
JAKARTA - Pelita Jaya FC secara rasmi memperkenalkan penyerang barunya, Mohd Safee bin Mohd Sali, penjaring gol terbanyak Piala AFF 2010 lalu.
Isnin (14/2/11), penyerang Malaysia itu diperkenalkan kelab barunya di Hotel Kristal, Jakarta Selatan. Safee berharap kehadirannya dapat memperbaiki posisi Pelita Jaya yang ketika ini berada di kedudukan bawah Liga Super Indonesia.
"Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pihak Pelita Jaya, yang bekerja keras untuk mendatangkan saya," ungkap Safee ketika berjumpa wartawan.
"Saya tahu kedudukan Pelita Jaya saat ini dan saya harap dapat memperbaiki kedudukan kami," lanjutnya.
Safee, yang mengaku sedikit banyak mengikuti perkembangan Liga Super dan khususnya Pelita Jaya, faham bahawa kelab ini mempunyai ramai pemain berkuliti, namun pengalaman yang minima.
"Memang ada beban (bermain di kedudukan bawah), tetapi ada ramai pemain muda di sini yang berkualiti. Kekurangan mereka hanyalah di bahagian penyudah. Jadi saya di sini untuk menutup kekurangan tersebut," ungkap penyerang berusia 27 tahun itu.
Walaupun sudah rasmi, penyerang yang tiga kali membocorkan gawang Markus Horison di Piala AFF itu belum boleh bermain untuk kelab dari Karawang tersebut kerana terkendala Sijil Transfer Internasional (ITC),
"Belum boleh (bermain), kerana masih harus menunggu ITC dahulu. Mungkin sekitar 7 atau 8 (Mac)," ungkapnya.
Berdasarkan kontrak, Safee akan bersama Pelita Jaya selama setahun. Ini bermakna ia akan menjalani separuh musim kedua 2010/11 dan separuh musim pertama 2011/12.