blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Undi Cina Sahaja Tidak Cukup Untuk Pakatan

Monday, January 31, 2011
LABIS: Kestabilan Pakatan Rakyat, popularitinya dalam mengambil hati undi Cina biasanya, sering kali mengaburi satu fakta yang sangat penting – ketidakupayaannya untuk menawan undi Melayu.

Terlalu kerap dibuaikan dan dihebahkan bahawa sokongan orang Cina kepada pembangkang, tetapi satu fakta yang jelas ialah tanpa undi Melayu, matlamat Pakatan Rakyat ke Putrajaya adalah mustahil.

Calon Barisan Nasional (BN) Azahar Ibrahim mendapat 6,999 undi menentang calon PAS Normala Sudirman yang memperolehi 2,992 undi, dengan satu majoriti 3,707 pada PRK Tenang.

Ia melebihi kira-kira 1,200 undi berbanding kemenangan yang dicapai oleh Allahyarham Sulaiman Taha pada PRU 2008, yang kematiannya menyebabkan pilihan raya kecil ke-14 sejak pilihan raya umum yang lalu.

Pada pilihan raya kecil kali ini, perbincangan yang hangat diperkatakan di antara ahli-ahli politik BN dan Pakatan di dalam twitter ialah untuk meraih undi Cina paling tinggi.

Perbincangan untuk meraih undi Melayu yang mengundi BN sangat kecil, malah hampir tidak diberikan perhatian sama sekali, walaupun fakta yang nyata memberikan isyarat bahawa Pakatan tidak mampu untuk menawan sokongan dari kumpulan pengundi majoriti negara ini.

Majoriti diperolehi BN datang daripada pelbagai faktor termasuk peningkatan undi Cina kepada pemerintah dengan mendapat tiga daripada empat daerah pengundi Cina.

Bagaimanapun , majoriti yang diperolehi sedikit tidak meyakinkan walaupun Tenang termasuk dalam kawasan pilihan raya parlimen Labis, satu kubu kuat Presiden MCA Dr Chua Soi Lek.

Jumlah pengundi Cina yang keluar mengundi rendah, hanya sekitar 55% keluar mengundi semalam iaitu 20% kurang berbanding pada 2008, turut menyumbang kepada kemenangan ini kerana kebanyakkan pengundi Cina lebih cenderung kepada Pakatan di sini. Pengundi Cina di sini adalah 39% daripada 14,753 pengundi.

Selain itu, jumlah pengundi India di Tenang yang keluar mengundi hanya kira-kira 12%, berbanding rekod pendaftaran pengundi ia menunjukkan kurang daripada 40%. Undi-undi mereka sangat kecil untuk memberi impak dalam pilihan raya kecil kali ini.

Ini menunjukkan kebanyakkan sokongan orang Melayu yang menyebabkan BN mendapat majoriti. Ini bertambah dengan signifikan.

Ketua Pakatan, pemimpin de facto PKR, Anwar Ibrahim pernah mengakui sebelum ini bahawa mereka mesti meluaskan dasar kuasa Melayunya jika benar-benar berhasrat untuk menawan Putrajaya.

Kemerosotan terus-menerus sokongan orang Melayu dalam hampir kesemua 14 pilihanraya kecil, termasuk Tenang, jelas menunjukkan Pakatan telah gagal teruk dalam kempen mereka untuk memenangi hati orang melayu.

Dan tunjang melayu BN, UMNO sangat menyedari ia tidak banyak bergantung kepada sokongan orang Cina untuk mengekalkan kuasa. Tanpa bantuan sekutu-sekutu komponen bukan Melayunya dalam BN, ahli parlimennya sahaja sudah cukup untuk memegang kerusi-kerusi untuk membentuk dan kekal sebagai kerajaan hari ini.

Kredibiliti Pakatan sebagai satu kuasa pembangkang kuat mula dipersoalkan jika orang Melayu terus meninggalkan gagasan itu, dari jika ia berterusan, cita-cita Pakatan untuk menawan Putrajaya hanya tinggal sebagai satu angan-angan kecil.




Sumber : Syed Jaymal Zahiid, Free Malaysia Today
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks