07:26 PM Penipuan Pada Skala BesarTokoh pembangkang Mohamed ElBaradei dalam temubual malam ini di CNN, mengatakan bahawa dengan penolakannya (Mubarak) untuk berundur, Mubarak telah "berjudi dengan nasib negaranya" dan bahawa ucapannya itu adalah "suatu tindakan penipuan pada skala besar."
7:21 AM Pegawai AS: Ucapan Mubarak 'Justifikasi Untuk Pemerintahan Ketenteraan'Robert Springborg, dari AS Naval Postgraduate School memberitahu Reuters:
"Ucapan malam ini bukan bertujuan untuk menamatkan krisis dengan cara damai tetapi untuk memarakkan lagi situasi sehingga ada justifikasi untuk melakukan pemerintahan tentera. Mereka mempertaruhkan tidak hanya tentera, walaupun hakikatnya begitu - saya menggunakan istilah ini dengan ingatan - perang saudara "
7:09 AM Mubarak 'de jure presiden' - Suleiman 'de facto presiden.Sameh Shoukry, Duta Besar Mesir di Amerika Syarikat, telah mengatakan kepada wartawan CNN Wolf Blitzer, bahawa Hosni Mubarak sekarang adalah "presiden de jure" dan Omar Suleiman "de facto presiden".
"Dia (Sulaiman) juga melakukan semua kuasa presiden di bawah perlembagaan,"
Shoukry mengatakan ia telah menerima maklumat ini dari wakil presiden.
Dalam masa itu, menurut laporan AP, ElBaradei telah menyeru tentera untuk campur tangan dalam krisis ini selepas presiden menolak daripad berundur bagi mengelakkan pertumpahan darah..
6:09 AM Semakin Ramai di Stesen TV Kerajaan? Laporan-laporan terbaru masuk menyatakan semakin ramai rakyat Mesir membanjiri Stesen TV kerajaan. Ben Wedemen CNN tweets:
@ bencnn : Keadaan persekitaran Stesen TV dipenuhi orang ramai.
6:03 AM Tiada Kata Dari ObamaTidak ada khabar dari Obama berikutan penolakan Mubarak untuk berundur. Ahli Kongres New York, Gary Ackerman telah menjangkanya. MSBNC melaporkan Ackerman, Pengerusi Jawatankuasa Kecil Luar Negeri di Timur Tengah dan Asia Selatan, berkata:
(Mubarak) hanya sekadar menyalakan sumbu terakhir, dan sekarang saya rasa keadaan berada di ambang letupan dalam 24 jam berikutnya.
5:50 AM Bantahan Dijangka Menjadi Ganas Tweets daripada Nadia El-Awady:
@ NadiaE : Tiada siapa dapat menjanjikan untuk tidak bermandi darah esok.
@ Sandmonkey : Rakyat kelihatan sangat kecewa. Kelihatan seorang wanita menangis.
5:41 AM Naib Presiden Suleiman Arah Pulang Ke Rumah"Kami telah membuka ruang untuk dialog," katanya, sambil berkata pelan perubahan sudah siap diatur. Dia menambah, "Saya komited untuk melakukan apa saja yang diperlukan untuk melaksanakan pilihan raya yang adil." Beliau berkata bahawa beliau akan beusaha untuk melindungi kepentingan daripada "revolusi pemuda."
Dia juga menyeru kepada "pemuda Mesir" supaya kembali bekerja. Dia memberitahu kepada mereka agar jangan mendengar kepada sumber-sumber luar, hanya dengar "suara hati sendiri."
05:32 PM Tengahari Esok Kami BerarakKolumnis Nasional Sultan Al Qassemi menulis di dalam tweets:
@ SultanAlQassemi: Hafez El Mirazi wartawan Al Arabiya berkata: Para penunjuk perasaan membuat keputusan untuk"Berarak ke Istana" بكرة العصر نروح القصر tengahari esok"
@ LaraABCNews : Esok = Jumaat = hari bantahan yang sangat besar. Tahrir dengan temponya tersendiri , dan Jumaat adalah kemuncaknya. Satu seruan untuk berarak ke Istana Presiden Mesir.
5:19 AM Kemarahan Meletus Di Alexandria Menurut laporan Al Jazeera, kebangkitan kemarahan dikalangan penunjuk perasaan di Alexandria menyebabkan mereka bergerak menuju ke kem tentera, untuk menuntut tentera menjatuhkan Mubarak.
5:08 AM Tahrir Square Meledak Rakyat yang berkumpul di Tahrir Square berteriak dengan penuh kemarahan berikutan keengganan Mubarak untuk meletakkan jawatan. Kalimat "Undur, Undur, Undur" dan "pergi, pergi" terus dilaungkan.
04:49 PM Mubarak Sedang BerucapSaya tujukan kepada semua rakyat Mesir di Tahrir dan seluruhnya. Dia ada menyentuh para syuhada dan yang terluka "tidak akan dilupakan dan mereka yang bertanggungjawab akan dihukum. "Tuntutan anda adalah sah dan hanyalah tuntutan," tambahnya.
"Saya tidak akan menerima
foreign dictation," katanya.
Dia mengulangi bahawa dia tidak akan mencalonkan diri sebagai presiden pada pilihanraya September ini, tetapi dia akan kekal dengan jawatannya sehingga tempoh itu. Dia mengatakan bahawa dia akan "terus memikul" tanggung jawabnya dan akan berusaha untuk peralihan kuasa yang damai.
Dia mengatakan ada enam artikel Perlembagaan yang akan dipinda. Keyakinanterhadap kerajaan perlu dikembalikan , dan mengatakan perarakan bantahan itu telah menjejaskan ekonomi.
"Ia bukan untuk saya, ia bukan untuk Hosni Mubarak. Ia untuk Mesir," tambahnya.
Saya telah menghabiskan hidup saya mempertahankan negara ini, menyaksikan perangnya, melalui kekalahannya , dan kemenangan-kemenangannya. Saya telah menghadapi kematian beberapa kali.
Mubarak berkata dia akan memindahkan kuasa-kuasanya kepada Naib Presiden Omar Suleiman.
Suasana di Tahrir Square bergema dengan teriakan "Undur, Undur, Undur"
4:28 AM TV Nasional Menyiarkan Dakwaan-dakwaan Terhadap MenteriKolumnis tempatan Sultan Al Qassemi melaporkan televisyen di Mesir sedang menyiarkan dakwaan-dakwaan terhadap menteri-menteri kerajaan dahulu:
@ SultanAlQassemi : TV Mesir sedang membacakan senarai panjang tuduhan-tuduhan terhadap :
1. bekas Menteri Perdagangan Rachid Mohammed Rachid, dua anak perempuannya & kakaknya.
2. bekas Menteri Perumahan Ahmed El Moghrabi yang mengambil "keuntungan hasil dari jualan tanah kerajaan"
4:10 AM Tv Nasional Mesir Siarkan Siaran Sukan Menurut Al-Jazeera : Stesen TV tempatan kini menayangkan siaran sukan. Rakyat masih menantikan ucapan Mubarak.
4:05 AM Penafian Mubarak Akan Meletakkan Jawatan Menurut Reuters:@ REUTERSFLASH : Presiden Mubarak "pasti tidak akan meletakkan jawatan", menurut Menteri Maklumat kepada Reuters tidak lama sebelum Mubarak berucap.
3:55 AM Mubarak Bercakap dalam 10 Minit LagiLokasi Presiden Mesir masih tidak dapat dipastikan. Ada desas-desus mengatakan ucapannya sudah direkodkan dan dia telah pun meninggalkan Kaherah.
3:47 AM Euforia Dan Kebimbangan di Tahrir Square AP melaporkan para penunjuk perasaan ketika ini menunggu Mubarak:
"Saat hampir tiba!" dinyanyikan beramai-ramai, jumah mereka yang berkumpul adalah paling terbesar berbanding sebelum ini kerana mendapat laporan pemimpin lama mereka sudah bersedia untuk menyerahkan kuasa. "Rakyat menginginkan kejatuhan rejim," teriak mereka.
Bagaimanapun perayaan di Tahrir Square sedikit resah kerana disebalik peristiwa ini akan berlakunya peralihan kuasa kawalan negara kepada tentera, tidak langsung melahirkan rejim autoriter yang baru.
Begitu pun ramai masih bimbang untuk terlalu awal untuk menyatakan kemenangan.
"Saya tidak optimis. Saya takut rakyat akan merasa menang dan meninggalkan dataran ini sedangkan Mubarak hanya sekadar menyerahkan kuasa kepada tentera," kata Ahmed Abdel Hamid, salah seorang demonstran muda.