blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

PRK Merlimau : Persediaan Terakhir SPR

Friday, February 25, 2011
Petugas SPR Radziah Ismail melekatkan tanda nama tempat duduk pegawai sebagai persiapan proses Penamaan Calon bagi menghadapi pilihanraya kecil DUN Merlimau di Politeknik Merlimau di sini, hari ini.

Pilihanraya kecil DUN Merlimau akan diadakan serentak dengan DUN Kerdau di Pahang, 6 Mac ini berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada 19 Jan lepas akibat serangan jantung.

Calon Barisan Nasional Roslan Ahmad, 44. dijangka akan menentang calon PAS Yuhaizat Abdullah, 38, pada pilihanraya itu nanti.


3.jpg (300×197)
Petugas SPR Sharif Ahmad melekatkan tanda nama pada kerusi semasa menyiapkan tempat pendaftaran nama calon bagi pilihanraya kecil DUN Merlimau di Politeknik Merlimau di sini, hari ini.

2.jpg (300×212)
Petugas-petugas SPR sibuk membuat persiapan proses Penamaan Calon menjelang pilihanraya kecil DUN Merlimau di Politeknik Merlimau di sini, hari ini.

1.jpg (212×300)
Petugas SPR A Amirudin Md Ali memasang papan tanda Dewan Penamaan Calon bagi pilihanraya kecil DUN Merlimau di Politeknik Merlimau di sini, hari ini.


Sumber : Bernama
Read Full 0 comments

Banglo Guna Gelongsor Ganti Tangga



Naik dan turun tangga boleh menjadi satu perkara yang membosankan ... itulah sebabnya mengapa pasukan arkitek Jepun ini telah membuat sebuah rumah dengan gelongsor, bukan tangga.

Level architects berkata mereka diberikan penerangan untuk merekabentuk sebuah rumah yang akan mengembalikan kenangan zaman kanak-kanak yang berterusan.

Setelah memikirkan cabaran tugasan itu, lalu mereka memutuskan untuk memasukkan unsur permainan dalam bahagian rumah yang juga berfungsi seperti tangga.

Hasilnya adalah rumah keluarga tiga tingkat di Nakameguro, Tokyo, yang mempunyai tangga di satu sisi dan gelongsor di sisi yang lain. Apa pula selepas ini ... sebuah kolam polo air di bilik mandi?


2.jpg (620×450)

Seorang juru cakap untuk Level architects berkata mereka tidak mahu gelongsor itu hanya untuk anak-anak bermain, tapi juga untuk orang dewasa menggunakannya dalam sebahagian daripada rutin seharian mereka.

"Ketika rumah ini dikunjungi sebulan selepas selesai pembinaan, terbukti gelongsor ini menjadi sebahagian daripada rutin harian mereka. Cara penggunaannya daripada ahli keluarga tersebut telah melebihi harapan kami."

3.jpg (620×450)
Read Full 4 comments

Gara-gara Keras Kepala



Kontraktor penyelenggara jalan raya perlu melakukan kerja-kerja penurapan di tempat parkir Market Street di Whitworth, Rochdale, Greater Manchester.

Bagaimanapun mereka terpaksa menghadapi seorang pemandu yang tidak mempedulikan tanda amaran'dilarang parkir' di situ.

Para pekerja kontraktor terus melakukan kerja-kerja turapan di sekeliling kereta Ford Focus ini selepas pemilik kenderaan tersebut tidak menghiraukan tanda-tanda amaran yang memberitahu kepada orang awam bahawa kerja-kerja penurapan akan dijalankan di situ.

Mereka meneruskan dengan kerja-kerja mereka - dan membiarkan kereta Ford Focus terkepung di tengah-tengah jalan yang sudah diturap.

Glynn Normoyle seorang penduduk tempatan melihat peristiwa itu daripada Pejabat Pos yang berdekatan.

"Ketika saya melihat melakukan kerja-kerja penurapan di sekeliling kereta itu, saya tidak boleh percaya.

"Sebelum itu para pekerja pembinaan banyak melakukan panggilan telefon sebaik mereka tiba di situ untuk memulakan kerja - saya rasa mereka cuba untuk mencari siapakah pemilik kereta itu dan apa yang harus mereka lakukan selanjutnya."

Papan tanda amaran dilarang memarkir kenderaan di situ sudah dinaikkan pada 8.00 pagi hari Isnin 14 Februari, dan pekerja pembinaan tiba di situ dua hari kemudian.

2.jpg (634×391)
Kereta itu sudah pergi dan meninggalkan ruang kosong yang belum diturap.

Datuk Bandar Walikota Whitworth, David Chorlton yang mempunyai perniagaan paip di Market Street, berkata: "Beberapa orang ada memberitahu kepada saya tentang hal ini ketika mereka datang di kedai.

"Mereka merasa sangat lucu dan saya sangkakan mereka sekadar bergurau, jadi saya pergi untuk melihat sendiri.

"Rasanya seperti sebuah adegan dari rancangan You've Been Framed."


Seorang jurucakap Majlis berkata baki parkir yang belum diturap akan dilakukan secepat mungkin.

Read Full 1 comments

Akuarium Terkecil Di Dunia



Ia adalah tempat tinggal yang sempurna untuk ikan kecil: akuarium terkecil di dunia. Dicipta oleh seniman Rusia, Anatoly Konenko seorang pakar dengan miniatur, akuarium kecil dibuat daripada kaca dan mengandungi batu-batu kecil serta rumpai laut merupakan tempat tinggal sempurna untuk sekumpulan ikan kecil.

Dengan hanya 30mm lebar, tinggi 24mm dan 14 mm dalam - cukup untuk kuantiti 10 ml air atau kira-kira dua sudu air.

Air harus dimasukkan menggunakan jarum suntik dengan berhati-hati supaya tidak mengganggu lanskap yang dibuat oleh artis Siberia ini.


2.jpg (634×367)

Konenko, yang menggelar hasil seninya 'mikro-miniatur', turut membuat jaring ikan yang sangat kecil dan digunakan untuk memindahkan ikan kecil ini - Baby Danios.

Orang dewasa biasanya menggemari ikan dengan tangki bersaiz lebih normal, tapi ikan kecil di dalam akuarium kecil Konenko ini juga turut dilengkapi pam udara yang dibina khas.


3.jpg (634×377)
Tangki hanya 30mm lebar, tinggi 24mm dan 14 mm dalam

Konenko yang juga seorang pelukis pernah mencatatkan dalam Guinness World Records kerana membuat buku yang terkecil di dunia.

Dia berkata: "Aku sudah melakukan microart selama 30 tahun, melakukan hal-hal terkecil di dunia.

'Tangki ini terhasil di atas rasa ingin tahu. "

Dia bekerja menggunakan mikroskop untuk sebahagian besar hasil kerjanya dan telah memenangi anugerah di negara asalnya serta seluruh dunia.
Read Full 6 comments

PRK Merlimau : Sekitar Pencalonan PAS, Yuhaizad Abdullah



Di JASIN, pemilihan Yuhaizad (atas) selaku Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada jam 11.25 malam ini di hadapan lebih 6,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di Dataran Markas PAS Dun Merlimau.

Berusia 38 tahun, Yuhaizad adalah juga Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri.

Pemilihan anak jati Kampung Chinchin yang terletak di dalam Dun Merlimau yang berkelulusan Diploma Tasawur Islam itu dipercayai mampu memberikan tentangan sengit kepada BN yang sememangnya begitu yakin dapat mempertahankan kerusi Merlimau.

Kerusi Dun Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan, 58, dari BN pada awal Februari lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Hidhir menewaskan calon PAS, Mejar (B) Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Beliau pernah bekerja sebagai juruteknik Siemens Semiconductor pada 1994 hingga 1998, Pegawai Tadbir Koperasi Hak Anak Melaka (Kohamas) pada 1998 hingga 2000, Pegawai Tadbir Borneo Security Melaka (2001-2003), Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di MISC Menara Dayabumi (2003-2007) dan Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di Universiti Multimedia pada tahun lepas. (Petikan : Harakah)

Gambar sekitar pencalonan calon PAS malam tadi seperti di bawah.

PRK Merlimau

P2241865.JPG (1024×768)

PRK Merlimau

PRK Merlimau

PRK Merlimau

Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks