blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

PRK Merlimau : Najib Tarik Pengundi Cina & Teori PRU ke-13

Saturday, February 19, 2011
Petang tadi sekitar jam 6.00 PM Najib telah turun di Bandar Merlimau bagi menemui pengundi di sana. Namun disebalik itu yang menjadi perhatian BN kali ini, seperti juga di PRK Tenang yang lalu pastinya pengundi Cina. Walaupun pengundi Cina hanyalah sekitar 20.8 peratus, namun ia menjadi agenda utama kerana ketika PRK di Tenang, BN masih belum dapat menarik sepenuhnya pengundi Cina.

DUN Merlimau terletak mempunyai seramai 10,679 pemilih berdaftar termasuk 36 pengundi pos. Rekod daftar pemilih sehingga 31 Disember yang lalu menunjukkan jumlah pengundi di DUN itu ialah 10,767 orang iaitu Melayu sebanyak 64.1 peratus, Cina (20.8 peratus), India (14.4 peratus) dan lain-lain bangsa (0.7 peratus). Ketika Pilihan Raya Umum 2008, calon BN, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan mengekalkan kerusi itu apabila menang dengan majoriti 2,154 undi menewaskan calon Pas, Jasme Tompang.

Sekali lagi Chua Soi Lek mempertaruhkan kredibilitinya untuk menarik 20.8 peratus pengundi Cina. Namun untuk mengenali masyarakat Melayu di Merlimau tidak susah. Tipikal Melayu sentimental amat kuat di sini. Cukup jika aku katakan apabila melihat seorang makcik bersesak-sesak sehingga hampir pengsan semata-mata untuk bersalaman dengan Najib. Seorang pakcik yang bertolak-tolak dengan jurugambar dan wartawan untuk melihat Najib dari dekat. Ini semuanya isyarat jelas pengundi Melayu veteran amat kuat semangat Hang Tuahnya. Berdasarkan perbualan dengan penduduk Melayu tempatan juga rata-rata mereka masih kuat menyokong BN. Hakikat yang harus diterima pimpinan PR dan mengkaji jurus terbaik mereka untuk menembusi kubu kuat BN ini.

Kenyataan mereka yang berbangga dengan kejayaan Ali Rustam menjadikan Melaka sebuah negeri yang cantik, bersih dan menjadi tarikan pelancong menjadikan aset untuk BN mengekalkan kerusi di Dun Merlimau tanpa perlu membelanjakan duit yang lebih berbanding di Tenang. Ironinya mereka membandingkan pembangunan di Melaka dengan di Muar. Bandar Hilir di Melaka jauh lebih cantik dan membangun berbanding Tanjung Emas di Muar jika dilihat dari aspek pembangunan fizikal.

Berdasarkan analisis seorang pensyarah universiti, semasa di Dun Tenang sahaja BN telah membelanjakan sebanyak RM 53 juta. Jadi apa fokus BN pada PRK kali ini?. Pastinya menguji sejauh mana sokongan pengundi Cina kepada mereka.

Kehadiran Najib pasti disambut dari pelbagai bahagian UMNO di Melaka termasuk dari Muar, kerana Muar amat berhampiran dengan Melaka. Kesempatan bertemu kenalan UMNO dari Muar dapatlah sedikit sebanyak maklumat terkini berkenaan perancangan 'dalaman' BN dalam menghadapi Pilihan Raya Umum. Namun satu maklumat yang agak pelik kerana beliau mengatakan PRU ke 13 tidak akan diadakan pada tahun 2011. Yakin benar nampaknya beliau PRU tidak akan diadakan pada tahun ini. Kerana menurutnya banyak yang perlu dilakukan BN sebelum PRU. Perpecahan dalaman yang masih banyak perlu dibaiki.

Namun jika PRU ke 13 tidak akan diadakan pada tahun ini mungkin ada benarnya. Kerana Najib dan BN perlu menang besar kali ini. Bukan sekadar mendapat majoriti 2/3 tetapi perlu merampas semula 5 negeri PR. Yang paling penting katanya, "Jangan sampai Perak yang berjaya BN rampas, dihenjut oleh rakyat Perak semula. Malu besar la BN,".

Di bawah adalah gambar Najib bersama pimpinan BN lain di Bandar Merlimau petang tadi.








Read Full 2 comments

Bekas Presiden Tunisia Koma Kerana Strok

Ben Ali (kanan) dan first lady Tunisia, Leila Ali.

JEDDAH, Arab Saudi,(UPI) - Bekas Presiden Tunisia Zine el-Abidine Ben Ali mengalami strok dan berada di dalam keadaan koma di sebuah hospital di Arab Saudi, menurut seorang wartawan online Perancis.

Wartawan Nicolas Beau, mengutip beberapa sumber dari Tunisia dan ditampal pada blognya bahawa Ben Ali sedang berada dalam keadaan kritikal di sebuah pusat rawatan di Jeddah, Arab Saudi, seperti dilaporkan Radio France Internationale.

Dipercayai pemimpin yang disingkir itu telah dimasukkan ke dalam hospital Selasa lalu dengan menggunakan nama samaran.

Kenyataan Ben Ali sedang dirawat di hospital juga dilaporkan oleh JSSnews Web-zine, tetapi ia melaporkan Ben Ali menderita serangan jantung.

Ben Ali telah memerintah Tunisia selama 23 tahun sebelum pemberontakan rakyat hingga memaksanya untuk meninggalkan negara pada Januari lalu.
Read Full 1 comments

Pisau Tertinggal Di Kepala Selama 4 Tahun


BEIJING - Seorang lelaki berusia 37 tahun sudah mulai pulih di Hospital Yuxi, Yunnan selepas melakukan pembedahan pada Sabtu lalu untuk membuang bilah pisau yang telah berada di dalam kepalanya selama empat tahun.

Penemuan aneh itu mengejutkan doktor-doktor di Hospital serta keluarga pesakit Li Fu. Pemeriksaan sinar X telah dibuat ke atas Li Fu pada 24 Januari setelah Li mengadu pelik dengan nafasnya yang busuk dan mengalami sakit kepala. Li kemudiannya datang semula ke hospital itu semula untuk diagnosis lanjutan.

"Ia suatu keajaiban: Sebilah pisau menembusi tengkoraknya dan tertanam di antara saraf dan saluran darah intensif," menurut kata pakar bedah saraf Hospital Luo Zhiwei. Pisau itu masuk melalui rahang bawah kanan, melalui lidah, nasofarink lidah dan otot dengan hujung mata pisau hampir menyentuh otaknya.


Doktor melakukan pembedahan selama empat jam dari jam 8:30 pagi untuk mengeluarkan pisau berukuran 10cm panjang, 1.8 cm dan 0.24 cm tebal.

Puncanya? Adik lelaki Li Fu teringat satu kes rompakan empat tahun lalu, apabila Li terkena tikaman di bawah rahang kanannya. Di sebuah hospital tempatan, doktor merawatnya, menjahit lukanya dan memberikan suntikan anti-radang. Polis kemudiannya menangkap perompak tersebut tetapi hanya menemukankan pemegang pisau tanpa pisau.

"Lukanya sembuh dengan baik, sehingga dia tidak membuat pemeriksaan lanjut kerana kami tidak pernah menyangka pisau itu tertanam di kepalanya .."

Sumber: Times Global
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks