blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

PRK Tenang : Senarai Serangan BN kepada Cikgu Mala

Friday, January 28, 2011
Sejak hari penamaan calon, Cikgu Mala atau Normala Sudirman, calon PAS untuk pilihan raya kecil DUN Tenang telah menjadi perhatian, dicemuh dan dibuli semata-mata kerana menjadi seorang calon untuk menentang BN.

Ia bermula apabila suaminya diberi notis 24 jam untuk berpindah ke sebuah sekolah di Johor Bahru yang beratus batu jauhnya atas alasan dia 'tidak mampu mengawal isterinya'. Setelah banyak menerima bantahan, pemindahan itu akhirnya dibatalkan.

Kemudian, timbul pula isu dia tidak bersalaman atau menggunakan sarung tangan untuk bersalaman dengan penduduk di dalam kawasan Tenang. MCA menggunakan semua jenis taktik untuk mencemarkan namanya semata-mata kerana dia patuhi kepada ajaran agama Islam bahawa seorang perempuan itu hanya boleh bersentuhan dengan lelaki di kalangan ahli keluarganya saja (muhrim). Apabila semakin persatuan-persatuan agama bangkit dan menyuarakan kebimbangan, UMNO, yang senyap membisu akhirnya bersuara menentang MCA kerana UMNO sedar mereka boleh kehilangan sokongan daripada pengundi Melayu. Bagaimanapun MCA tidak pedulikan nasihat UMNO dan masih meneruskan serangan-serangan mereka. Dan akhbar METRO turut terlibat dalam penghinaan kepada Islam melalui sebuah karikatur yang dilukis oleh Juragan. Semoga Allah mengampuni dosa mereka.



Kemudian isu arak pula dibesarkan. Dilaporkan kononnya Cikgu Mala telah memberitahu seorang pekedai Cina bahawa mereka tidak dibenarkan menjual atau minum arak. Bila PAS memberi kata dua kepada anak lelaki presiden MCA untuk mendedahkan siapa orang itu dan dimana kedainya, MCA mengelak untuk dedahkan dan akhirnya perkara tenggelam begitu saja.

Kemudian isu KFC, CIKGU MALA telah berkata dia tidak makan ayam KFC kerana ia tidak halal. Ini menyebabkan isu perkahwinan terdahulunya dengan seseorang pekerja KFC tersingkap, UMNO / penulis-penulis blog BN terus mengambil peluang untuk mencemarkan reputasinya. Malangnya strategi ini juga tidak menjadi.

Isu selanjutnya melibatkan suaminya, guru ini mengambil cuti sakit kerana masalah 'kemurungan'. Timbul suara-suara sumbang yang menyuruh Cikgu Mala supaya menarik diri dari bertanding dan menumpukan kepada menjaga kesihatan suaminya.

Sejak hujan lebat melanda di kawasan Tenang dengan kawasan-kawasan tertentu mengalami banjir, BN mendakwa jika Cikgu Mala terpilih maka masalah banjir di sini akan selesai. Wakil-wakil yang dipilih UMNO dan menjadi wakil kawasan ini sejak 53 tahun telah gagal atau tidak mampu menyelesaikan masalah ini, walaupun semasa setiap kali musim pilihanraya para pengundi dan penduduk di Tenang telah dijanjikan bermacam-macam. Mungkin Cikgu Mala boleh menekankan dia akan cuba untuk melihat masalah ini.

Malam semalam satu pendedahan mengejutkan didedahkan UMNO bahawa satu surat dari majlis tempatan diedar kepada peneroka-peneroka Felda Tenang bahawa mereka boleh menuntut hadiah RM300 tunai hari ini. UMNO mendakwa ia telah dilakukan oleh PAS. Ini kerana PAS itu tidak mampu meyakinkan peneroka-peneroka Felda untuk mengundi calon mereka walaupun Cikgu Mala terkenal dikalangan peneroka.

Lihatlah senario peristiwa-peristiwa ini, kelihatan UMNO / BN yang begitu yakin selepas penamaan calon kini seakan bimbang bahawa mereka akan kehilangan kerusi DUN Tenang ini kepada PAS (Pembangkang) walaupun UMNO / BN telah mendabik dada bahawa mereka akan menang dengan majoriti lebih besar daripada 5,000 undi.

Undi Cina nampaknya akan diberikan kepada pembangkang walaupun selepas MCA menawarkan RM100 untuk memakai kemeja-T 1Malaysia selama 2 jam, biarpun selepas kontrovesi isu bersalaman dengan sarung dan isu arak.

Apa yang lebih dirisaukan peneroka-peneroka Felda, yang merupakan deposit tetap UMNO juga diragui akan mengundi pembangkang.

UMNO / BN sekarang dalam keadaan serba salah dan sedang menggunakan semua muslihatnya untuk memperdayakan para pengundi Tenang demi untuk memenangi pilihan raya kecil ini dengan seberapa mahal sekalipun.

Satu lagi cabaran UMNO ialah dalam menghadapi masalah dalaman apabila orang luar dipilih sebagai calon mereka walaupun bahagian UMNO Tenang telah mencadangkan beberapa pemimpin bahagian sebagai pilihan ideal calon mereka. Berkemungkinan ahli UMNO sendiri mungkin menentang UMNO / BN untuk menunjukkan isyarat kemarahan mereka kerana tidak memilih calon pilihan mereka. Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar Johor telah menenangkan ahli-ahli mereka dengan alasan calon pilihan kali ini adalah calon 'winnable'. Calon yang mampu menang. Biarpun pelbagai dakwaan calon BN dilaporkan mempunyai satu kes mahkamah yang masih berjalan kerana 'memanipulasi dan menipu' seorang pemilik tanah dengan melelong tanahnya kepada pihak ketiga sedangkan sebagai penjawat perkhidmatan awam dia bertanggungjawab di atas perkara seperti ini. Calon BN terlebih dahulu berbohong mengatakan perkara itu bukan kerana pertolongannya.

Satu lagi faktor ialah UMNO pernah menyatakan bahawa mereka TIDAK PERLUKAN undi orang India dan Cina untuk menang. Ini akan balik menentang mereka.

Kini keadaan masih 50:50 dengan keadaan Pembangkang mendapat bola tanggung. Ahad ini kita akan tahu siapa yang dipilih oleh para pengundi Tenang untuk mewakili mereka dalam Dewan Undangan Negeri?
Read Full 3 comments

Senjata Mainan 3 Inci Ancam Keselamatan

GATWICK, LONDON - Seorang Pegawai penerbangan mengarahkan sepasangan pelancong yang membawa permainan askar lengkap bersama senjata untuk membuang senapang berukuran tiga inci - kerana ia mengancam keselamatan.

Ken Lloyd tergamam apabila beliau diberitahu bahawa dia tidak boleh masuk ke dalam kapal terbang bersama dengan permainan model askar berukuran 9 inci kerana ia membawa 'senjata api'.

Pelancong dari Kanada dan isterinya itu telah membeli sebuah permainan, satu replika tentera yang memegang senapang SA80, semasa lawatan ke Royal Signals Museum di Blandford Camp, Dorset. Tetapi apabila beg tangannya melalui mesin pengimbas di Gatwick Airpot, tanda kenangan yang berharga £135 (RM650) itu mencetuskan amaran keselamatan pada mesin pengimbas.

Diharamkan: Pasangan ini tidak dibenar membawa replika askar ini dan senapangnya menaiki kapal terbang di Gatwick Airport.


Kecil: Replika senapang ini perlu dihantar ke Kanada menggunakan pos.


Pegawai-pegawai itu memberitahu sebarang bentuk senjata tidak dapat di bawa ke dalam kapal terbang dan En Lloyd terpaksa mencabut senjata ini dari model dan diposkan ke rumahnya di Ontario.

Katanya: 'Sebaik saja senapang kecil SA80 ini dikeluarkan dari kotak, pegawai keselamatan terus menghubungi penyelianya. SA80 tidak boleh lepas. Isteri saya meminta mereka melakukan "pemeriksaan realiti", dan menjelaskan bagaimana model permainan setinggi 9 inci bersama senjata ini boleh mengancam keselamatan.'

Bagaimanapun penyelia itu yakin mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan dan menegaskan bahawa "senjata api" tetap "senjata api" dan ia tidak boleh melaluinya.

Adam Forty, kurator Royal Signals Museum berkata: 'Pihak Muzium tentera juga memahami soal perlunya mengambil langkah keselamatan dengan sangat serius, terutama di pangkalan-pangkalan tentera dan lapangan-lapangan terbang, tetapi kali ini ia kelihatan agak keterlaluan. Nasib baik kami tidak menjual kepada Mrs Lloyd sebuah permainan replika kereta kebal.'

Pemeriksaan keselamatan di Gatwick Airport yang mencetuskan rasa lucu dengan kendalian penyelia keselamatan yang tidak masuk akal.

Seorang jurucakap Gatwick Airport berkata: 'Barangan senjata api dan barangan yang serupa dengan senjata api adalah dilarang. Terdapat banyak sebab lain mengapa sesuatu barangan tidak melepasi kawalan keselamatan, seperti barangan yang besar dan tidak dapat dimuatkan pada lokar atas pesawat.'


Sumber : Daily Mail
Read Full 0 comments

Kanser Tonsil Kerana Oral Seks

MADISON, WISCONSIN - Kaedah seksual sentiasa terus berubah dari masa ke masa seperti oral seks yang popular ketika ini. Tetapi waspada, kerana hasil kajian menunjukkan oral seks boleh menyebabkan kanser tonsil dan pangkal lidah.

Meningkatnya kes kanser akibat oral seks ini disebabkan oleh infeksi human papillomavirus (HPV) yang boleh merebak melalui pelbagai jenis aktiviti seksual.

"Semakin ramai yang melakukan oral seks telah dikaitkan dengan peningkatan infeksi HPV," kata Dr Greg Hartig, Ketua Bedah THT dari University of Wisconsin School of Medicine and Public Health di Madison, seperti dilaporkan oleh Foxnews, Khamis (27/1/2011).


american idol chris medinaKajian yang dilakukan Dr William Lydiatt, profesor dan Ketua Bedah onkologi di University of Nebraska Medical Center, Omaha menemukan sekitar 60-70 peratus kes kanser tonsil berhubungan dengan positif HPV.

Sementara kajian yang diterbitkankan New England Journal of Medicine tahun 2007 menemukan bahawa golongan remaja mendapat kanser tonsil dan pangkal lidah dengan hasil ujian positif HPV kebanyakannya kerana melakukan oral seks terhadap pasangannya.

Mereka yang melakukan 6 kali atau lebih oral seks dengan pasangannya memiliki risiko 3,4 kali lebih tinggi terkena kanser orofaringeal (kanser pangkal lidah, belakang tenggorok atau tonsil). Risiko ini akan meningkat jika sering bertukar-tukar pasangan.

Sejak 1973, pesakit kanser tonsil dan pangkal lidah meningkat setiap tahun. Meluasnya amalan oral seks dikalangan remaja menjadi faktor yang turut menyumbangkan dalam peningkatan jumlah pesakit kanser tersebut.

Mereka yang mendapat virus HPV pada anggota tertentu yang spesifik bergantung pada bahagian tubuh mana yang pertama kali masuk ke dalam tubuh. Jika masuk melalui vagina maka kebiasaannya menjadi penyebab kanser pangkal rahim tapi jika melalui mulut akan menyebabkan kanser di sekitar mulut dan tenggorok.

"Amalan seksual manusia telah berubah dari masa ke masa. Saya tidak tahu kenapa mereka lebih cenderung memilih melakukan oral seks berbanding dengan aktiviti seksual yang lain," tambah Hartig lagi.
Read Full 2 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks