blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Lelaki Y = Anwar Ibrahim, Sebelah Kaki Anwar Sudah Di Penjara

Tuesday, March 1, 2011
Seorang pegawai Polis telah memberi keterangan bahawa DNA pemimpin pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim pada barang-barang itu sama dengan DNA air mani pada lelaki yang telah mengaku diliwat oleh Anwar.

Anwar menghadapi hukuman hingga 20 tahun di dalam penjara jika disabitkan bersalah kerana melakukan liwat dengan bekas pembantunya itu. Pihak pendakwaan cuba mengaitkan Anwar dengan DNA yang dijumpai pada pembantunya.


Seorang ahli kimia kerajaan memberi keterangan minggu lalu bahawa sampel mani itu mengandungi profil DNA seorang lelaki yang dikenali sebagai lelaki 'Y'. Beliau berkata DNA lelaki 'Y' juga telah didapati juga pada sebatang berus gigi, tuala dan botol air yang diperolehi oleh polis daripada sel penjara tempat Anwar Ibrahim ditahan pada malam tarikh 16 Julai 2008.


Sumber : AP & Malaysiakini
Read Full 1 comments

Rakyat Kena Saman Ekor, Yang Ini Tak Nak Saman Ke?

TEMERLOH, 1 Mac -- Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim (depan kanan) yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan menunggang motorsikal bersama sekumpulan anggota Pemuda Umno Kerdau ketika menyertai program ziarah penduduk kampung Kuala Kerdau di sini, hari ini.



Program menziarahi penduduk itu adalah bagi mendekatkan anggota Pemuda Umno dengan penduduk kampung. Pada 6 Mac 2011 penduduk DUN Kerdau akan menghadapi pilihanraya kecil berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Feb lepas.

Sumber : Bernama


Ingat lagi dialog Datuk Nikah Kahwin dalam cerita Musang Berjanggut. "Ini undang-undang Kanda yang bikin, itu semua boleh padam". : Author Faethal
Read Full 2 comments

"Logo Olimpik 2012 London Rasis " Iran

TEHERAN, Iran - Iran menentang penggunaa logo untuk Sukan Olimpik 2012 London kerana ia adalah rasis kerana menyerupai kata "Zion" dan memberi amaran untuk memboikot sukan itu.

Setiausaha Jeneral Jawatankuasa Olimpik Nasional Iran berkata Iran telah menghantar surat kepada Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa Jacques Rogge. Surat tersebut mendakwa logo 2012menyerupai perkataan "Zion", salah satu istilah di dalam Injil yang merujuk kepada bandar Jerusalem.



Dalam kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita rasmi Iran, IRNA Isnin, Setiausaha Agung Bahram Afsharzadeh mengatakan bahawa kandungan surat itu adalah  mendesak negara-negara Islam yang lain untuk menentang penggunaan "logo rasis."

"Tidak ada keraguan lagi bahawa kecuaian isu ini daripada pihak anda boleh mempengaruhi penyertaan negara-negara lain dalam sukan ini, khususnya Iran yang sangat komitmen terhadap nilai-nilai dan prinsip-prinsip," isi kandungan surat itu.

Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad telah menyeru untuk menghancurkan Israel dan mempersoalkan kebenaran sejarah Holocaust. Atlet Iran juga menolak untuk bertanding melawan Israel.

Logo London menunjukkan angka "2012" dengan empat nombor bergerigi dan hingga kini banyak dikritik berkaitan rekabentuknya. IOC mengatakan ada menerima surat tersebut dan akan bersama-sama dengan penyelenggara London untuk menolak aduan Iran.

"Tanggapan kami adalah sebagai berikut: London 2012 logo merupakan angka 2012, tidak ada (maksud) yang lain," katanya.

Jawatankuasa London mengatakan rekabentuk ini dilancarkan pada 2007 selepas diuji dan konsultasi.

"Kami terkejut mengapa aduan ini dibuat sekarang," kata panitia.



Read Full 1 comments

"Rakyat Libya Mencintai Ku", Muammar Gaddafi

Christiane Amanpour menjadi antara yang pertama dari Amerika Syarikat membuat temuramah dengan pemimpin Libya Muammar Gaddafi pada Isnin (28/2/2011).

Amanpour bersama-sama Times of London dan BBC dalam temuramah yang pertama kali diadakan selepas bermulanya pemberontakan di Libya.

Muammar Gaddafi mengatakan kepada BBC beliau amat yakin rakyat Libia masih menyokongnya.

Pemimpin Libia Muammar Gaddafi mengatakan kepada BBC dia dicintai oleh semua rakyatnya dan menyangkal adanya aksi protes di Tripoli.

1.jpg (570×238)

Kolonel Gaddafi mengatakan rakyatnya bersedia mati untuk melindungi dirinya.

Ia tertawa ketika menyangkal dakwaan bahawa dia akan meninggalkan Libya dan dia merasa dikhianati kepada para pemimpin dunia yang mendesaknya berundur.

Sebelum itu para pemimpin dunia mengecam serangannya terhadap penduduk awam Libya. Menteri Luar Negeri Amerika Syarikat, Hillary Clinton menyarankan supaya Kolonel Gaddafi harus "berundur sekarang".
Read Full 4 comments

Sekitar Pengkebumian Pengarah SPR Pahang

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Dun Kerdau mengusung jenazah ketua mereka Pengarah SPR Pahang Datuk Ismail Yusof di Hospital Sultan Ahmad Shah.


Ismail, 57, meninggal dunia akibat serangan jantung pada jam 3.15 petang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Panching Timur di sini.


2.jpg (300×192)
SEDIH... Mohd Zulkifli, anak kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang Datuk Ismail Yusof, tidak dapat menahan kesedihan selepas bapanya disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Ahmad Shah.

3.jpg (300×218)
SEDIH...Jenazah Pengarah Suruhanya Pilihanraya (SPR) Pahang Datuk Ismail Yusof diiringi isterinya Datin Halipah Mat Rashid, 54, ketika untuk dikebumikan.

4.jpg (300×208)
SEDIH...Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Dun Kerdau menitiskan air mata dengan kehilangan ketua mereka Pengarah SPR Pahang Datuk Ismail Yusof di Hospital Sultan Ahmad Shah.

5.jpg (200×300)
Datin Halipah Mad Rashid membaca surah Yasin disisi jenazah suaminya, Datuk Ismail Mohd Yusoff di Masjid AL Hidayah di Felda Panching Timur di sini, malam tadi.

6.jpg (300×192)
Datin Halipah Mad Rashid memeluk anak bongsunya, Rabiatuladawiah Ismail,14, yang sedih melihat jenazah suaminya Datuk Ismail Mohd Yusoff di Masjid AL-Hidayah di Felda Panching Timur.

7.jpg (300×242)
Jenazah Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang Datuk Ismail Mohd Yusoff disembahyangkan di Masjid AL Hidayah di Felda Panching Timur, malam tadi. Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Islam felda itu malam tadi juga.
Read Full 1 comments

Gambar Lanskap Dengan Tubuh Model Tanpa Pakaian

Sekali pandang ia kelihatan seperti satu foto landskap yang biasa. Tetapi jika dilihat dari dekat akan kelihatan jelas liang roma dan bekas lipatan pada kulit maka nyatalah gambar ini diambil dari atas tekstur badan model yang berbogel!.

Artis Allan Teger, 68, menggunakan tubuh model tanpa pakaian dan hanya bersama puluhan patung miniatur untuk mencipta satu ilusi menarik.

1.jpg (640×349)
Ilusi: Artis Allan Teger menggunakan tubuh model untuk mencipta lanskap pejalan kaki yang berjalan merentasi puncak bukit.


2.jpg (642×342)
Tangkapan baik: Mr Teger menggunakan kereta mainan dan figura yang sedang memegang pancing untuk membuatkan ilusi seorang lelaki memancing pada pusat seseorang yang diisi dengan air.

Projek 'bodyscapes' ini bertujuan mencabar persepsi orang ramai tentang realiti dan menunjukkan bahawa lebih dari satu realiti boleh wujud pada masa yang sama. Satu gambar menunjukkan sekumpulan orang berenang di dalam pusat yang penuh air, sementara gambar yang lain menunjukkan seorang pengail dengan pancingnya.

Ada gambar menunjukkan aksi akrobat di atas punggung, dan ada juga aksi pemain ski yang turun dari bukit yang sebenarnya adalah payudara model.

Salah satu ilusi menunjukkan pemain golf melakukan chipping dari tepi model ke pusatnya yang mengandungi bendera di dalamnya.


3.jpg (640×384)
Hole-in-one: Artis ini mendapat idea untuk gambar-gambar ini semasa mengajar sebagai pensyarah psikologi di Universiti Pennsylvaniaa.


4.jpg (638×312)
Dapat tangkapan?: Seorang lelaki kelihatan sedang memancing di sebuah telaga yang dalam, tapi jika dilihat lebih dekat kita boleh melihat kesan lipatan kulit pada tubuh model.

Terdapat juga satu gambar menyerupai seorang koboi yang sendirian melalui anggota badan seorang model seakan-akan gua, menyerupai salah satu adegan filem barat.

Ada perenang yang hendak melakukan terjunan dan seorang perenang lain hanya memerhatikan.


5.jpg (642×509)

6.jpg (638×343)


"Ini adalah tentang persepsi dan realiti," katanya.

"Secara khusus, saya ingin menunjukkan bahawa dua atau lebih realiti boleh wujud pada masa yang sama. Itu tujuan saya untuk mengambil gambar yang akan dilihat sebagai lanskap, dan hanya selepas melihat kali kedua barulah mereka akan perasan ianya adalah badan."


7.jpg (638×424)
Dua figura yang sedang menunggang kuda di belakang model dan terdapat beberapa figura pokok di seluruh tubuh model yang menjadi latar belakang gambar ini.

8.jpg (638×370)
Lembah licin: Tiga figura yang sedang berkanu di atas tubuh model yang dibasahi air.

"Saya perlukan waktu berbulan-bulan berfikir tentang pelbagai (idea) realiti, sebelum saya mendapat semua idea ini.

"Saya mula memikirkannya pada tahun 1976, dan banyak perkara sudah berubah, seiring waktu. Budaya telah menjadi lebih menerima kepada konsep 'telanjang'. Dulu ramai orang akan menarik tangan anak-anak mereka pergi, jadi mereka tidak akan menerima konsep 'telanjang'."

"Sekarang, gambar ini telah dipamerkan di seluruh dunia dan telah dimasukkan ke dalam beberapa buku. Orang menghargainya walaupun ada 'telanjang', hasil kerja saya sangat diterima baik.



10.jpg (638×372)
Nota Muzik: Dua ahli muzik memainkan trompet dan saksofon di bahagian punggung model.

9.jpg (638×421)

"Saya menggunakan kaedah kuno - tidak ada trik, tidak ada komputer, tidak ada gambar berganda.

"Dalam era di mana setiap gambar biasanya terhasil dari manipulasi komputer, saya berharap orang ramai akan menghargai hakikat bahawa hasil kerja saya adalah berbeza."

Read Full 2 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks