blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

PRK Merlimau : Syahrizat Sanggup Jadi Buruh Kontrak

Thursday, March 3, 2011



JASIN, 3 Mac -- Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyusun batu bata di rumah warga tua, Zahid Md Shap yang menerima bantuan pembinaan rumah rakyat termiskin pada majlis mesra Muhibah di Kampung Kilang Berapi sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di sini, hari ini.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau pada 6 Mac ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon PAS, Yuhaizad Abdullah dengan calon BN, Roslan Ahmad. Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan akibat serangan jantung pada 20 Jan lepas.

Sumber : Bernama


Kah...kah...kah...kenapa Rosmah tak nak buat kerja-kerja ikat batu-bata ni?..Sian la Syahrizat oi. Kerja-kerja merasmikan majlis program Wanita semua si Rosmah dah ambil alih. Kerja-kerja bawahan macam ni sahaja yang tinggal untuk Syahrizat buat. Kah...kah...kah...sian la Syahrizat. : Author Faethal
Read Full 1 comments

PRK Merlimau : Makcik UMNO Jasin Tidak Merajuk Lagi



JASIN, 2 Mac -- SATU HATI...Calon BN, Roslan Ahmad (tengah) bersama Ketua Wanita Umno Jasin, Zaleha Bujang dan Ahli Jawatankuasa Umno Jasin, Mohamed Naser Selamat (kiri) berganding tangan tanda bersatu hati pada sidang media bersama bagi menafikan isu yang mendakwa mereka memboikot Roslan di Bilik Gerakan BN di sini, hari ini.


Calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad (tengah) pada sidang media bersama Ketua wanita Umno Jasin, Zaleha Bujang dan Ahli Jawatankuasa Umno Jasin, Mohamed Naser Selamat, bagi menafikan dakwaan memboikot calon BN di Bilik Gerakan BN di sini, hari ini.

Ahad ini, Roslan akan ditentang calon PAS, Yuhaizad Abdullah pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau. Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan kerana serangan jantung, 20 Jan lepas.

Sumber : Bernama

Kah..kah..kah..betul la kata Cenangau. :Author Faethal
Read Full 0 comments

"Papa Adalah Yang Terbaik," Jururawat Peribadi Gaddafi

Galyna Kolotnytska mungkin menolak untuk bercakap di hadapan umum sejak dia kembali ke tanah airnya dari Tripoli minggu lalu, namun beberapa saksi mengatakan jururawat peribadi pemimpin Libya Muammar Gaddafi telah meluahkan perasaannya terhadap bekas bosnya itu dengan jelas ketika dalam penerbangan kembali ke Kiev.

Wall Street Journal melaporkan, Vladislav Voloshyn wartawannya yang turut berada dalam penerbangan bersama dengan 185 pelarian Ukraine, berkata Kolotnytska menolak untuk menjawab pertanyaannya, tapi dengan pantas mempertahanan bekas bosnya, yang digelarnya dengan gelaran "Papa."


Voloshyn berkata Kolotnytska sambil menangis berkata, "Papa adalah yang terbaik!" dalam bahasa Rusia ketika di dalam penerbangan, merujuk kepada Gaddafi. "Dia berkata hidupnya akan lebih buruk tanpa Papa," tambahnya lagi.

The Telegraph turut melaporkan penumpang yang lain turut mengaku Kolotnytska ada berkata, "Papa sangat baik dan Papa akan kekal (berkuasa) ... Gaddafi akan menang dan dalam sebulan setengah hingga dua bulan lagi dan aku akan kembali ke sana."

Penjelasan kabel diplomatik yang diterbitkan oleh Wikileaks berkata "si rambut perang yang menggairahkan" ini akan bersama Gaddafi ke mana sahaja, Kolotnytska juga dilaporkan telah meninggalkan apartmennya bersama puterinya Tatyana yang berusia 20 tahun dalam usaha untuk mengelakkan soalan dari media antarabangsa yang telah mendirikan khemah berdekatan tempat tinggalnya. Ia mungkin bersembunyi di sebuah rumah peribadi di desa.

Walaupun Kolotnytska telah membantah tuduhan-tuduhan itu, kabel turut mendedahkan berdasarkan sumber-sumber yang tidak didedahkan namanya mendakwa jururawat 38 tahun dan Gaddafi ada terlibat dalam "hubungan romantis." Sambil mengakui pekerjaan ibunya yang sukar, Tatyana turut menolak dakwaan-dakwaan tersebut dalam wawancara sebelum ini. "Ibu saya sering berhampiran dengannya (Gaddafi)," katanya. "Dia kata dia seorang yang baik, tetapi boleh menjadi sangat tegas jika diperlukan."
Read Full 0 comments

Nak Tekan Brek, Tertekan Minyak!

Seorang pemandu di China tengah memandu keretanya menembusi sebuah dinding tempat letak kereta bertingkat selepas tersalah terpijak pedal minyak ketika hendak menekan brek.

Bahagian hadapan kereta itu menembusi dinding tingkat kedua dan berhenti tergantung di atas jalan di bandar Chongqing.



Pemandu yang tidak disebutkan namanya oleh media tempatan kemudian mengakui "Ketika saya menuruni cerun saya tertekan pedal minyak dan bukannya brek."

Ia dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan doktor mengesahkan ia negatif untuk ujian alkohol.

Huang Xiaoping, seorang lelaki yang tinggal di sebelah tempat letak kereta tersebut berkata ia baru sahaja hendak pergi kerja ketika kemalangan itu berlaku.

"Saya terdengar dua letupan dan terus berlari keluar untuk melihat, ketika itu saya melihat sebuah kereta melekat di dinding dengan tayar hadapan yang masih berpusing," katanya.


"Pada mulanya saya fikir itu adalah penggambaran filem, tetapi kemudian saya berkata kepada isteri saya bahawa ia kelihatan sangat realistik."

Menurut pegawai parkir lelaki itu tinggal berhampiran dan sering menggunakan tempat letak kereta tersebut.

"Dia sering parkir di situ - dia memang bukan pemandu baru," tambahnya.

Pemandu lelaki dan penumpangnya seorang wanita tidak mengalami kecederaan kerana beg udara kereta itu berfungsi dengan baik.
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks