Adakah mereka ini akan menjeling atau sekadar membiarkan saja?

Kami telah lengkapi sebuah kamera kecil dalam seluar jeans model berusia 24 tahun Natasha Yexley dan dia berjalan di sekitar London.

Siapapun yang berada di beakang model ini akan tertangkap oleh kamera. Ketika di Tower Bridge dua pejalan kaki hampir tersandung ketika mereka memanjangkan leher untuk melihat.


Di pusat membeli belah di Shepherd's Bush, London Barat, ketika di eskalator juga terdapat seorang yang berjaya diumpan. Di Oxford Street seorang wanita begitu terpaku sehingga dia terlupa untuk menyeberang jalan.


Peminat wanita ... seorang gadis ini tidak dapat menahan dirinya daripada memandang di Westfield.


Model berkaki panjang Midlands Iskra Lawrence, 20, membuatkan hampir semua orang menatapnya.




Gorgeous Kate Waldron, 21, pun tidak kurang hebatnya hingga menyebabkan dua orang - lelaki dan wanita menolehkan kepala. Bahkan ada seorang teman lelaki berani menoleh untuk melihatnya ketika berjalan dengan teman wanitanya.

Seorang juru kamera yang mahir Mark Clews, 28, memotong lubang kecil di bahagian atas seluar jeans Natasha kemudian memasang kamera GoPro kecil di dalam dengan kanta melaluinya.

Mark menjelaskan: "Kamera ini memiliki lensa besar dan boleh merakam pemandangan yang sangat besar. Sesiapapun yang melihat boleh diketahui.."
Read Full 28 comments

Manusia Yang "Paling Tipikal" (Paling Biasa) Di Dunia Ialah...


Dalam tujuh bilion orang manusia di muka bumi ini, manusia yang "paling tipikal" ialah lelaki, menggunakan tangan kanan dan dari keturunan Cina, menurut National Geographic. Tapi ia bukan untuk masa yang lama - menurut kajian, pada 2030 penduduk di India akan melebihi dari negara China.

Sebahagian daripada siri-siri kajian yang dijalankan ke atas seluruh penduduk dunia, pihak penerbit telah menghasilkan sebuah video klip terbaru yang menakjubkan berjudul "Adakah Anda Tipikal?" yang mengumpulkan data secara global untuk menghasilkan gabungan dari seluruh dunia bagi mencari manusia "paling tipikal", bersama-sama dengan statistik menarik yang lain.

Lihatlah klip video mengenai manusia "paling tipikal" di sini.
Read Full 2 comments

Heidi Klum Buka G-String Depan Umum


Heidi Klum kelihatan anggun dan elegan, namun segalanya berubah apabila dia membuat tindakan yang memeranjatkan!

Heidi Klum membuka seluar dalamnya di hadapan orang ramai baru-baru ini. Ini jelas bukan kelakuan biasa dari seorang supermodel seperti Heidi Klum.

Ketika Heidi Klum bertemu dengan peminat di pesta tahunan Sir Elton John, AIDS Foundation Oscar kelihatan begitu elegan dan mempesonakan dengan gaun rekaan Julien MacDonald.

Bagaimanapun sebaik munculnya Ross Matthews, wartawan untuk rancangan The Tonight Show with Jay Leno segala-galanya berubah. Ross meminta para tetamu undangan untuk menyumbangkan sesuatu kepada Jay Leno yang akan dimasukkan ke dalam sebuah goody bag.

Jamie Foxx menyerahkan kacamata hitamnya, bintang Glee Jane Lynch menghadiahkan kad kredit Visa yang hanya memiliki had US$2.000 sehari, dan Hayden Panatierre memberikan sekeping tisu dengan bekas ciuman bibirnya.


Berbeza dengan Heidi yang memutuskan untuk memberikan sesuatu yang bersifat lebih peribadi, iaitu seluar dalamya yang berbentuk g-string.

"Oh, Anda boleh memiliki seluar dalam saya. Tunggu, apakah anda ingin seluar dalam saya?" tanya Heidi sebelum akhirnya dia membuka g-string nya.

Heidi kemudian memasukkann g-string ke dalam goody bag tersebut. Ross hanya tertawa dan berkata, "Jay pasti sukakannya."

Saat ketika Heidi Klum sedia untuk menyerahkan g-stringnya. 


Souvenir : Matthew ketika menyerahkan kepada Jay Leno hasil sumbangan selebriti oscar kepadanya.

Read Full 18 comments

"Saya Baru Dedah 30%," Ummi Hafilda

TEMERLOH, 3 Mac -- Ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali dan Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman (kiri) ketika sidang media di Pusat Operasi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau Barisan Nasional (BN), di sini hari ini.


Ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali dan Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman (kiri) ketika sidang media di Pusat Operasi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau Barisan Nasional (BN).

Ummi Hafilda, yang juga adik kepada Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata setakat ini beliau hanya mendedahkan rahsia keburukan Penasihat PKR Anwar Ibrahim sekitar 30 peratus sahaja. Beliau berkata pendedahan rahsia keburukan Ketua Pembangkang itu perlu bagi membersihkan nama baiknya yang telah dicalarkan Anggota Parlimen Permatang Pauh itu.


Sumber : Bernama


Laa..selama ni baru dedah 30%. Dedah la 100%. Macam Chua Soi Lek tu..'dedah' terus 100%. Dulu yang kata dia dengan peguam dia nak saman tu apa cerita?. Nak saman Anwar dgn Karpal Singh...apa cerita??
Kah...kah...kah...saman la. Apa..? Mahkamah tak terima?..Sebab lama sangat??..Kah..kah..kah..
Takpe...siapa nak tunggu Ummi Hafilda dedah 100%..tunggu.... :Author Faethal
Read Full 2 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks