blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Kerajaan Jordan Bubar Kerana Harga Makan Naik

Wednesday, February 2, 2011

AMMAN, 1 Feb (Reuters) - Raja Abdullah daripada Jordan, sekutu U.S. paling rapat, telah menggantikan Perdana Menterinya pada hari Selasa lalu selepas bantahan ke atas harga makanan dan keadaan hidup rakyat yang miskin, dengan menamakan seseorang yang mempunyai latar belakang tentera untuk mengetuai kerajaan.

Seorang pegawai Jordan berkata raja menerima secara rasmi perletakan jawatan Samir Rifai, seorang ahli politik yang kaya dan juga bekas penasihat mahkamah, serta meminta Marouf Bakhit untuk membentuk satu kabinet baru.

Penunjuk perasaan yang diinspirasikan oleh bantahan secara besar-besaran di Tunisia dan Mesir telah menuntut pemecatan Rifai.

"(Bakhit) merupakan seorang bekas jeneral dan seorang duta besar ke Israel semasa Perdana Menteri sebelum ini. Dia dilihat seseorang yang mempunyai sepasang tangan yang selamat," menurut Rosemary Hollis, profesor kajian dasar Timur Tengah di City University London.

"Saya tidak melihatnya sebagai satu tanda liberalisasi. Perdana Menteri sebelum ini ada menyentuh mengenai reformasi tetapi sebenarnya hanya sedikit yang dilakukan," katanya.

Dikecam oleh rakyat yang berang ke atas harga makanan yang tinggi, Rifai mengumumkan kenaikan gaji untuk kakitangan awam dan tentera dua minggu lalu dalam satu percubaan untuk mengembalikan ketenangan.

Bantahan telah merebak merentasi negara Jordan dalam beberapa minggu lalu, dengan penunjuk perasaan menyalahkan rasuah yang disebabkan oleh pembaharuan-pembaharuan dalam pasaran bebas untuk negara miskin.

Sumber : Reuters

Hebatnya rakyat Jordan. Raja mereka sendiri 'menurunkan' takhta Perdana Menteri selepas didesak rakyat kerana kenaikan harga makanan dan rasuah. Walaupun Perdana Menteri ambil hati dengan naikkan gaji, tetapi mereka tidak peduli kerana isu rasuah menjadi punca segala permasalahan di dalam negara. Ya, mula-mula naik gaji. Tak sempat naik gaji harga barangan makanan naik dulu.
Kalau di Malaysia, dapat naik gaji sekali dah cukup bagi mereka. Walaupun harga minyak naik setiap bulan tak jadi hal. Harga makan naik pun tak mengapa. Kami tetap memberi UNDI kepada mu PM1Malaysia. Betapa rendahnya mentaliti rakyat majoriti (baca : Melayu) di negara ini alahai..
: Author Faethal
Read Full 0 comments

Saya Akan Mati Di Sini - Mubarak


KAHERAH -- Presiden Mesir Hosni Mubarak berkata dia tidak akan bertanding untuk jawatan itu semasa pilihan raya September ini, tetapi menolak segala tuntutan rakyatnya yang mahukan dia meletakkan jawatan segera dan meninggalkan negara itu. Dia bersumpah untuk mati di tanah Mesir, dalam satu ucapannya di sebuah televisyen Selasa lalu selepas satu hari yang penuh dramatik di mana suku juta penunjuk perasaan meminta dia keluar dari negara ini.

Mubarak berkata dia akan terus bekerja dengan baki masa yang ada unktuk "peralihan kuasa yang aman" dan membuat pindaan kepada peraturan pada pilihan raya Presiden. Tetapi proses penyerahan jawatan yang separuh jalan - dengan mengambil masa berbulan-bulan untuk menamatkan pemerintahannya - terus diejek dan persendakan oleh penunjuk perasaan yang berkumpul di dataran utama pusat bandar Kaherah.

1.jpg (900×300)

r-EGYPT-NEWS-TODAY-huge.jpg (900×316)

Menonton ucapannya di sebuah skrin TV besar yang dipasang di Tahrir Square, penunjuk perasaan terus mengejek dan menunjukkan kasut mereka sebagai tanda penghinaan. "Pergi, pergi, pergi! Kami tidak akan berhenti sehingga dia pergi," mereka berteriak , dan seorang lelaki menjerit, "Dia tidak mahu berkata seperti ini, dia tidak mahu berkata seperti ini."

Mubarak 82 tahun telah memerintah negara itu untuk hampir tiga dekad, menegaskan keputusannya untuk tidak lari keluar tidak ada kaitan dengan bantahan yang berlaku sehingga menggegarkan Mesir minggu lalu. "Saya memberitahu anda dengan ikhlas, tanpa mengambil kira keadaan sekarang, saya tidak pernah bercadang untuk menjadi calon untuk satu penggal lagi."

"Saya akan berkhidmat dalam baki bulan terakhir untuk membuat langkah-langkah yang perlu demi untuk peralihan kuasa yang aman," katanya.

Mubarak, bekas komander tentera udara dengan tegas berjanji untuk tidak meninggalkan negara. "Negara disayangi ini ... adalah tempat tinggal saya, saya memperjuangkan dan mempertahankan tanah ini, kedaulatan dan kepentingannya. Di tanah ini saya akan mati. Sejarah akan mengadili saya seperti orang lain."

Ucapannya dibuat selepas utusan kunjungan Presiden Barack Obama mengatakan kepada Mubarak bahawa Amerika Syarikat melihat tempoh jawatan Presidennya sudah berakhir. Frank Wisner, bekas duta besar AS ke Mesir ialah seorang sahabat rapat kepada Presiden Mesir memberitahu kepada Mubarak pandangan AS "melihat bahawa tempoh pemerintahannya sebagai Presiden semakin hampir," menurut seorang pegawai pentadbiran yang tidak mahu dikenali.
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks