
MERLIMAU: Ia berlaku selepas solat Maghrib semalam apabila umat Islam bermula berkumpul di sebuah kawasan kecil tidak jauh dari bandar. Kebanyakan kaum lelaki yang lebih tua memakai ketayap putih sementara wanita dengan berbaju kurung. Anak-anak bersama mereka ada yang membawa permainan.
Dengan beralaskan surat khabar dan duduk dengan tenang. Dua pembesar suara mula dihidupkan dan PAS telah memulakan "ceramah malam pertama". Barisan penceramah pada malam itu terdiri daripada pemimpin tempatan dan nasional. Dua daripada penceramah khas pada malam itu seperti yang dipromosikan di dalam risalah-risalah kecil yang diedarkan - bekas menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin dan bekas artis Bob Lokman. Bob pernah menjadi penulis lirik terkenal, telah menulis beberapa lagu super hit seperti "Isabella" oleh kumpulan rock Search.
Untuk satu jam pertama, hadirin yang datang dianggarkan mencapai 100 orang. Tapi sewaktu, Bob naik ke pentas ceramah, ia menjadi semakin ramai hingga lebih dari 300 orang. Bob berkata telah memberikan sokongan kepada PAS ketika UMNO melarangnya dan kumpulannya daripada memasuki sebuah masjid.
Sambil mengenakan jubah, Bob mengatakan ia telah melakukan suatu kesalahan kerana menyokong Barisan Nasional pada masa lalu, dan sekarang berada di jalan yang benar.
"Saya berharap apabila saya datang lagi ke Merlimau selepas ini, ia akan menjadi kebanggaan Islam kerana diperintah oleh Islam sejati," katanya sambil menerima tepukan dari para hadirin.
Di suatu sudut disebalik hadirin yang hadir ada seorang lelaki Cina di atas motor Yamaha merah. Badannya condong kehadapan tekun dan kusyuk mendengar ceramah Bob. Disebelahnya ada tiga lelaki Cina duduk di atas kerusi plastik. Masyarakat Cina Merlimau membentuk 28% daripada pengundi di sini dan BN telah berkali-kali memberi amaran kepada bukan Melayu bahawa jika memilih PAS, bermakna akan wujudnya negara Islam.
'UMNO Islam memang jahat'
"Saya suka ucapan dia," kata lelaki yang duduk di atas ketika ditanya mengapa dia hadir.
"Tapi bahasa Melayu saya tidak begitu baik, kadang-kadang tidak faham sikit apa dia cakap."Bagaimanapun baginya harapan Bob untuk Merlimau tidak sedikit pun merisaukannya.
"Mengapa saya perlu takut?" katanya.
"Ia sudah berlaku di Kelantan dan ada tak ada apa masalah yang berlaku. Jadi tidak ada masalah jika PAS ingin bawa Islam di sini. " Tiga lelaki cina disebelahnya pada mulanya tidak mahu didekati tetapi setuju jika mereka bercakap tanpa dikenali. Dan mereka berkata
"Sudah tentu kita tidak takut Islam," kata lelaki yang pertama.
"Islam sepatutnya jalan lurus. Tetapi Islam UMNO dan BN adalah jalan bengkok. Jadi tidak perlu bagi kita untuk takut PAS.""Barisan Nasional (BN) bercakap tentang anti-rasuah dan keperluan untuk kawal perbelanjaan berlebihan tetapi mereka yang buat kedua-duanya! Jadi Islam yang PAS bawa akan menjimatkan Melaka." Lelaki kedua berkata bahawa BN dan MCA yang bertanggung jawab menanamkan rasa takut kepada PAS dalam masyarakat Cina sedangkan hakikatnya tiada apa yang perlu ditakutkan.
"Ini taktik menakut-nakutkan," katanya.
"Tidak lebih dari itu. Saya tidak boleh bercakap bagi semua orang Cina di Merlimau tetapi kumpulan teman-teman saya berkongsi pendapat dengan saya. "Sementara itu lelaki ketiga berkata ia datang ke sini untuk mendengar apa yang kerajaan negeri lakukan terhadap Melaka dan rupa-rupanya sangat menjijikannya.
"Adakah anda tahu bahawa (Ketua Menteri Melaka) Ali Rustam membeli Proton Perdana dengan harga RM117, 000 tetapi menghabiskan RM300, 000 untuk upgrade?" soalnya.
"Saya percaya apa yang pembangkang katakan kerana saya melihat bukti di Melaka." "Semua ini tidak ada dalam surat khabar sehingga semua orang fikir bahawa kerajaan negari memerintah dengan baik. Saya percaya PAS boleh melakukan kerja yang lebih baik dalam menguruskan negeri dan jika Islam termasuk sebahagian daripada pakej itu, kami sedia menerimanya."Terjemahan :
FMT