Selepas lebih daripada 65 tahun sejak Perang Dunia ke-2, pengawal peribadi Adolf Hitler terakhir yang masih hidup akhirnya berkata bahawa dia tidak mampu lagi membalas ribuan surat peminat yang diterima dari seluruh dunia, disebabkan oleh usianya yang semakin lanjut.
Rochus Misch, 93 tahun sekarang terpaksa menggunakan bantuan
walking frame untuk bergerak di dalam pangsapurinya. Dia memberitahu tabloid Berliner Kurier bahawa, dengan jumlah surat yang banyak diterimanya untuk meminta autograf, ia berkata "tidak mungkin lagi" mampu membalasnya disebabkan faktor umurnya.
"Ia (surat-surat itu) datang dari Korea, dari Knoxville, Tennessee, dari Finland dan Iceland -- dan tidak ada satupun menyebut kata-kata yang buruk," kata Misch, yang dipercayai menjadi lelaki terakhir yang pernah melihat Hitler dan pimpinan tertinggi Nazi yang lain.

Sebelum ini Misch membalas surat-surat peminatnya dengan autograf bersama salinan-salinan gambar dirinya sewqktu perang dengan berpakaian lengkap seragam SS. Namun kini surat-surat peminat yang baru diterima, termasuk bungkusan dan pakej-pakej, bertimbun di dalam rumah pangsanya yang terletak di selatan Berlin.
Misch juga berkhidmat pernah berkhidmat sebagai telefonis dan utusan Hitler. Memoirnya, "The Last Witness," telah dicetak pada 2008 di Jerman dan sekarang di dalam kerja-kerja pembikinan untuk difilemkan.
Sumber : Reuters