Kalau sebelum ini kenalan UMNO dari Pahang pernah cakap bahawa MB Pahang ini jenis kuat tidur malah pernah tidur dalam masyuarat Parlimen aku macam sedikit tak percaya.
Al-maklum la, siapa tak kenal MB Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakub yang garang terutama dengan pembangkang sehingga sanggup mencarut-marut.
Tapi rupa-rupanya bila baca
Sinar Harian baru-baru ini aku percaya bahawa kenalan aku itu bercakap benar. Memang sah MB Pahang ni tidur... Dan bila dah tidur, macam orang tengah tidur, lepas tu kita kejut dan terus tanya soalan. Mesti jawapan yang diberikan tu jawapan mamai juga. Jadi la jawapan kepada soalan yang ditanya itu jawapan yang lawak. Dah tak garang dah aku tengok MB Pahang ni bila baca jawapan dia kepada wartawan yang bertanyakan mengenai Buku Jingga. Memang sah 'Lawak 1Malaysia'.
“Saya amat mengalu-alukan pengeluaran buku jingga yang kononnya membongkar segala kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang di bawah pimpinan saya.
“Malah kepada rakyat, Buku Jingga kedua akan saya keluarkan untuk menjawab segala tohmahan tersebut termasuklah kelemahan pengurusan, kewangan dan sebagainya,” katanya. kah kah kaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhh.....
Bila masa pulak Buku Jingga itu sentuh kelemahan kerajaan Negeri Pahang?!..kah...kah...kah..
LAWAK YG PALING LAWAK MENGALAHKAN RAJA LAWAK MALAYSIA................
*******************************************************************
BN tidak gentar siapa calon pembangkang KERDAU – Barisan Nasional (BN) tidak menghadapi sebarang masalah dan sedia berhadapan dengan mana-mana calon yang bakal dicalon mewakili parti pembangkang untuk menentang calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad pada PRK DUN Kerdau 6 Mac ini.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakub berkata, pihak pembangkang bebas meletakkan siapa pun calon mereka namun ini semua berbalik kepada pengundi untuk menilai mana kaca dan mana permata.
Menurutnya, pengundi kini semakin bijak untuk memilih pemimpin malah usaha pembangkang untuk menerbitkan Buku Jingga seperti yang dikhabarkan amat dialu-alukan.
“Saya amat mengalu-alukan pengeluaran buku jingga yang kononnya membongkar segala kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang di bawah pimpinan saya.
“Malah kepada rakyat, Buku Jingga kedua akan saya keluarkan untuk menjawab segala tohmahan tersebut termasuklah kelemahan pengurusan, kewangan dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata, ini berbalik kepada rakyat untuk menimbang perkara ini. Pembangkang kini telah bankrap idea untuk timbulkan isu.
Beliau berkata demikian selepas penyampaian biasiswa Yayasan Pahang (YP) kepada pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan derma khairat kepada warga emas,OKU dan pesakit kronik bagi kawasan DUN Kerdau dan kawasan sekitarnya di Jengka 23, semalam.
Turut hadir di majlis Pengurus Besar Yayasan Pahang, Datuk Saariah Saad; Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Datuk Maznah Mazlan.