blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Pertandingan Cium Paling Lama Sempena Hari Kekasih

Monday, February 14, 2011
Peserta Felix Werth dan Ulairak Ooutaboon sedang berusaha untuk memecahkan rekod dunia untuk ciuman paling lama di Pattaya.

THAILAND - Di sebuah pusat peranginan Thailand Pattaya, para peserta telah mengambil bahagian dalam satu pertandingan maraton ciuman dalam satu percubaan memecahkan rekod bercium selama 32 jam yang dicipta di Jerman tahun lepas.

Pasangan-pasangan ini diberi ruang satu meter persegi dan mereka mesti mengucup kemas pasangan masing-masing sepanjang masa, tidak boleh duduk, tidur atau meninggalkan tempat tersebut, atau penyertaan mereka akan dibatalkan.

Seorang wanita telah pengsan selepas 34 minit berciuman. Pasangan yang lain telah mengaku kalah selepas beberapa jam. Pasangan yang dapat bertahan paling lama akan memenangi sebuah cincin berlian bernilai £ 1,000 (RM 4 ribu lebih) dan hadiah wang tunai £ 2,000 (RM 9 ribu lebih).

Felix Werth, 32 tahu, salah seorang peserta berkata: "Saya hanya menyertai pertandingan ini untuk berseronok dan saya berharap agar dapat bercium dalam masa yang lama."
Pertandingan ini bermula sejak hari Ahad pada 11pm dan akan berterusan sehingga Hari Kekasih.

Pasangan kekasih Thailand Predee Singhachan, 37 tahun (kanan) dan isterinya Rungnapa Rojchananawin, 51 tahun (kiri) diperiksa oleh tenaga perubatan ketika berusaha untuk memecahkan rekod ciuman rekod dunia yang paling lama. Ia sebahagian daripada perayaan Hari Kekasih (Valentine) di bandar Pattaya, Thailand, 14 Februari 2011.

Enam pasangan Thailand dan satu pasangan Jerman-Thailand cuba memecahkan Guinness Book of World Records dengan masa ciuman paling lama dari 32 jam 7 minit dan 14 saat yang ditetapkan di Jerman pada tahun 2009.
Read Full 1 comments

Nasib Syeikh Al-Azhar Seperti Mubarak?


MESIR - Setelah rakyat dan kaum muda revolusioner Mesir menumbangkan Hosni Mubarak, kini giliran Gerakan Pemuda Revolusi Mesir menuntut supaya Sheikh Al-Azhar, Dr Ahmed al-Tayeb pro-status quo, supaya berundur dari jawatannya. Mengapa?

Ketika rakyat turun ke jalan di ibukota Kaherah dan kota-kota di seluruh Mesir untuk meraikan perletakan jawatan Presiden Hosni Mubarak, secara serentak kaum muda Mesir yang antikorupsi juga mendesak Sheikh Al Azhar meletakkan jawatan kerana ia dituduh sebagai ulama yang tidak amanah.

Sampai hujung minggu ini, rakyat Mesir masih meneriakkan "Allahu Akbar dan kata-kata kemenangan seperti "shah yaa Misr" yang bermaksud "Hidup Mesir". Semua kenderaan menyembunyikan hon sebagai tanda kegembiraan.

Jalan raya didominasi anak-anak muda sambil menaiki kereta, merayakan kemenangan sambil menunjuk isyarat dua jari membentuk huruf "V", simbol victory atau kemenangan. Kelihatan seorang aktivis muda menangis sambil memegang sebuah foto seorang anak muda.

"Ini anak saudara saya, ia meninggal terkena tembakan pihak polis yang kejam. Kau adalah pahlawan, mengorbankan jiwamu demi demokrasi dan kejayaan bangsamu," katanya pilu sambil mencium foto tersebut dengan linangan air mata.

Situasi penuh kegembiraan dalam revolusi Mesir ini tidak diendahkan Sheikh Al Azhar yang konservatif dan pro status quo. Tidak hairanlah jika kaum muda Mesir yang revolusioner, mendesak Dr Ahmed Tayeb agar meletakkan jawatan dan tidak layak menyandang sebagai Sheikh al-Azhar sebab sering menyokong Mubarak. Tayeb dianggap para aktivis Mesir sebagai ulama konservatif dan tidak sensitif di atas penderitaan rakyat.

Kenyataan rasmi dari kaum muda Mesir mendesak, "Sheikh, izinkanlah kami untuk menceritakan apa yang terjadi di negeri tercinta ini. Mereka adalah kelompok arogan dan zalim yang rela menumpahkan darah putera-putera bangsa yang menuntut perubahan dan kedamaian."

Di hujung kenyataan itu juga ditegaskan, "Kami bersumpah demi agama, akhirat, al-Quran, ilmu, keberanian, darah syuhada, air mata anak-anak yatim, ibu dan ayah syuhada bahwa putera-putera bangsa dalam aksi tunjuk perasaan gugur syahid demi menuntut pembebasan. Untuk itu, undurlah dari jawatan anda."

Bahagian kenyataan lainnya dari kaum muda itu juga menegaskan, "Wahai Sheikh, kami menyedari bahawa anda termasuk orang yang mendengarkan suara kami dan melakukan hal yang terbaik."

Mereka mengharap agar tuntutan itu dipenuhi supaya menjadi tauladan yang baik bagi para ulama yang terhormat. Para ulama sepanjang sejarah, kebiasaannya bersikap tegas terhadap keganasan orang-orang yang zalim, termasuklah pemerintah.
Read Full 0 comments

PRK Merlimau : Revolusi Jalan Raya Merebak Ke Rumah Siapa? - SIRI 2

Kembali lagi kita di Merlimau untuk mengikuti perkembangan 'revolusi jalanraya' sempena PRK Dun Merlimau yang akan datang tidak lama lagi. Sebelum itu saya ingin membawa perhatian semua pembaca kepada gambar atas bersama dengan nombor yang saya tandakan bagi memudahkan pemahaman pembaca :
1. Jalan Sidang Samad, jalan utama kampung.
2. Jalan masuk ke rumah seseorang.



Ini adalah pandangan dari hadapan jalan 'utama' masuk ke rumah seseorang (dipercayai pemimpin UMNO). Dihadapan jalan masuk ini, dihiasi dengan jalur gemilang dan bendera BN.


Sekarang kita sudah memasuki ke dalam jalan 'utama' untuk masuk ke rumah seseorang ini. Dari bau premix dan warna jalan yang masih hitam. Pasti di sini juga sudah berlaku revolusi jalanraya seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini.


Cuma bezanya, revolusi jalanraya sebelum ini berlaku di jalanraya utama, tetapi nampaknya revolusi jalanraya ini sudah merebak sehingga ke rumah pemimpin UMNO ini. Oh..jangan buruk sangka tuan-tuan. Mungkin ini persepsi saya sahaja. Mungkin revolusi jalanraya ini hasil dari jualan dodol asli, kerisek kelapa, memborong pisang, kelapa biji dan sebagainya. Mungkin rumah ini bukan rumah penyokong UMNO. Ok..cuba kita lihat lebih dekat lagi.


Ya..nampaknya, bendera BN berkibar megah di situ. Sah lah tuan-tuan ini memang merupakan pemimpin UMNO. Ya tuan-tuan, revolusi jalanraya Merlimau sudah merebak sehingga ke rumah ini.


Sekarang kita jenguk ke jalan nombor 1 tadi. Jika sudah lupa lihat gambar yang pertama di atas ya tuan-tuan.


Nampaknya jalan masuk ke Kg Sidang Samad, Merlimau ini sudah berlaku kerosakan. Kali terakhir ia dinaik taraf ialah pada 2009. Ya...2 tahun yang lalu. Mesti ada yang cakap, "Itu tandanya kerajaan Ali Rustam bertanggungjawab. Lihat jalan ini, kami menaik tarafnya 2 tahun lalu." Bagus betulkan tuan-tuan. Kerajaan negeri bertanggungjawab menaikkan taraf jalan ini 2 tahun lalu.
TAPI...hasil kerja naik taraf 2 tahun lalu tu sudah rosak. Jalan masuk ke kampung ini bagai dibuat daripada tepung. Baiklah. Kita lupakan perkara itu. Cuma yang kita hairan...kenapa revolusi jalanraya di Merlimau tidak sampai di sini. Laluan keluar masuk penduduk kampung Sidang Samad?. Sedangkan jalan masuk rumah 'sebelah' sudah berlakunya revolusi. Jawapannya mudah. Sebab di Kg Sidang Samad ini adalah fix deposit untuk BN tuan-tuan. Naik taraf atau tidak naik taraf kami akan berikan undi kami untuk BN.


Kita lihat jalan masuk ke sebuah rumah salah seorang penduduk di Merlimau. Rumah ini juga tidak jauh dari rumah nombor 2 itu.


Begitu juga rumah ini. Adakah mereka ini tidak mahu menuntut supaya revolusi jalanraya juga berlaku di halaman rumah mereka?.

Laporan perkembangan revolusi jalan raya di Merlimau akan saya pantau sehinggalah tiba ke hari pengundian. Dpercayai revolusi jalan raya ini akan bertukar menjadi revolusi bantuan-bantuan tidak lama lagi. Cukup laporan setakat ini dahulu dan nantikan laporan seterusnya hanya dari blog pulakdah. Terima kasih.

Read Full 2 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks