
Ziona Chana, seorang ketua keluarga dengan jumlah anggota keluarganya paling ramai di dunia. Lelaki berasal dari India ini mempunyai 39 isteri, 94 anak, 14 menantu perempuan dan 33 cucu. Bagaimana dia menjalani kehidupannya?.
Keluarga ini tinggal di sebuah rumah empat tingkat yang mempunyai 100 bilik di kawasan berbukit Desa Baktwang, Mizoram, India.
“Saya rasa bagaikan anak Tuhan yang istimewa. Tuhan memberikan begitu ramai orang yang harus saya jaga. Saya menganggap diri saya beruntung menjadi ketua keluarga terbesar di dunia,” kata Chana seperti dilaporkan akhbar
The Sun.
Keluarga ini menjalani kehidupan dengan disiplin ala tentera. Isteri paling tua Zathiangi mengatur isteri Chana yang lain untuk melakukan kerja-kerja rumah tangga seperti membersihkan rumah, mencuci pakaian dan menyiapkan makanan.

Setiap kali makan malam, mereka memerlukankan 30 ayam, 132 paun kentang dan 220 paun beras. Chana memang mengamalkan kepercayaan boleh untuk memiliki isteri seramai manapun.
Dia membuat aturan isteri muda berada di bilik paling dekat dengan dirinya. Sedangkan isteri paling tua berada di tempat paling jauh. Chana juga mengamalkan sistem giliran untuk 'mendatangi' ister-isterinya.
Rinkmini, salah satu isteri Chana yang berusia 35 tahun berkata, “Kami sentiasa berhampiran dengannya kerana ia merupakan orang paling penting di dalam rumah. Dia juga merupakan lelaki paling tampan di desa ini.”
Isteri Chana yang lain, Huntharnghanki mengatakan seluruh anggota keluarga saling menghormati antara satu sama lain. Sistem keluarga mereka berteraskan pada rasa cinta dan penghormatan.
Meskipun memiliki isteri yang ramai, Chana mengaku tidak akan berhenti mencari isteri. “Untuk memperluas kepercayaan ini (memiliki ramai isteri), saya bersedia pergi ke Amerika Syarikat untuk berkahwin,” katanya.
Namun salah seorang anaknya meminta Chana menikahi seorang perempuan miskin di desa itu supaya dapat menjaga mereka.

Chana bersama dengan 39 orang isterinya.

Keadaan bilik di dalam rumah Chana.