blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Mumia Merompak Di Amerika

Wednesday, February 23, 2011


Polis di Pennsylvania berharap dapat menyelesaikan kes rompakan bersenjata ini secepat mungkin. Seorang lelaki dengan menggunakan kain pembalut luka untuk membalut mukanya seperti mumia merompak sebuah stesen minyak dan beberapa kedai di desa Herminie, Westmoreland County di AS petang Isnin lalu.

Pada sekitar jam 3:00 pagi, perompak yang bersenjatakan kapak telah masuk ke sebuah mini market Exxon Buy N' Fly dan melarikan diri dengan swang yang tidak didedahkan jumlahnya selepas mengancam pembantu jualan di situ. Bagaimanapun tiada yang cedera dalam serangan itu.

Seorang penduduk memberitahu kepada stesen TV KDKA, dia berfikir kemungkinan suspek adalah warga tempatan.

"Semua orang di sini kenal antara satu sama lain, kami tahu perniagaan masing-masing, jadi, ia (rompakan) mungkin agak sukar dilakukan, tanpa ada mengenali orang di sini," katanya lagi.

2.jpg (468×336)

Suspek seorang lelaki berkulit putih mempunyai ketinggian antara 5 kaki 5in dan 5 kaki 9in, berusia dalam lingkungan 30an, dan tanpa beberapa batang gigi. Selain dengan penyamaran khasnya, ia juga mengenakan baju sejuk bertudung kepala berwarna merah.

Read Full 5 comments

Patahkan Tangan Isteri Kerana Tukar Saluran TV

ARAB SAUDI - Seorang wanita Saudi yang baru berkahwin telah menuntut cerai dari suaminya setelah ia dipukul dia dan patah tangannya hanya kerana dia menukar siaran kegemaran TV suaminya.

Wanita itu berkata kepada suaminya bahawa ia "bosan" dengan ketagihan suaminya kepada rancangan Ghinwa TV Show yang menampilkan lagu-lagu Arab dan tarian gelek oleh gadis-gadis muda yang berpakaian seksi.


1.jpg (480×360)
Ghinwa TV Show

Dia berkata kepada suaminya bahawa dia akan menukar saluran, tapi suaminya memberi amaran bahawa ia akan mematahkan tangannya jika dia melakukannya.

Oleh kerana ia menyangkakan suaminya sekadar berkata tanpa memaksudkannya, dia merampas alat kawalan jauh dan menukar saluran TV.

Tetapi rupa-rupanya ia telah kesalahan besar: suaminya menjadi marah dan bukan sekadar memukulnya tetapi mematahkan tangannya.

Wanita malang itu kemudiannya menuntut cerai setelah ia dirawat di hospital.
Read Full 7 comments

'Bersihkan Libya Rumah Demi Rumah' Ghadafi


TRIPOLI - Pemimpin Libya Muammar Ghadafi memerintahkan pasukannya untuk menghancurkan setiap pemberontak yang cuba menggugat pemerintahannya selama 41 tahun. Dia juga memperingatkan kepada para demonstran bersenjata bahawa mereka akan dihukum dan berjanji memeranginya sampai akhir.

Dalam ucapan yang tidak teratur di television, seperti dilaporkan AFP Selasa (22/1/2011), Ghadafi bersumpah untuk tetap berada di Libya sebagai pemimpin revolusi. Dia mengatakan akan mati sebagai syahid di tanah nenek moyangnya dan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir.

Bagi menghalang gerakkan rakyat, Gadhafi memerintahkan tentera dan polis untuk menghancurkan segala pemberontakan yang melawan pemerintahan kuku besinya selama empat dekad. Direkodkan ratusan orang telah terkorban dalam pemberontakan selama lapan hari ini.

Ghadafi juga mengancam untuk membersihkan Libya "rumah demi rumah" dan "inci demi inci".

Dalam siarang langsung, bekas kolonel angkatan darat yang kini berusia 68 tahun itu berkata, "Muammar Ghadafi adalah pemimpin revolusi; Muammar Gadhafi tidak memiliki posisi rasmi untuk berundur. Dia adalah pemimpin revolusi selamanya."

"Ini negara saya, negara saya,"
teriaknya dalam ucapan kira-kira 75 minit yang berisi kata-kata pendek, hamburan kata-kata kemarahan dan diselangi dengan genggaman tinjunya.

Walaupun telah terdapat laporan pihak tentera, polis dan militan yang telah membunuh demonstran yang tidak bersenjata telah tersebar luas, Ghadafi tetap mengatakan, "Kami belum menggunakan kekuatan".

Tetapi, dia mengatakan, "Jika situasi semakin buruk, kami akan bertindak seperti undang-undang antarabangsa dan perlembagaan Libya."

"Rakyat Libya bersama saya," katanya sambil menyeru mereka keluar pada hari Rabu. "Tangkap tikus-tikus itu," katanya terhadap demonstran anti kerajaan. "Pergilah dari rumahmu dan serang mereka walau di manapun mereka berada."

"Setiap rakyat Libya yang membawa senjata melawan rakyat Libya akan dihukum mati," tambahnya lagi.
Read Full 0 comments

Kebetulan Luar Biasa! Foto 14 Tahun Lalu Sebelum Mereka Berkahwin, Mereka Pernah Bertemu

Satu pasangan suami isteri yang telah berkahwin selama 20 tahun terkejut apabila menemui foto bercuti lama semasa mereka di zaman kanak-kanak - 14 tahun sebelum mereka bertemu.

Gambar hitam dan putih yang diambil pada hari cuti Butlins tahun 1965 menunjukkan Mandy Knaggs ketika berusia empat tahun mengerling ke arah seorang kanak-kanak lelaki yang kemudiannya menjadi pasangannya.

Suaminya, Ray, yang juga berusia empat tahun pada masa itu, adalah seorang kanak-kanak misteri yang muncul di dalam gambar yang diambil oleh orang tua Mandy.

1.jpg (634×402)
Kebetulan yang luar biasa: Ray dan Mandy Knaggs dengan foto cuti lama mereka memaparkan ketika keduanya di zaman kanak-kanak pada hari cuti Butlins pada tahun 1965.

Kejadian kebetulan ini menjadi lebih luar biasa apabila pasangan ini yang hanya tinggal tidak berjauhan di Billingham, Teesside, mendapati mereka hanya becuti di Filey pada satu masa yang sama - itulah kali pertama dan terakhir keluarga Ray melawat tempat percutian itu.

Walaupun hanya beberapa meter jarak antara mereka di dalam foto tersebut, Mandy tidak pernah bertemu Ray sehinggalah lebih dari satu dekad kemudian.

Takdir akhirnya berlalu, Mandy dan Ray menjadi remaja dan bertemu pada tahun 1979 - ketika mereka tinggal lebih berhampiran di Billingham - dan akhirnya pasangan itu berkahwin pada tahun 1985 dan kini memiliki lima anak.


2.jpg (633×478)
Kebetulan: Gambar ini diambil oleh orang tua Mandy, menunjukkan Ray di hadapan. Ia berlaku 14 tahun sebelum pasangan itu bertemu dan jatuh cinta.


'Selama bertahun-tahun kami hanyalah kanak-kanak yang tinggal berdekatan, tetapi kami pergi ke sekolah yang berbeza," kata Mandy, yang bekerja di farmasi Billchem.

"Saya tidak ingat sempena hari cuti apa pada hari itu. Ibu atau ayah yang mengambil gambar, dan kami hampir tiada di dalamnya. Anda hanya boleh melihat kepala saya dan adik saya Julie dan Ray tepat di depan foto."

"Ini lebih kepada fotonya dari saya! Dia tidak memandang kamera tetapi anda boleh mengenalinya. Dia memiliki gaya rambut keanak-anakkan yang selekeh, semua rambutnya turun di hadapan."


3.jpg (632×403)
Keluarga Knaggs : (Dari kiri) Liam, Ray, Ashleigh, Mark, Mandy, dan Jessica Louise.

Selama bertahun-tahun selepas mereka berkahwin, foto kanak-kanak mereka di Butlins disimpan rapi - kebetulan yang luar biasa ini terus tersimpan - hingga pada satu hari ketika pasangan itu berkongsi foto-foto lama mereka.

Mandy yang masih ingat saat itu mengatakan: "Oh tuhan, ia terkejut ketika ia melihatnya. Dia memandang gambar itu dan berkata, "Itu aku! Aku ketika empat tahun!"
Dia terus berkata," Bagaimana kebetulan ini terjadi? " Ray percaya pada hal-hal rohani, tetapi aku tidak percaya tentang nasib. Tapi yang pasti dia (Ray) di sana.

Anak-anak pasangan itu, Louise, 23, Mark, 20, Jessica, 18, dan si kembar 16 tahun Ashleigh dan Liam, semuanya bersetuju ini kisah yang luar biasa.

Foto Butlins menjadi satu tajuk perbualan sekali lagi minggu lepas selepas Ray, yang bekerja di NETA Training di Stockton, sedang menyediakan buku skrap foto kehidupan Mandy sempena ulangtahun hari jadi ke-50.
Read Full 9 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks