Pengumuman Presiden Hosni Mubarakbeliau tidak akan bertanding semula jawatan Presiden dalam pilihan raya September ini tidak memuaskan hati penunjuk perasaan anti kerajaan yang mahukannya keluar dari negara Mesir.Bagaimanapun pengumuman pemimpin berhantu itu telah mengakibatkan pelbagai spekulasi tentang bakal penggantinya.
Walaupun ada beberapa pendapat skeptikal mengatakan Mubarak mungkin mengubah fikirannya sebelum September ini,
Deutsche Welle melaporkan beberapa calon telah pun muncul dari kedua-dua parti politik pemerintah dan pembangkang.
Di sini antara beberapa individu yang berkemungkinan menjadi pengganti Mubarak:
1. Fathi Sorour
Ketika kedudukan Timbalan Presiden kosong, Sorour -- Speaker Dewan Rakyat dan juga seorang pemimpin veteran di dalam parti Mubarak, People National Democratic Party -- merupakan pemimpin kedua tertinggi selepas jawatan presiden Mesir. Jika Mubarak meletakkan jawatan atau meninggal dunia di dalam jawatan, Sorour akan menjadi presiden sementara untuk 60 hari sehingga pilihan raya yang diadakan. Walaupun perlembagaan negara melarangnya daripada memegang jawatan presiden selepas itu. Bagaimanapun , hubungan Sorour yang rapat dengan Mubarak boleh menyebabkannya tidak mendapat sokongan dari pembangkang.
2. Amr Moussa
Amr Moussa telah menjadi Setiausaha Agung Liga Arab sejak tahun 2001, setelah sebelum itu menjawat jawatan sebagai Menteri Luar Negeri Mesir selama satu dekad. Dia meraihi beberapa populariti dalam jawatan itu kerana kritikannya terhadap Israel , dan dikatakan Mubarak meletakkannya di Liga Arab untuk menghapuskan saingannya yang berpotensi. Moussa merupakan individu pertama secara terbuka mengumumkan dia sedang mempertimbangkan untuk mencalonkan dirinya bagi jawatan presiden tahun ini, ketika dia memberitahu CNN dia akan "fikir (tentang) hal ini dengan serius dalam beberapa minggu akan datang."
3. Omar Suleiman
Dalam percubaan untuk meredakan kemarahan penunjuk-penunjuk perasaan anti kerajaan minggu lalu, Mubarak melantik Omar Suleiman sabagi Timbalan Presiden pertamanya. Lelaki yang memiliki latar belakang ketenteraan , di mana pada 1993, Suleiman mengambil alih sebagai Ketua Perisikan Mesir General Service. Ia membina hubungan yang rapat dengan Amerika Syarikat dan dipandang sebagai sangat berpengaruh, tetapi juga sebagai seseorang yang bekerja secara rahsia. Bagaimanapun, perlantikan Suleiman selepas Mubarak dilihat dengan penuh ragu-ragu dan tidak percaya oleh kebanyakan daripada penunjuk perasaan.
4. Mohammed ElBaradei

Penerima Hadiah Nobel Keamanan 2003, ElBaradei 68 tahun yang kembali ke Mesir dari rumahnya di Vienna merupakan momentum tindakan protes ini. Dia telah mengambil bahagian dalam banyak demonstrasi dan menjadi juru cakap popular pembangkang di media antarabangsa. Tetapi walaupun profil globalnya yang tinggi, dia agak tidak dikenali di dalam negaranya sendiri. Beberapa rakyat Mesir pernah menegur keputusannya untuk tinggal di luar negeri, dan membayangkan hubungannya dengan Mesir sudah berlalu.
5. Mohammed Badie

Sebagai "rujukan umum" kepada Ikhwanul Muslimin - parti pembangkang terbesar Mesir - Mohammed Badie adalah kemungkinan tinggi untuk memegang jawatan tertinggi negara itu. Badie dipandang sebagai konservatif, dan ideologi Islam Ikhwanul Musliminnya menjadikannya sebagai pilihan yang tidak popular di kalangan negara-negara Barat dan Israel. Walaupun ada larangan rasmi kepada Ikhwanul Muslimin, namun ia tidak menghalang kebanyakkan ahlinya daripada bertanding sebagai calon bebas, dan pada pilihan raya parlimen 2005 telah memberikan parti itu suara sebanyak 20 peratus.
6. Ayman Nour

Ahli politik liberal yang mengasaskan parti pembangkang El Ghad, secara rasmi dibentuk pada 2004. Dia bertanding menentang Mubarak dalam pilihan raya presiden 2005 - pertama kali di bawah pemerintahan Mubarak yang membenarkan pelbagai calon bertanding berbilang - dan memenangi tempat kedua. Dia kemudiannya ditangkap kerana dituduh memalsukan dokumen-dokumen semasa menubuhkan partinya tidak lama selepas pilihan raya. Menurut undang-undang, Nour dianggap seorang penjenayah , dan dihalang dari bertanding untuk jawatan presiden.
7. Ahmed Shafik

Shafik telah dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Presiden Hosni Mubarak pada 29 Januari sebagai respon kepada protes yang terus berlangsung. Rekod kerjayanya sebagai juruterbang pesawat pejuang, sayap skuadron, dan komander pangkalan, Shafik merupakan komander Tentera Udara Mesir dari 1996-2002. Pada tahun 2002 telah dicalonkan untuk menjadi Menteri Penerbangan Awam Mesir. Ketika menjadi menteri, Shafik meningkatkan pengurusan lapangan terbang Mesir, infrastruktur dan menjalinkan hubungan yang bertambah baik dengan operasi domestik dan antarabangsa swasta, serta kuasa perundangan antarabangsa.