blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Lelaki Paling Bodoh Di Britain?

Friday, February 18, 2011

Seorang penganggur yang terlalu obses dengan tatu akhirnya mengambil langkah 'mengerikan' kekasihnya - apabila membuat tatu TENGKORAK pada wajahnya.

Penganggur "Mad Dog" Deon, berusia 27 tahun mempunyai pendapat tersendiri tentang imej tengkorak pada wajahnya.

Dia hadir untuk menerangkan karya seninya - tatu yang ke 37 - hari ini di Jeremy Kyle Show.

2.jpg (682×400)
Face-off ... Deon dan teman wanitanya Catherine ketika dalam rancangan TV Jeremy Kyle Show. Kekasihnya Catherine, 31 tahun yang juga muncul dalam rancangan dengan episod "Mengapa Teman Lelaki Saya Merosakkan Wajahnya" turut mengeluh tentang keputusannya itu.

Dia pada mulanya menganggap Deon bergurau ketika ia berkata hendak membuat tatu. Dia memberitahu hos Jeremy: "Minggu lalu, dia ada berkata hendak keluar membuat tatu tengkorak di wajah saya. Saya sangkakan dia bergurau. Dia keluar dan kembali dengan tatu di wajahnya .."

3.jpg (682×400)

Deon, berasal Walsall, mula membuat tatu pertamanya ketika berusia 17 tahun - menambah: "Saya tidak peduli bagaimana rupa saya. Saya adalah saya, jika mereka tidak suka saya, mereka boleh terus melakukannya."

Kyle bagaimanapun berkata: "Saya sedang berusaha untuk menerima orang yang memiliki tatu tengkorak pada wajahnya."
Read Full 6 comments

Edisi Bongkar - Bagaimana Blog Ini Cecah Pendapatan 4 Angka Sebulan

Aku pernah ditanya beberapa rakan kenapa tiada lagi ruang pengiklanan dalam blog ni. Aku jawab sebab melambatkan loading dalam blog kalau terlalu banyak widget. Lagi pun blog aku bukannya popular seperti blog tukar tiub yang mempunyai PR 4. Atau MiLo SuaM yang dapat rangking tinggi dalam Top Rangking Cenangau.

Blog ini juga tidak sepopular blog Ben Ashaari yang popular dikalangan adik-adik blogger. Namun dalam kerendahan itu...aku bersyukur kerana blog ini dikunjungi ramai pengunjung yang 'baik hati'. Hasil dari kehadiran pengunjung yang sedikit sebanyak ini membantu menggerakkan blog ini. Membantu aku bergerak setiap kali ada PRK setakat ini. Dari Hulu Selangor, Galas, Tenang, Merlimau dan insya'Allah ke Kerdau. Membantu aku bertemu dan mengenali blogger otai seperti Sayuti Omar. Membantu aku melihat sendiri realiti pilihanraya di Malaysia dihadapan mata. Ya, untuk kenal SPR bukan melalui PRU...tetapi PRK. Lihat bagaimana seluruh jentera kerajaan tiba-tiba menjadi jentera BN. Menjadi jentera UMNO bahagian dan sebagainya.

Apapun di bawah aku sertakan pendapatan melalui Innity semalam. Ketika hangat isu petugas UPP tembak remaja, entri aku yang aku ulas daripada info TPU. Menghasilkan pendapat tertinggi sehari seperti dibawah. Jika setiap hari blog ini jana pendapatan harian seperti di bawah, sebulan sudah cecah pendapatan RM 2K!.

Photobucket

TAPI hakikatnya bukanlah sebanyak itu setiap hari. Biasanya dalam sehari dalam purata RM30-RM40. Contoh purata sehari yang blog ini dapat adalah seperti di bawah. Kalau sebulan mungkin lebih sikit dari gaji amah Pak Rais Yatim.
Photobucket

Cukup dulu untuk edisi bongkar bagaimana blog ini menghasilkan pendapatan sampingan. Kalau ada sebarang pertanyaan 'rahsia' blog ini menjana duit. Sila komen di bawah.
Read Full 10 comments

Adun Tenang Sakit Jantung


Belum pun habis BN meraikan kemenangan di PRK Labis.
Belum pun sampai sebulan Adun Tenang, Azhar Ibrahim berkhidmat sebagai Adun.
Belum pun hilang warna merah tanah kubur Datuk Sulaiman Taha.
Adun Tenang yang baru, Mohd Azhar Ibrahim dilaporkan telah diserang sakit jantung.
Khabarnya sudah 4 hari beliau dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Mohd Azhar Ibrahim 39 tahun merupakan seorang bekas ADO telah meletak jawatan lebih awal dari perkhidmatannya kerana menjadi calon BN pada PRK Tenang yang lalu. Oleh kerana itu dipercayai beliau berkemungkinan tidak dapat wang pencen dari jawatannya itu. Ini kerana sebagai kakitangan perkhidmatan awam, dia perlu bekerja selama 10 tahun bagi melayakkan dia menerima pencen.

Tidak mengapalah, sebab beliau pun sudah menang sebagai Adun Tenang. Tapi syarat sebagai wakil rakyat (Ahli Parlimen/Adun), beliau perlu menjadi wakil rakyat selama 2 penggal berturut-turut bagi membolehkan dia menerima pencen. Bagi wakil rakyat yang berkhidmat hanya sepenggal, dia tidak layak menerima pencen.

Jadi sama-samalah kita berdoa supaya Mohd Azhar Ibrahim ini kembali sihat dan dapat berkhidmat kepada masyarakat Labis. Kasihan juga kepada keluarganya. Andai apa-apa berlaku kepada Tok Ai, maka tiadalah pencen terbitan untuk mereka. Penat PRK Tenang tidak hilang lagi, rasanya tak sanggup untuk PRK kali ke-2 di Tenang dalam satu penggal!.
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks