blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Anwar Cabar Najib Debat Isu Peribadi

Sunday, January 23, 2011
Oleh Adib Zalkapli, Malaysian Insider

Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada Datuk Seri Najib Razak daripada membuat serangan peribadi terhadap beliau semasa berkempen di Tenang, sambil menyatakan beliau juga tidak akan teragak-agak untuk membahaskan hal-hal peribadi berkaitan dengan perdana menteri.

Dalam perhimpunan umum pertamanya untuk Pakatan Rakyat (PR) sejak bermula kempen di Tenang semalam, Anwar berkata Najib tidak memberi sebarang balasan terhadap jemputannya untuk membahaskan isu-isu ekonomi tetapi lebih berminat kepada hal peribadi.

“Bila kita pertama kali melancarkan Buku Jingga (agenda pembaharuan PR), dia mengatakan ia tidak bertanggungjawab jadi saya mencabarnya untuk diadakan sebuah perdebatan,” menurut Anwar semalam.

“Saya mencabarnya untuk berdebat mengenai ekonomi, tetapi dia membalas dengan isu-isu peribadi,” katanya pada satu ceramah berhampiran pusat bandar di sini.

Awal bulan ini, Anwar mencabar Najib untuk mengadakan perbahasan umum selepas senarai janji-janji PR yang dilancarkan pada konvensyen keduanya bulan lepas diperlekehkan.

Antara reformasi dijanjikan oleh PR selepas 100 hari menawan Putrajaya, ialah untuk melaksanakan satu elaun khas bulanan sebanyak RM500 untuk guru-guru.



PR juga berjanji untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menghapuskan sistem tol dengan mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan badan kerajaan lain untuk mengambil alih aset-aset lebuh raya dari pemegang-pemegang konsesi, serta menawarkan akses Internet tanpa wayar (wayarles) kepada penduduk di kawasan bandar dan separa bandar.

Anwar berkata ia hanya akan menelan perbelanjaan negara RM19.2 bilion untuk melaksanakan rancangan pembaharuan PR, sama dengan subsidi korporat yang diberikan oleh Umno BN kepada IPP milik kroninya setiap tahun.

Cabaran Anwar untuk berdebat kemudiannya digambarkan oleh Najib sebagai membuang masa dan berkata mantan timbalan perdana menteri itu akan “demam” jika dia mendedahkan segala-galanya.

Najib berkata dia tidak takut dengan cabarannya dan mengingatkan dia dan kementeriannya mempunyai semua maklumat ke atas Anwar, yang sedang menghadapi satu tuduhan liwat kedua.

Tetapi Anwar berkata hari ini dia juga sanggup mendedahkan hal peribadi Najib jika dia mahu mendebatkan perkara itu.

“Jika dia mahu untuk berdebat isu-isu peribadi, kami boleh bercerita isu-isu peribadinya. Saya telah dibogelkan sebelum ini, tetapi sebagai seorang mangsa saya mempunyai hak mempertahankan diri saya,” berkata Anwar, merujuk kepada penangkapan sebelumnya.

“Datuk Najib, biar saya mengingatkan (dia) untuk kali yang terakhir, jika dia menimbulkan isu-isu peribadi sekali lagi saya juga bersedia untuk membahaskan isu-isu peribadinya, tetapi sebagai seorang ahli politik bertanggungjawab, saya tidak mahu. Mari tumpukan kepada isu-isu ekonomi,” dia menambah.
Read Full 0 comments

Ular Kepala Tujuh Di Kangar Bohong!

Berapa kali gambar ni nak di ulang tayang?. Terbaru kononnya ular kepala tujuh ini dijumpai di Kangar. Baca berita dari sumber BERNAMA di bawah. Lepas itu diwar-warkan inilah kebesaran tuhan dan sebagainya. Yang pastinya si penipu ini tahu ini adalah gambar palsu yang diambil menggunakan kamera telefonnya daripada internet.

Apa tujuan si penipu ini?
Adakah sekadar hanya untuk popular?
Mencari publisiti murahan?
Atau BERNAMA sudah tidak ada cerita lain?

Yang pasti si penipu ini mengambil gambar daripada sini. Tarikh posting adalah pada 19 Mac 2010.

Sebelum ini gambar yang sama disebar dalam FB sekitar bulan Disember 2010. Lihat sini.

Lebih awal daripada itu, gambar ular berkepala tujuh (ada yang lima) telah didedahkan ianya hanyalah trik photoshop. Sesiapa yang mahir menggunakan photoshop pasti dapat mengenal pasti ianya adalah hoax!. Lihat sini untuk penjelasan trik photoshop pada gambar ular berkepala tujuh dan perbandingan dengan ular berkepala dua yang memang wujud di dunia ini.


***************************************************************************


KANGAR, 22 Jan -- ULAR KEPALA TUJUH? ... Harsat tiga pemuda dari Kampung Ngulang dekat sini untuk memancing di sebuah alur berhampiran Ampangan Timah Tasuh, empat hari lepas terbantut selepas terserempak dengan seekor ular dipercayau jenis tedung selar berkepala tujuh.

Dua daripada mereka dikatakan demam selepas terserempak dengan ular berkenaan.
Gambar ini dirakam dengan telefon bimbit oleh seorang pemuda yang kebetulan memberanikan diri dan selepas itu mencetak gambar itu di kedai gambar di sini.

Inilah kebesaran Tuhan supaya manusia berfikir kerana sesuatu kejadian atau benda yang pelik tentu ada hikmah dan pengajarannya.

Sumber : BERNAMA


Read Full 2 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks