blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Lebih Bodoh Dari Mubarak?

Tuesday, February 1, 2011
Seorang Timbalan Presiden yang baru tidak akan menyelesaikan krisis di Mesir.

Terdapat satu jenaka di Mesir tentang kurangnya timbalan presiden. Dalam 58 tahun sejarah pasca kolonial hanya terdapat dua timbalan presiden. Ia bermula apabila Gamal Abdel Nasser, yang mengetuai pimpinan revolusi menjatuhkan pemerintahan beraja, dan mencari seorang timbalan yang kurang berbakat untuk menjadikannya kelihatan bagus jika dibuat perbandingan. Ianya satu tugas mencabar, tetapi akhirnya Anwar Sadat merupakan calon yang sesuai dan dilantik. Apabila Nasser meninggal dunia, Sadat mengambil jawatan presiden dan mengikut langkah yang sama (mencari timbalan yang kurang berbakat berbanding dirinya) tetapi kali ini agak lebih mencabar. Ia mengambil sedikit masa, tetapi akhirnya Hosni Mubarak telah dilantik dan mengangkat sumpah. Mubarak juga mengikut jejak yang sama seperti 30 tahun lepas, apabila beliau menjadi presiden selepas pembunuhan Sadat. Dia mencari seseorang yang kurang cerdik daripada dirinya.



Apa yang sebelum ini menjadi kepercayaan bahawa timbalan presiden akan menjawat jawatan tertinggi - Presiden, tetapi baru-baru ini telah meluas satu spekulasi tentang matlamat Mubarak untuk melahirkan satu dinasti keluarga. Fakta itu semakin jelas apabila melihat dia yang berusia 82 tahun masih juga tidak melantik timbalan presidennya menandakan bahawa dia mungkin bercadang untuk mati dengan jawatannya, atau mewariskan ia kepada anak lelakinya, Gamal Mubarak -- atau, lebih berkemungkinan kedua-duanya sekali. Ia adalah salah satu daripada pelbagai sebab yang menyebabkan rakyat turun ke jalan raya dalam siri bantahan besar-besaran. Kemungkinan besar wujudnya satu pewarisan dinasti ini merupakan mesej-mesej paling jelas bagi rakyat Mesir bahawa masa depan mereka tidak berada di dalam tangan mereka lagi.

Sebelum memegang jawatannya, Mubarak hanyalah berasal dari seorang pegawai angkatan udara yang buta warna sehinggan menjadi pemimpin ala fir'aun, mempunyai citarasa tinggi terutama dalam kejuruteraan sosial dalam skala yang besar. Selain daripada membangunkan kota-kota, projek yang paling besar adalah untuk membebaskan Mesir dari batas-batas lembah Nil dengan mengalirkan air sungai ke dalam Gurun Barat. Ia satu pencapaian hebat kejuruteraan seperti mana pembinaan piramid yang menggunakan satu jumlah signifikan hasil kemewahan negara, dan yang lebih berharga lagi ia memerlukan sumber asli. Kesimpulannya projek ini akan menyebabkan satu pemindahan besar populasi penduduk ke suatu tempat yang baru, sama ada mereka mahu atau tidak.

Projek Toshka, seperti yang diketahui, telah mendapat kritikan tempatan dan antarabangsa. Negara tetangga Mesir di selatan telah menyatakan dengan jelas bahawa sesiapa sahaja yang menggunakanSungai Nil lebih daripada sepatutnya akan dianggap sebagai casus belli (alasan permusuhan). Namun seperti lagak seorang firaun, Mubarak tidak memerlukan sebarang konsensi kebangsaan atau antarabangsa untuk meluluskan projek-projek berharganya.

Perlantikan Omar Suleiman sebagai Timbalan Presiden mengakhiri spekulasi tentang cita-cita dinasti keluarga Mubarak. Peluang untuk Gamal Mubarak mewarisi jawatan Presiden sekarang amat tipis. Keputusan terbaru ini dengan jelas dibuat di bawah tekanan , dan kerana kebimbangan berlakunya penggulingan Presiden , dan lebih utama lagi dilihat sebagai langkah terakhir untuk menyelamatkan hayat Parti National Democratic dalam peta politik Mesir. Mubarak dilihat tidak berguna lagi akhirnya, dan persoalan kini ialah bukan bila,tetapi bagaimana dia akan keluar. Dia merupakan satu masalah bagi pengkritik undang-undang yang terus mengkritiknya. Dia menjadi satu tembok halangan bagi fundamentalisme Islam dan menyebabkan pemberontakan popular. Ia senario mimpi buruk yang sangat ditakutinya: terjadinya revolusi di Mesir.

Mereka mungkin sedang bersiap untuk mengorbankan Mubarak demi menenangkan rakyat, dan sudah ada tanda-tanda jelas bahawa rejim sedang sibuk mencipta sebuah hujah baru supaya mereka kekal memonopoli kuasa. Omar Suleiman muncul menjadi Vladimir Putin pada saat krisis ini. Ia muncul dengan tujuan untuk memulihkan ketenteraman awam selepas berlakunya pemberontakan. Seperti juga Putin, Suleiman datang dari bahagian keselamatan negara. Ia dikenali sebelum ini dengan peranannya untuk menjaga keselamatan presiden. Ia juga bertanggungjawab terhadap pelbagai tindakan kejam terhadap parti pembangkang Islam dan memastikan sempadan Mesir dengan Gaza tertutup. Dia adalah calon sempurna untuk memainkan peranan sebagai orang kuat.

Tetapi masalahnya rakyat yang bangkit menunjuk perasaan bukannya mencari seorang lelaki yang kuat. Terdapat banyak kecaman, seperti Tunisia, kebanyakan daripada huru-hara adalah direka. Penunjuk perasaan menjaga keselamatan mereka sendiri. Terdapat laporan bahawa rakyat sendiri menjadi patrol keselamatan dan Kristian Koptik melindungi Muslim ketika mereka berdoa. Saat Mubarak sudah sampai had kuasanya, orang ramai yang telah merampas jalan raya mula menguji batas-batas sempadan. Nampaknya ada konsesi yang luas dimana tujuan pemberontakan sehingga ia menjangkaui batasan kelas masyarakat dan agama.

Menolak Mubarak hanyalah sekadar simbol tuntutan perubahan mereka. Tetapi dengan melantik seorang Timbalan Presiden yang bukan anak lelakinya, atau penyingkirannya daripada kekuasaan, tidak cukup untuk menutup keluhan-keluhan rakyat. Tuntutan-tuntutan mereka seperti di sebarkan melalui internet amat jelas. Mereka mahukan pembubaran Parti National Democratic.

Jawatan Timbalan presiden mempunyai reputasi yang buruk di Mesir , dan rakyat tidak meminta diadakan perlantikan jawatan itu semata-mata bertujuan untuk menggantikan Presiden. Walaupun perintah berkurung dikeluarkan, tiada penunjuk perasaan yang pulang ke rumah. Sekarang adalah ujian sebenar, dengan kecaman yang berterusan ke atas rejim itu bolehkah langkah perlantikan Timbalan Presiden ini menjadi jalan penyelesaian seterusnya menamatkan demonstrasi-domonstrasi ini. Terdapat juga harapan agar Suleiman tidak menjadi lebih bodoh dari Mubarak, dan lebih bijak berbanding Timbalan Presiden sebelum ini dengan mengutamakan kehendak rakyat daripada kepentingan survival politiknya sendiri.

Read Full 0 comments

Suasana Ketika Ariel Dijatuhkan Hukuman Penjara

BANDUNG, 31 Jan -- Vokalis kumpulan Peterpan Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham (dua, kiri) menerima sokongan moral dari kekasihnya Luna Maya dalam sel tahanan Mahkamah Daerah Bandung di sini hari ini.

Ariel dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan didenda Rp250 juta atau penjara tiga bulan kerana membuat dan mendengar video pornografi melibatkan dirinya sebagai pelaku dengan Luna Maya dan Cut Tari.




Sejumlah atis juga menemani Ariel, diantaranya adalah Ahmad Albar dan Camelia Malik.


Ariel berjalan menuju ke ruang penghakiman dengan dikawal petugas.


Ariel kelihatan tegang semasa pembacaan hukuman.


Detik-detik sebelum hukuman dibacakan.


Luna Maya turut tidak dapat menahan kesedihan selepas hukuman penjara ke atas Ariel dijatuhkan.


Sepanjang persidangan berjalan, para pendemo menuntut supaya Ariel dijatuhkan hukuman lebih berat dan tidak dibebaskan.


Para pendemo yang datang dari pelbagai organisasi Islam.



Sumber : Bernama, Detik
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks