JASIN, 2 MacAL-FATEHAH ... Calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad,(kiri) dan calon PAS, Yuhaizad Abdullah, (dua kiri) sama-sama mengaminkan doa yang dibaca imam selepas selesai sembahyang jenazah ke atas seorang pengundi kampung itu, Allahyarham Ali Bashah, 63, yang meninggal dunia akibat sakit jantung di Kampung Kilang Berapi di sini, hari ini.
KETEPI FAHAMAN POLITIK ... Calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad (tiga kiri) dan calon PAS, Yuhaizad Abdullah, (empat kiri) mengetepikan fahaman politik hanya untuk menghormati jenazah seorang pengundi Allahyarham Ali Bashah, 63, apabila kedua-dua mereka menyembahyangkan jenazah Allahyarham Ali sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam untuk disemadikan di Kampung Kilang Berapi di sini, hari ini.
KETEPI FAHAMAN POLITIK ... Calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad (dua kiri) dan calon PAS, Yuhaizad Abdullah, (tiga kanan) mengetepikan fahaman politik hanya untuk menghormati jenazah seorang pengundi Allahyarham Ali Bashah, 63, apabila mereka sama-sama mengusung keranda jenazah Allahyarham Ali ke Tanah Perkuburan Islam untuk dikebumikan di Kampung Kilang Berapi di sini, hari ini.
TANGGUNG JAWAB PEMIMPIN ... Calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad, (dua kiri) bersama-sama penduduk kampung mengusung jenazah Allahyarham Ali Bashah, 63, yang meninggal dunia akibat sakit jantung di Kampung Kilang Berapi di sini, hari ini.
Sumber : Bernama