blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Najib Dah Cakap..

Wednesday, January 19, 2011
Lupakan tentang kerusi untuk sementara waktu. Berhenti bertengkar tentang kuota. Sekarang bukan masanya untuk dapat kerusi satu pertiga atau kongsi sama rata. Tunjukkan kami calon-calon anda dahulu. Kemudian kaji di mana paling sesuai untuk diletakkan orang-orang ini bertanding berdasarkan kemampuan untuk menang. Barulah meminta kerusi untuk calon itu.

Raja Petra Kamarudin

Saya telah sebut sebelum ini ada bertemu dengan Tan Sri Sanusi Junid tiga kali setakat ini di Manchester. Dua kali di rumah saya dan saya mesti akui yang kami telah mengadakan perbincangan-perbincangan paling menarik setiap kali kami bertemu.

Saya juga ada menyebut yang kami turut membincangkan inisiatif calon bebas dan Saunsi berkata Tun Dr Mahathir Mohamad telah bercakap kepada beliau tentang perkara yang sama. Ini ialah sebelum saya mengumumkan pelancaran Civil Liberties Movement Malaysia (MCLM) dan sebaik saya mengumumkan pelancaran MCLM ramai yang mentafsirkan bahawa MCLM ialah idea Dr Mahathir.

Saya juga tidak boleh salahkan tafsiran beberapa pembaca yang 'berfikiran-sempit' ini. Mereka hanya memahami sesuatu perkara itu dengan logik mudah seperti itik boleh berenang, jadi jika anda turut boleh berenang maka anda ialah seekor itik.

Baca laporan Bernama di bawah tentang apa yang Perdana Menteri Najib Tun Razak kata pada hari Ahad lalu. Beberapa perkara yang disentuhnya telah saya katakan sebelum ini. Malah, Dr Chandra Muzaffar juga pernah berkata tentang perkara ini pada 1999 semasa beliau menjadi Timbalan Presiden PKR, kemudian dikenali PKN (Parti Keadilan Nasional).

Apa yang Dr Chandra kata pada 1999 ialah pembangkang tidak patut terlalu memikirkan dengan permainan nombor. Pembangkang (ketika itu Barisan Alternatif sebelum pembentukan Pakatan Rakyat pada 2008) telah tersekat semasa rundingan pembahagian kerusi dan ia kelihatan seperti rundingan untuk berpecah. Pada satu peringkat PKR, PAS, DAP dan PRM (empat ahli Barisan Alternatif) mempertimbangkan untuk meninggalkan gabungan pembangkang dan bersendirian.

Ini bermakna tiga-, empat- atau lebih banyak penjuru bertanding -- Barisan Nasional lawan dua, tiga atau empat calon pembangkang. Pada saat akhir mereka akhirnya berkompromi namun begitu dalam beberapa pusat pengundian (dalam kedua-dua tahun 1999 dan 2004) terdapat beberapa pertandingan tiga sudut (dan lebih) apabila beberapa calon pembangkang berdiri sebagai 'bebas'.

Selalunya, dalam pertandingan yang mempunyai calon yang ramai, Barisan Nasional akan memenanginya dan kepada pembangkang serta 'bebas' bukan sahaja kalah malah mereka juga hilang deposit.

Isu itu yang Dr Chandra timbulkan bahawa rundingan kerusi itu tidak perlu dan ia hanya satu permainan nombor. Ia bukan tentang 222 kerusi parlimen kemudiannya 500 kerusi-kerusi negeri dibahagi kepada tiga atau empat bahagian sama rata. Ia sepatutnya perbincangan tentang 'winnibality' calon-calon mereka yang hendak diletakkan pada setiap kerusi.

Mengapa perlu menuntut satu pertiga atau satu perempat daripada kerusi-kerusi semata-mata untuk sama rata. Bolehkah anda memenangi kerusi-kerusi yang anda bertanding itu nanti?

Pilihan Raya Umum 2008 ialah satu contoh terbaik. Tiga parti pembangkang menghabiskan terlalu banyak masa bertengkar dan bergaduh mengenai bilangan kerusi yang mereka mahu. Akhirnya mereka mendapat nombor (bilangan) yang mereka tuntut tetapi selepas mendapat kerusi-kerusi itu mereka dapati tidak mempunyai calon yang sesuai untuk kerusi-kerusi tersebut. Begitu banyak calon-calon terpaksa bertanding dua kerusi (satu parlimen dan satu negeri) atau mereka hanya 'calon-calon dipilih dari tepi jalan', dan diletakkan mereka dalam kerusi-kerusi yang mereka miliki kini.

Sudah tentu, pembangkang tidak menyangkakan ia akan memenangi kerusi-kerusi tersebut dan ia tidak kisah jika terdapat calon-calon '3 suku'. Masalah bermula apabila mereka memenangi kebanyakan daripada kerusi-kerusi itu. Jadilah mereka akhirnya ahli parlimen dan ahli DUN '3 suku'.

Perkara lain sudah pun menjadi sejarah. Pembangkang akhirnya meyaksikan 'festival katak' kesan daripada pilihan raya umum 2008.

Apa yang Dr Chandra (pada 1999), Dr Mahathir (menurut Sanusi) dan Najib katakan (menurut Bernama seperti di bawah) adalah mereka sepatutnya melihat winnability calon-calon ini. Ia tidak sekadar 'mangisi tempat kosong'. Hanya kerana anda mahukan kerusi 'sendiri' anda berebut-rebut untuk mencari calon-calon bagi mengisi kerusi-kerusi tersebut dengan mana-mana Ahmad, Wong atau Param.

Kini, anda perlu bekerja dari bawah ke atas, bukan dari atas bawah. Anda perlu menukar proses pemilihan anda atau bekerja selangkah ke belakang. Pandangan pertama anda ialah untuk calon yang baik. Anda perlu pastikan calon itu memenuhi winnability kriteria. Kemudian anda pergi ke kerusi yang terbaik untuk calon ini.

Jika anda bermula dengan kerusi-kerusi (membahagikan 222 kerusi parlimen dan 555 kerusi negeri kepada tiga), kemudian anda baru mencari calon-calon, bermakna anda sedang membuat latihan 'isi tempat kosong'. Jika anda dahulukan mencari calon-calon, dan anda dapati anda mempunyai 50 calon parlimen terbaik dan 100 calon-calon negeri terbaik anda tuntutlah 50 kerusi-kerusi parlimen dan 100 kerusi-kerusi negeri berbanding 80 kerusi-kerusi parlimen dan 180 kerusi-kerusi negeri.Perkelahian berikutnya calon-calon tersebut akan diletakkan di kerusi mana.

Jika anda bekerja melangkah ke belakang, anda telah mempunyai seorang calon yang sesuai untuk sesuatu kerusi tertentu, kemudian anda dapatkan kerusi itu berdasarkan calon yang anda miliki, berbanding daripada anda mahukan kerusi (walaupun anda tidak mempunyai sebarang calon) tetapi oleh kerana mahukan pembahagian kerusi yang sama rata dan menjadi kuota anda.

Jika Najib menumpukan pada winnability calon-calon lalu bekerja melangkah ke belakang mencari kerusi-kerusi yang sepadan untuk calon-calon ini (berbanding dengan pembangkang yang berebut kerusi-kerusi dahulu dan menyelesaikan masalah mencari calon-calon kemudian) Barisan Nasional telah melakukan tindakan yang lebih baik daripada Pakatan Rakyat pada pilihan raya akan datang.

Inilah apa yang MCLM cuba sampaikan.

Lupakan tentang kerusi untuk sementara waktu. Berhenti bertengkar tentang kuota. Sekarang bukan masanya untuk dapat kerusi satu pertiga atau kongsi sama rata. Tunjukkan kami calon-calon anda dahulu. Kemudian kaji di mana paling sesuai untuk diletakkan orang-orang ini bertanding berdasarkan kemampuan untuk menang. Barulah meminta kerusi untuk calon itu.


************************************************

BN mahu calon boleh menang dalam pilihan raya: Najib


2011/01/16
KUCHING:,Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata beliau akan menunaikan haknya sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) untuk menolak calon-calon berpotensi yang mempunyai kedudukan dalam parti bagi memastikan hanya mereka yang boleh membawa kemenangan menjadi calon dalam pilihan raya akan datang.

Beliau berkata perkara itu akan dibincangkan dengan para pemimpin BN
Sarawak bagi mendapatkan konsensus berhubung prinsip calon-calon yang bolehmembawa kemenangan terutama di kalangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)memandangkan pilihan raya negeri yang akan datang.

"Ini merupakan satu prinsip yang sangat penting sebab kalau kita meletak
calon, itu bererti calon itu mewakili BN dan kita perlu calon itu menang sebab
kita nak membentuk kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvensyen SUPP bertemakan "Berjuang Untuk Rakyat" di Pusat Konvensyen Borneo
Kuching (BCCK) di sini.

Wujud keperluan untuk memastikan bahawa calon-calon yang dipilih juga diterima rakyat di kawasan pilihan raya kerana ia merupakan satu-satunya cara
bagi SUPP untuk kekal relevan dalam usaha menawan semula lapan daripada 19
kerusi yang hilang dalam pilihan raya negeri pada 2006, katanya.

Berdasarkan prinsip itu, beliau berkata semua parti komponen BN di negeri ini perlu menjalankan penilaian bukan dari sudut kedudukan calon dalam parti semata-mata tetapi berfikir lebih mendalam supaya ada opsyen atau pertimbangan yang lain. - BERNAMA
Read Full 0 comments

Speaker Isytihar Kerusi Pelabuhan Kosong

SHAH ALAM, 19 Jan — Speaker dewan perundangan Selangor Datuk Teng Chang Khim telah mengisytiharkan kerusi kosong Pelabuhan Klang setelah wakilnya Badrul Hisham Abdullah telah tidak hadir selama enam bulan.

Dia memberitahu pemberita hari ini, wakil rakyat itu tidak menghadiri dewan sejak 15 Julai, 2010 maka dengan itu kerusi telah kosong mulai 16 Januari, 2011.

Artikel 69 Perlembagaan Selangor menyatakan seorang Ahli Dewan Undangan yang tidak hadir mesyuarat untuk suatu tempoh enam bulan mestilah mengosongkan kerusi masing-masing.

Badrul keluar daripada PKR pada 2009 dan menjadi bebas.

Bagaimanapun , Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan sama ada satu pilihan raya kecil akan diadakan.
Read Full 0 comments

Lubang Raksasa Di China

CHINA - Sebuah lubang raksasa atau yang dikenal dengan fenomena sinkhole kini terjadi pula di Sichuan, China. Lubang dengan lebar melebihi 21 meter ini terjadi secara tiba-tiba dan belum diketahui puncanya. Lubang yang mirip kawah ini terjadi di halaman belakang rumah Zhang Fengrong, 58 tahun.

Ini bukan kejadian yang pertama kali di China. Tahun lalu, di sebuah jalan di Zhejiang, juga muncul lubang raksasa selebar 8 meter. Menurut Fengrong, dia mendengar suara seakan guruh sekitar pukul 2 pagi. Fengrong yang sedang tidur terus bangun. Dia bergerak menuju ke arah datangnya bunyi guruh itu, setelah dia melihat, dia terkejut. Ada sebuah lubang menganga lebar dan terus membesar mendekati rumahnya.

Pada awalnya menurut Fengrong, ia hanyalah sekitar 3 meter tapi lama kelamaan ia terus membesar. Dalam 24 jam, lubang itu menjadi selebar lebih dari 21 meter. Bagaimanapun kedalamannya masih belum diketahui. “Saya cuba melempar tali sepanjang 40 meter, tapi belum sampai ke dasar, saya lempar pula tali sepanjang 60 meter, masih juga belum sampai ke dasarnya,” kata Fengrong seperti dipetik dari laman Orange, Isnin (17/1/2011).

Jika berdiri di pinggir lubang, menurut Ferong, seperti ada suara air di dasar lubang. Tapi ketika dilempar batu, tidak kedengaran bunyi kocakan air. Fengrong dan keluarganya sekarang berpindah ke sebuah rumah yang disediakan pemerintah setempat. Penduduk setempat juga sibuk membantu mereka mengangkut barang-barang. “Kami takut lubangnya terus membesar dan rumah kami menjadi korban,” katanya.

Sebelum ini, fenomena sinkhole atau lubang raksasa yang terjadi tanpa sebab telah berlaku di Schamalkalden, Jerman. Lubang itu muncul secara tiba-tiba tanpa diketahui sebabnya. Selain di Jerman, di Guatemala juga pernah berlaku kejadian serupa.
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks