blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Janin Beri Isyarat 'Bagus'

Saturday, February 5, 2011

Seorang bakal ibu yang khuatir dengan bayi dalam kandungannya merasa terkejut ketika melakukan scan di sebuah klinik. Bayi mengacukan isyarat ibu jari, atau biasa dikenali sebagai isyarat 'bagus'.

Donna Sayer, 29 tahun melakukan dua kali scan di sebuah klinik di Canterbury Kent beberapa minggu setelah hamil. Dia bersama pasangannya, Simon Biscoe, merasa risau kerana kepala bayi mereka kelihatan agak lebih panjang manakala tubuhnya pula terlalu kecil.

Namun, pasangan ini merasa gembira ketika pergi ke klinik untuk melakukan scan kali ketiga. Foto menunjukkan kepala bayi mencapai ukuran normal dan tidak mengalami masalah kesihatan.

Selain itu, Sayer dan jururawat juga tertawa ketika menyadari bayi itu menunjukkan isyarat ibu jari. "Setelah memeriksa dan semuanya di dalam keadaan baik, jururawat cuba mengambil beberapa foto tambahan," kata Sayer yang juga seorang pengurus makanan dan minuman di Kent County Cricket Club.

"Walaupun bayi itu bersembunyi, ia memberikan isyarat ibu jari seolah-olah ingin memberitahu orang di luar bahawa dirinya dalam keadaan baik sahaja," tambah Sayer lagi.

Fay Smith pengendali USG di Hospital William Harvey berkata, "Anda sering melihat bayi menghisap ibu jari atau melakukan beberapa gerakan kasar. Mereka juga sering berkedip. Saya sering tertawa bersama bakal ibu bapa ketika melihat bayi mereka seolah melindungi bahagian sulit mereka.”
Read Full 1 comments

Kentut Diharamkan Di Malawi


MALAWI - Penggubal undang-undang Malawi dilaporkan akan membahaskan sebuah undang-undang baru pada minggu hadapan kerana kesalahan kentut di khalayak ramai.

Menurut AFP, Parti Progresif Demokrat Party berusaha untuk meminda undang-undang anti pencemaran yang pertama kali diperkenalkan pada 1929, tetapi belum pernah dikuatkuasa oleh pihak berkuasa untuk keadaan 'perut kembung'.

Undang-undang menyatakan: "Sesiapa yang sengaja merosakkan suasana di mana-mana tempat sehingga ia menjadi beracun bagi kesihatan orang ramai di tempat kediaman atau kawasan perniagaan atau kawasan kejiranan atau melintas laluan awam, akan didapati bersalah kerana perbuatan salah laku."

Menteri Perundangan dan hal ehwal perlembagaan, George Chaponda memberitahu Capital Radio: "Kerajaan mempunyai hak memastikan kesopanan awam. Kami berhak memperkenalkan peraturan di negara ini.

"Adakah anda mahu melihat rakyat negara ini kentut di khalayak ramai di mana-mana saja? Ia tidak berlaku pada zaman pemerintah diktator kerana orang ramai takutkan akibatnya. Kini disebabkan oleh multipartism atau kebebasan, rakyat boleh berkentut di mana saja."

Dia menambah bahawa "ia (kentut) boleh dikawal" dan rakyat "sepatutnya pergi ke tandas, bukannya kentut di khalayak ramai".

Bagaimanapun, menurut Metro, peguam Anthony Kamanga tidak bersetuju dengan tafsiran Chaponda tentang undang-undang 1929, kerana fasa undang-undang tersebut hanya berkaitan dengan pencemaran udara ( sedangkan kentut tidak mencemarkan udara).
Read Full 2 comments

Menjelang Malam, Tetap Bertahan Di Tahrir Square

KAHERAH - Memasuki waktu malam, ratusan ribu kumpulan anti Mubarak tetap bertahan di Tahrir Square, Kaherah. Mereka tetap bertegas untuk menunjuk perasaan di Tahrir sehingga tuntutan mereka dipenuhi.

Berdasarkan pemantauan melalui siaran Al-Jazeera, Jumaat (4/2/2011), kelihatan kumpulan demonstrasi yang beragama Islam melaksanakan solat Maghrib berjemaah di sekitar Tahrir Square. Mereka khusyu dan tertib ketika melaksanakan solat berjamaah.

Sementara itu, pihak tentera terus berjaga-jaga di sekitar Tahrir Square. Pihak tentera risau jika kumpulan pro Mubarak menyelinap masuk dan boleh menyebabkan berlakunya kekacauan dan pertumpahan darah.


r-DAY-OF-DEPARTURE-huge.jpg (900×301)

Kelihatan juga ratusan kumpulan penyokong Mubarak mendekati jalan-jalan menuju ke Tahrir Square. Mereka membawa spanduk dan foto Mubarak sebagai tanda sokongan. Namun perjalanan mereka dihalau oleh tank-tank tentera Mesir.

Belum diketahui sampai bila mereka akan terus berkumpul dan bertahan di Tahrir. Namun, berdasarkan wawancara wartawan Al-Jazeera dengan salah seorang peserta demonstrasi, kumpulan mereka akan tetap bertahan sehingga Mubarak benar-benar turun dari jawatan Presiden.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks