
KAHERAH - Kesihatan bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak semakin merosot dan dia menolak untuk ke luar negera bagi menjalani rawatan, menurut laporan sebuah akhbar milik Saudi Asharq al-Awsat pada hari Selasa (semalam).
Sebuah sumber tentera memberitahu kepada Reuters, Mubarak masih "bernafas" tetapi tidak akan memberikan butiran lengkap berkaitan statusnya. Sumber lain di Mesir yang mempunyai hubungan keluarga dengan Mubarak mengatakan dia tidak sihat tetapi tidak menjelaskan dengan terperinci.
"Apa yang pasti ialah adalah keadaan kesihatannya merosot secara drastik, di samping ada maklumat ia menolak untuk menerima rawatan perubatan yang diperlukan," kata Asharq al-Awsat dalam edisi online-nya, menurut kenyataan seorang bekas pegawai kerajaan Mesir kepada pemerintah tertinggi tentera.
Tentera mengambil alih negara itu selepas Mubarak mengundurkan diri pada Jumaat lalu setelah lebih dari dua minggu protes besar-besaran terhadap pemerintahannya selama 30 tahun.
The Asharq al-Awsat turut melaporkan Mubarak, 82 tahun, menolak cadangan untuk berangkat ke Jerman untuk menjalani rawatan. Dia menjalani pembedahan pundi hempedu di sana tahun lepas, dan semenjak itu desas-desus tentang kesihatannya sering muncul.
"Mubarak menolaknya (perjalanan ke luar negeri)," kata akhbar itu. "Dia telah meminta orang-orang di sekelilingnya untuk membiarkan dia mati di negaranya, saya percaya ia sekadar hanya menunggu masa."
Mubarak telah berkata dalam ucapan terakhirnya, ketika ia masih memegang jawatan bahawa dia akan mati di Mesir.
Spekulasi tentang kesihatan Mubarak semakin tersebar, termasuk ada yang mengatakan bahawa dia mungkin telah telah mati.
Bagaimanapun diplomat-diplomat Arab, termasuk Mesir telah berkata pada Selasa lalu mereka tidak mendengar sebarang berita yang mengesahkan Mubarak telah mati.