Anderson Cooper
Anderson Cooper telah bercakap kepada
The Huffington Post dari Kaherah pada malam Rabu kelmarin dan menceritakan apa yang telah terjadi kepadanya pagi ini. Beliau dan krewnya telah diserang oleh sekumpulan penyokong pro Presiden Hosni Mubarak.
"Seorang lelaki melompat keluar dari orang ramai dan cuba menolak kami keluar," katanya.
"Ia seakan-akan ingin membuat orang ramai supaya fokus pada kami. Kemudiannya terdapat beberapa orang turut keluar dari sekumpulan orang ramai. Seseorang telah menumbuk saya di kepala , dan dari situlah semuanya berlaku dengan cepat."Akhirnya krew kami memutuskan agar kami beredar. Kami cuba untuk pergi "setenang yang mungkin," tetapi ini tidak menenangkan orang ramai di sekitar kami.
"Mereka mengikuti kami, menjerit kepada kami, mengoyak pakaian kami," katanya. Ia berlangsung sehingga lima minit. Perusuh membaling botol-botol dan air ke arah krew , dan terus menendang dan menyepak. Segelintir orang ramai cuba membantu kami, tetapi mereka telah ditenggelami oleh kumpulan perusuh pro Mubarak. Sementara itu, askar-askar Mesir turut melihat kejadian itu.
Saat Cooper lari dari diserang kumpulan pro Mubarak.
Cooper berkata dia ditumbuk empat kali di kepala.
"Saya tidak pernah ditumbuk di kepala sebelum ini," katanya.
"Jadi mereka memberikan kesan."
Ia merupakan pertama kali mereka diserang secara langsung oleh sebuah kumpulan ketika melaporkan berita. Buat masa ini, dia tidak akan membuat liputan dari
Tahrir Square. Ia tidak selamat untuk mana-mana wartawan melaporkan dari situ tambahnya lagi.
Yaa..akhirnya provokator sudah keluar.
Puak pro gerombolan pemerintah biasanya menjadi provokator,
Pihak tentera sudah berada di pihak rakyat. Nah, provokator kena main peranan.
Akhirnya akan ada suara dari Ketua Kerajaan di mana-mana negara berkata
"Lihatlah apa yang berlaku di Mesir. Kerana rusuhan berlakunya pertumparan darah. Adakah kita perkara seperti itu berlaku di sini?, di negara kita yang aman?"
Walhal apa yang mereka takutkan ialah hilangnya 'takhta' kekuasaan mereka di tangan rakyat.
:Author Faethal