
TEMERLOH, 13 Feb -- Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada Datin Rozlifah Ahmad (kanan), balu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim sejurus tiba untuk menziarah Allahyarham dan keluarga di rumah mereka di Kerdau, di sini hari ini. Zaharuddin, 64, meninggal dunia selepas terjatuh di dalam bilik air akibat serangan jantung di rumahnya dan dibawa ke Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh sebelum disahkan meninggal dunia di hospital itu pada jam 7.15 petang semalam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menatapi wajah jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerdau, Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim buat kali terakhir di rumahnya di Kerdau, di sini hari ini.
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerdau, Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim diusung keluar dari rumah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Paya Taram di Kerdau, di sini hari ini.

Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerdau, Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim dibawa turun ke liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Paya Taram di Kerdau, di sini hari ini.
Datin Rozlifah Ahmad menjirus air di pusara suaminya, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerdau, Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Paya Taram di Kerdau, di sini hari ini.
Sumber : Bernama