blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Perihal Sarung Tangan & Potong Tangan

Monday, January 24, 2011
Muhyiddin mungkin kini sudah boleh dicabar untuk menyatakan pendiriannya terhadap Islam. Dia menunjukkan tanda-tanda untuk mencabar Islam. Muhyiddin perlu dengan yakin mengisytiharkan sama ada dia menerima atau menolak Islam dan undang-undangnya.



Raja Petra Kamarudin

Tahap berkempen pada pilihan raya kecil Tenang telah agak berkurangan. Sekarang ia lebih kepada isu sarung tangan dan potong tangan.

Presiden MCA, Chua Soi Lek, mencemuh calon pembangkang kerana berjabat tangan sambil memakai arung tangan. Sedangkan Permaisuri (Permaisuri England itulah) juga berbuat hal yang sama. Malah, Ratu Permaisuri pernah menjadi dikritik kerana menanggalkan sarung tangannya sebelum dia berjabat tangan. Ia dianggap tidak seperti seorang Permaisuri jika berbuat begitu. Dan mendiang Lady Diana terlalu juga memakai sarung tangan. Terdapat juga sebuah arkib koleksi sarung tangannya, yang anda boleh lihat di sini:

http://www.operagloves.com/Royals/Diana/diana.html


Jadi ya, para wanita Diraja Inggeris tidak akan dapat dilihat tanpa sarung tangan mereka. Dan terdapat satu perbahasan di kalangan rakyat Inggeris berkenaan sama ada para wanita masyarakat Inggeris sepatutnya atau tidak seharusnya memakai sarung tangan apabila bersalaman (cari di Google dan anda akan dapat menjumpai isu debat ini). Dan kebanyakan mereka berpendapat bahawa jika mereka ialah wanita maka mereka perlu memakai sarung tangan.

Tetapi Presiden MCA mungkin tidak akan faham hal ini kerana beliau tidak bergaul dengan wanita-wanita. Dan 'wanita-wanita malam' bukan apa yang saya maksudkan apabila saya mengatakan wanita-wanita. 'Wanita-wanita malam' ialah...begini, anda tahu apa yang saya maksudkan jika anda melihat video penuh aksinya. Tidak perlu rasanya untuk saya menghuraikan mengenai perkara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, bergilir-gilir, mencemuh pembangkang berkaitan potong tangan. Dia sebenarnya bukan mengkritik PAS, parti yang meletakkan calon bagi mewakili pembangkang, sebanyak dia mengkritik Islam.

Sindiran ini akan menghantuinya sebagai mana Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata tentang janggut Nabi Muhammad. Sehingga hari ini kata-kata Dr Mahathir sukar dilupakan malah Umno sendiri mengakui ini mungkin adalah satu daripada kesilapan-kesilapan paling serius pernah dibuatnya-- mempersenda rupa seorang Nabi.

Timbalan Perdana Menteri tentu sekali akan diminta untuk menerangkan kenyataannya. Dan jika saya ialah PAS saya tidak akan membiarkan sahaja kenyataan ini tanpa dicabar.

Apa maksud Muhyiddin apabila beliau berkata bahawa jika PAS mendapat kuasa maka mereka akan memotong tangan anda? Adakah dia mengatakan yang semua rakyat Malaysia ialah pencuri dan perompak dan tidak ada satu pun yang jujur di Malaysia?

Pertama sekali, adakah ini hukum syarak yang sesuai dan betul? Adakah Muhyiddin mengatakan yang potong tangan tidak wujud dalam hukum syarak? Atau dia mengatakan yang ia wujud tetapi dia tidak menerimanya dan menolak hukum syarak?

Dia perlu menjelaskan perkara ini. Dia perlu memberitahu kami sama ada dia mempertikaikan kewujudan undang-undang atau dia menerima kewujudan undang-undang ini tetapi menolak pelaksanaannya.

Mulanya untuk mengejek PAS. Kemudian ia mengejek Islam. Orang Melayu sangat sensitif tentang bangsa dan agama mereka, kadang-kadang sangat ekstrim. Muhyiddin boleh dilihat sebagai mempersenda Islam berbanding mempersendakan PAS. Nampaknya dia sedang berjalan di atas lapisan ais yang sangat nipis sekarang.

Muhyiddin mungkin kini sudah boleh dicabar untuk menyatakan pendiriannya terhadap Islam. Dia menunjukkan tanda-tanda untuk mencabar Islam. Muhyiddin perlu dengan yakin mengisytiharkan sama ada dia menerima atau menolak Islam dan undang-undangnya.

Sudah tentu, sentiasa ada satu jalan keluar untuk Muhyiddin, jadi tidaklah nampak teruk. Dia boleh mengisytiharkan potong tangan tidak wujud dalam Islam dan itulah sebabnya dia mengkritik dan mentertawakannya. Dia boleh mengatakan undang-undang Hudud bukannya datang dari Tuhan dan adalah semata-mata satu ciptaan manusia. Dia boleh memetik ayat-ayat Al- Quran dan menolak Hadith. Muhyiddin boleh mengisytiharkan bahawa semua Hadith palsu dan telah dibuat oleh musuh-musuh Islam yang mahu merosakkan Islam dan mengelirukan orang ramai.

Jika Muhyiddin boleh berhujah seperti ini maka dia mungkin boleh membalas balik walau apa pun PAS kata tentang dirinya. Isytihar semua Hadith sebagai palsu dan menentang ajaran Islam sebenar. Isytihar bahawa Al-Quran tidak pernah menyuruh potong tangan dan mereka yang menyampaikan perkara ini sedang memberikan pengajaran Islam yang salah. Isytihar bahawa hukum syarak Hudud ialah satu undang-undang yang dicipta beratus tahun selepas Nabi dan bukan diajar oleh Nabi kepada umat Islam.

Kemudian barulah mungkin Muhyiddin boleh membalas sebarang kritikan terhadap komennya.

Dan saya hanya boleh mengucapkan selamat berjaya.


Terjemahan : About gloved hands and chopped hands
Read Full 0 comments

Undi Calon Yang FIT bukan FAT!

Kepada pengundi di TENANG, buatlah pilihan dengan bijak. Adakah anda mahu mengundi seorang lagi SI GEMUK sebagai ADUN anda semata-mata untuk melihat dia mati kerana cintanya kepada NASI LEMAK? Lihat saja lelaki gemuk ini. Dia kelihatan letih dan tidak bermaya. Senyu pun macam tak larat gua tengok. Lihatlah buyung TEH TARIK yang dia bawa ke sana ke mari! Dayyum!

Sekarang lihat pula kepada calon PAS untuk perbandingan. Dia kelihatan sihat dan penuh bertenaga. Pasti dia tidak semput dan termengah-mengah setiap 6 minit.





Wahai pengundi TENANG, anda mesti mengetuai dan menunjukkan kepada semua parti politik bahawa kita sebagai RAKYAT mahukan hanya ADUN yang sihat mulai hari ini dan akan datang. Jangan lagi berikan undi anda kepada calon GEMUK. Calon yang sihat memberikan perkhidmatan kepada rakyat lebih baik!

UNDI UNTUK FITNESS BUKAN FATNESS
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks