blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Benarkah Ada Alien Di Jerusalem?

Friday, February 4, 2011
JERUSALEM - Sebuah bebola cahaya bersinar dengan sangat terang melayang di Jerusalem. Dalam rakaman tersebut, peminat UFO medakwa kewujudan alien di dunia ini.

Rakaman tersebut menunjukkan sebuah objek berbentuk bebola bersinar di atas Kubah Shakhrah, Jerusalem. Ia adalah tempat suci Islam dan merupakan tanah utama yang terletak di tengah-tengah tembok kompleks Al-Haram asy-Syarif. Namun, objek tersebut hilang dengan cepat. Video itu diambil pada pukul 1 pagi waktu tempatan. Peristiwa itu tersebar dan menjadi pendebatan di internet.

Ratusan ribu penonton yang melihat rakaman di YouTube ini berdebat apakah kemunculan imej UFO ini benar atau sekadar cahaya biasa.

1207052.jpg (600×300)

Bekas penyelidik UFO di Kementerian Pertahanan Inggeris, Nick Pope berkata, “Jika ini benar-benar terjadi, rakaman tersebut merupakan video yang luar biasa. Namun, jika bukan, ini adalah penipuan yang sangat terancang sehingga ia begitu hebat untuk menghilangkan sebarang unsur keraguan.”

Pope mengakui bahawa Israel memang ada mencipta pesawat tanpa pemandu yang sangat canggih. “Ini boleh jadi salah satu sebahagian dari kemajuan teknologi yang diciptakan manusia.”
Read Full 2 comments

726,000 Kondom Jepun Hilang Di Malaysia


TOKYO - 726,000 kondom yang dihantar ke Jepun melalui Malaysia telah dicuri. Ribuan kondom itu hilang ketika transit di antara Malaysia dan Jepun.

Seperti dilaporkan AFP, Khamis (3/2/2011), sebanyak 726,000 kondom polyurethane (super nipis) dimasukkan ke sebuah kontena di kilang Malaysia untuk dieksport. Pengeluar Sagami Rubber Industries mengeksport prophylactics dari Malaysia ke Jepun, tetapi penghantaran tersebut didapati kosong apabila ia tiba di kilang utama firma tersebut di sub-bandar Tokyo.

Jurucakap syarikat Norinari Wakui berkata: "Ini tidak pernah berlaku sebelum ini dan kami sangat keliru. Kami tidak pasti adakah perkara ini dirancang."

Dia menambah bahawa kunci kontena juga telah digantikan sebelum penghantaran meninggalkan pelabuhan Malaysia.

Barangan yang hilang merupakan kondom yang 14% lebih tipis dari produk konvensional yang memiliki ketebalan sekitar 0.02 milimeter. Harga kondom yang hilang itu mencecah sehingga 1.5 juta Dollar.

Diasaskan pada 1934, Sagami Rubber Industries ialah pembuat kondom yang pertama Jepun.


Kredit Gambar : e-condom.org
Read Full 3 comments

Kumpulan Anti Mubarak Tahan 120 Agen Polis Dan Parti Pemerintah


KAHERAH - Kumpulan pro pembangkang yang berdemonstrasi terhadap pemerintah Mesir mendakwa mereka telah menahan 120 orang yang membawa kad identiti yang menunjukkan mereka mempunyai hubung kait dengan polis atau parti pemerintah.

Mereka ditangkap ketika sedang menyerang kumpulan penunjuk perasaan anti Mubarak, seperti dilaporkan Reuters.

Kamal Ismail, wakil sebuah komuniti yang mengetuai demonstrasi itu menunjukkan kepada seorang wartawan Reuters dua kad identiti yang dirampas pada Khamis (3/2/2011) dari mereka yang didakwa telah berusaha menyusup ke dalam kumpulan penunjuk perasaan. Salah seorang dari mereka adalah anggota agen polis.

Ia berkata sebahagian besar dari orang-orang yang ditangkap itu dikepung oleh kumpulan penunjuk perasaan anti Mubarak disaat konfrontasi bermula pada waktu siang hari Rabu ketika para penyokong Presiden Hosni Mubarak berusaha untuk memaksa penunjuk perasaan anti Mubarak keluar dari sebuah lapangan di Kaherah.

Kumpulan penunjuk perasaan anti Mubarak ini telah menyerahkan tahanan mereka kepada tentera, tambahnya lagi.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks