blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Telur Dalam Telur!

Tuesday, February 22, 2011


Menemui dua kuning telur ketika sarapan sering kali dianggap membawa keuntungan. Namun seorang warga tua di England sangat terkejut ketika memecahkan telur, di dalamnya muncul sebiji telur.

Pesara peladang John Fellow, 68 tahun, ingin memasak telur dan memecahkan sebiji telur yang lebih besar berbanding ukuran telur ayam biasa. Namun ketika ia membuka pecahan telur secara hati-hati, Fellow melihat terdapat telur dengan ukuran lebih kecil di dalamnya.

Fellow mengaku ini adalah pertama kali dia menemui telur di dalam telur, sehingga ia menjaganya untuk ditunjukkan kepada cucunya.

“Ini sangat menakjubkan. Saya sedang memasak telur untuk sarapan dan menggunakan telur biasa yang saya beli di kedai berdekatan. Ukuran telur ini cukup besar, satu setengah lebih besar dari ukuran normal. Apa yang saya fikirkan ia berkemungkinan ada dua kuning telur. Rpa-rupanya ada telur kecil di dalamnya,” kata Fellows, atuk yang mempunyai empat orang cucu yang tinggal di Weymouth, Dorset, England.

Ketua Penasihat National Farmers Union England, Robert Newbery berkata kewujudan telur berganda itu adalah ‘keunikan alam’ dan selamat untuk dimakan. “Saya pernah mendengarnya sebelum ini tetapi kali ini ia luar biasa.”


2.jpg (468×410)

Kemungkinan besar, induk ayam memiliki gangguan ketika memproduksi telur sehingga, jika mereka merasa ketakutan yang kuat, ini mempengaruhi keadaan telur, kata Newbery lagi. “Ini adalah khusus dari Alam Semulajadi.”

Douglas Russel dari Natural History Museum mengatakan, "Telur di dalam telur telah menarik perhatian ilmiah selama ratusan tahun. Banyak teori yang berusaha untuk menjelaskannya.”

Informasi yang sering muncul perihal telur di dalam telur adalah kemungkinan disebabkan normal rhythmic muscular atau peristaltik yang menggerakkan proses perkembangan telur kerana saluran telur mengalami kerosakan.


Sumber : DailyMail
Read Full 19 comments

Dua Jet Libya Engkar Arahan Ghadafi


VALETTA, Malta - Dua jet tentera udara Libya mendarat di Malta pada hari Isnin (21/2/2011) dan juruterbang mereka telah memohon suaka politik di tengah tindakan keras berdarah Kolonel Ghadafi terhadap para demonstran anti-kerajaan di Libya sehingga mengeluarkan arahan mengebom mereka, menurut sumber tentera.

Dua juruterbang jet Mirage yang tidak mahu terlibat dalam operasi pembunuhan rakyat Libya itu telah mendarat di Malta International Airport tidak lama selepas dua helikopter awam mendarat bersama membawa tujuh orang yang dipercayai warga Perancis. Sebuah sumber tentera memahami suasanan kelam kabut menyebabkan penumpang telah meninggalkan Libya dengan terburu-buru sehingga hanya seorang sahaja yang memiliki pasport.

Sumber yang tidak mahu dikenali itu berkata juruterbang jet - kolonel angkatan udara udara Libya - telah berkomunikasi dari udara mereka memohon suaka politik. Mereka telah melarikan jet itu dari sebuah pangkalan berhampiran Tripoli dan telah terbang rendah di atas wilayah udara Libya untuk mengelakkan daripada dikesan, menurut sumber itu.

Pesawat itu kini di lapangan terbang Malta, jauh dari kawasan komersil, sedangkan juruterbang dan penumpang helikopter sedang disoal jawab oleh petugas imigresen lapangan terbang, tambah sumber itu lagi.

Setelah seminggu protes, rusuhan anti-kerajaan semakin merebak sehingga ke ibukota Tripoli dengan pertempuran di dataran utama Tripoli untuk pertama kalinya. Kerajaan Eropah dan syarikat-syarikat minyak dan gas segera mengeluarkan warga negara masing-masing.
Read Full 3 comments

Oral Seks Lebih Bahaya Dari Merokok

Gambar Hiasan

Selama ini rokok dianggap paling banyak menyebabkan kanser tenggorok. Tetapi penemuan terbaru menunjukkan bahawa virus yang tersebar melalui oral seks ini menjadi penyebab utama kanser tenggorok.

Ilmuwan yang melakukan kajian menunjukkan bahawa Human Papilloma Virus (HPV) yang tersebar ketika melakukan hubungan seks tanpa kondom dapat menyebabkan kanser mulut yang berpotensi menyebabkan kematian dalam beberapa dekad terakhir ini.

Oleh itu, ramai doktor kini telah menggalakkan agar remaja lelaki juga mengambil vaksin HPV sama seperti remaja wanita, untuk menghentikan penyebaran virus HPV tersebut.

"HPV yang merebak melalui hubungan seksual merupakan penyebab yang lebih besar kepada kanser mulut berbanding kerana tembakau," jelas Prof Maura Gillison dari Ohio State University di Columbus, seperti dilaporkan Dailymail, Isnin (21/2/2011).

Menurut Prof Gillison, meski[un belum ada bukti ilmiah sepenuhnya untuk mengetahui apakah vaksin yang dapat melindungi orang dari infeksi HPV yang menyebabkan kanser, tapi sejauh ini vaksin tersebut terbukti sangat efektif. 90 peratus vaksin HPV efektif mencegah infeksi virus yang juga menyebabkan kanser serviks pada wanita.

Doktor semakin khuatir virus yang tersebar melalui aktiviti seksual ini berada di sebalik meningkatnya penyakit kanser.

Di Enggland kes kanser tenggorok meningkat begitu tinggi, sementara di AS timbulnya kanser mulut kerana HPV meningkat dua kali ganda dalam 20 tahun terakhir ini.

Menurut Prof Gillison, di Sweden pada 1970-an, sekitar seperempat dari kanser amandel kerana HPV, tetapi pada pertengahan 2000 angka tersebut menjadi 90 peratus.

"Itu data yang paling menarik, dalam suatu populasi dengan peningkatan kanser tonsular atau kanser orofaring yang kita lihat di sejumlah tempat di seluruh dunia, mungkin disebabkan oleh HPV," katanya.

Prof Gillison mengatakan, seseorang yang dijangkiti HPV 16, iaitu strain virus HPV yang menyebabkan kanser mulut, meningkatkan risiko menjadi 14 kali mengalami kanser orofaringeal (kanser pangkal lidah, belakang tenggorok atau tonsil).

"Yang paling kuat penyebab infeksi HPV oral adalah bilangan pasangan seks yang melakukan aktiviti seks oral. Semakin banyak teman seks yang Anda miliki, semakin tinggi kemungkinan Anda dijangkiti HPV oral," jelas Prof Gillison.

Tahun lalu sebuah kajian di Johns Hopkins University menemui bahawa HPV menimbulkan risiko lebih tinggi mendapat kanser berbanding rokok atau alkohol.

Studi di Amerika kepada 300 sukarela menunjukkan bahawa orang yang mempunyai lebih dari enam pasangan seks, hampir sembilan kali lebih berisiko mendapat penyakit ini. Sementara orang yang sudah mengalami jangkitan HPV oral sebelum itu, 32 kali lebih besar untuk mengembangkan kanser.
Read Full 4 comments

Ghadafi Sudah Cabut Ke Venezuela?


BRUSSELS - Spekulasi tentang kedudukan pemimpin Libya Muammar Ghadafi semakin meluas. Pejabat kementerian luar negeri England, William Hague mengatakan, ada kemungkinan Ghadafi sedang dalam perjalanan menuju ke Venezuela.

"Anda yang bertanyakan kepada saya apakah Ghadafi berada di Venezuela," kata Hague kepada wartawan selepas pertemuan dengan menteri luar negeri Uni Eropah (UE) yang membahaskan revolusi di Libya dan negara Arab.

"Saya tidak mepunyai informasi yang mengesahkan perkara itu. Tetapi saya ada menerima informasi yang menyatakan dia dalam perjalanan," sambungnya seperti dilaporkan AFP, Isnin (21/2/2011). Ghadafi memang selama ini dikenali mempunyai hubungan yang rapat dengan Presiden Venezuela Hugo Chavez.

Seorang diplomat yang enggan dikenali kemudiannya menambah keterangan Hague. Informasi tersebut diperolehi daripada laporan agen yang dihubungi di sana.

Meskipun begitu, diplomat tersebut tidak juga dapat mengesahkan apakah benar Ghadafi sudah meninggalkan Libya.

Ketika dihubungi untuk kepastian, pejabat Venezuela membantah khabar angin ini. Sumber AFP di Venezuela mengatakan, Ghadafi tidak ada menghubungi pemerintah Venezuela kebelakangan ini.
Read Full 0 comments

Inilah Kad Jemputan Perkahwinan Putera William & Kate

Sangat simple kan. Tak perlu gambar pasangan pengantin dan grafik 'kerawang' yang pelbagai. Kad ini simple dan nampak elite. Lepas ni mungkin ada bakal pengantin di Malaysia boleh tiru idea ini.

Konsep dia mudah, simple, kemas tapi nampak elite.

1.jpg (550×397)

2.jpg (550×354)


Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks