blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

PRK Tenang : Kemaskini 15-16 Jan

Tuesday, January 18, 2011
Dua minggu saya ambil untuk menyediakan beberapa butiran asas medan pertempuran ini. Hujung minggu lalu Jan 15-16 saya pergi ke sana untuk membuat beberapa kerja persediaan. Ini adalah kemaskini situasi terkini di sana.

Sekali lagi, saya jelaskan di sini fokus kepada 'Tenang' sebenarnya agak sedikit tersasar. Kebanyakan pengundi dan aktiviti sebenar adalah di bandar Labis. 'Tenang' atau bandar 'Stesen Tenang' sebenarnya hanyalah sebahagian kecil pengundi dan tidak sibuk sangat di sana. Saya menimbulkan perkara ini kerana terdapat rakan-rakan sukarela daripada JB tersalah arah menuju ke bandar Tenang sedangkan kami menunggu di bandar Labis.


'Balik Negeri Cina'

Biar saya memulakan dengan sebuah anekdot pengalaman saya di sebuah kawasan kejiranan yang bernama Taman Tenang. Saya menerima penghinaan yang pertama 'balik negeri Cina' di situ. Sebagai persediaan untuk pilihan raya kecil, satu kajian dijalankan untuk mengenal pasti dan memahami isu-isu tempatan. Saya membantu ke sana ke sini sambil membawa borang tinjauan. Jadi saya memutuskan untuk menjelajah ke kawasan ini. Bila saya bertemu dengan seorang pakcik sekitar 60an, dia kelihatan berminat dan memberikan respons terhadap tinjauan saya. Bagaimanapun dia akhirnya merasa terganggu dan mula mengancam saya, pertama sekali dengan berkata 'balik negeri Cina' lalu diikuti pula dengan menunjukkan kepada saya dua orang lelaki yang duduk di meja sebelahnya dan berkata “dia orang SB, boleh tangkap awak ke lokap di Melaka”. Pakcik itu kelihatannya sedih dengan kehadiran saya yang boleh mencuri beberapa undi UMNO. Dia tidak mampu memberikan hujah dan saya sedih kerana dia sudah dimabukkan dengan dogma bersifat perkauman UMNO. Saya kemudiannya berundur dengan senyap dari kawasan itu kerana tidak mahu menimbulkan sebarang kesulitan. Ingin saya nyatakan orang pertama yang ditemu duga sebenarnya agak terbuka dan bertanyakan pelbagai soalan mengenai isu-isu setempat. Tidak semuanya takut.


Jangkaan kehadiran polis yang ramai.

Bila saya telah melewati sebuah kompleks sementara yang sangat besar, saya terkejut. Akhirnya saya mengetahui ia sebenarnya adalah kompleks sementara untuk kakitangan polis. Sudah dijangka kehadiran polis yang ramai pada pilihan raya kecil ini tetapi diharapkan agar tidak berlakunya berat sebelah dan keganasan dari Polis Di Raja Malaysia.


Dari jauh, kompleks mega yang bercahaya dan sangat menakutkan. "Siapakah yang akan bina bangunan sementara pada yang skala sebegitu besar?"

Setiap khemah nampaknya dilengkapi dengan sistem pendinginan udara yang amat besar. Pasti sangat selesa di dalamnya.

Pekerja-pekerja bekerja keras demi keselesaan pihak polis kita.

Tapak penjana kuasa. Memerlukan banyak bekalan elektrik untuk 'menyejukkan' kompleks sementara ini dan nyata TNB tidak dibebani dengan kewujudannya.

Satu parkir besar sudah dibina sejak dari mula. Hanya untuk penggunaan sepuluh hari, mungkin.


Kerajaan menjadi sibuk, buat sementara waktu

Seperti biasa, pelbagai kementerian kerajaan telah masuk gear penuh dalam mengadakan aktiviti-aktiviti di bandar sunyi Labis. Aktiviti besar-besaran ini dianjurkan di Dataran Labis.

Dataran Labis sekarang ini dipenuhi hampir setiap hari.


Kami tidak pasti apa tujuan kenderaan-kenderaan jabatan kerajaan ini berada di sini, tetapi apa yang pasti mereka tidak menjangkakan mereka akan memasuki Labis jika bukan kerana pilihan raya kecil.

Banyak hadiah dan buah tangan diberikan di sini kepada penduduk tempatan. Mungkin mingin memenangi hati pengundi?


Kawasan tengah Melayu

Dalam perjalanan terakhir, saya tidaklah menjelajah jauh ke dalam kampung-kampung dan kawasan-kawasan Felda. Jadi saya memutuskan melawat beberapa kawasan sahaja. Satu perbezaan nyata yang saya perasan ialah (terutamanya BN) bendera-bendera parti yang hilang secara misteri di pusat bandar telah berpindah ke kampung-kampung. Adakah mematuhi peraturan pilihan raya SPR hanya diguna pakai di pusat bandar sahaja.

Keluar dari pusat bandar, anda dapat merasakan satu suasana pilihan raya yang kuat dengan pertunjukan bendera-bendera parti BN.

Jalan membawa kepada penempatan Felda Kg Tenang. Anda boleh menghidu bau tar yang baru diturap. Prosedur operasi standard UMNO-BN setiap kali pilihan raya.

Jalan menuju ke Felda Tenang, dipenuhi dengan logo BN, menandakan jelas sebagai 'Kubu BN', betulkah?

Satu bukti mudah Najib sudah mula (secara haram) berkempen. Dia akan melawat ke kawasan ini pada 18 Jan dan ada acara cabutan bertuah yang besar berupa pelbagai hadiah seperti motorsikal.


'Sasaran' - lebih kurang 90 peneroka yang disenaraikan sebagai peneroka Kg Tenang Felda. Seorang daripada mereka bagaimanapun membina sebuah rumah yang besar di antara rumah-rumah kayu. Saya mengesyaki dia adalah ketua UMNO bahagian.


Sumber : Tenang by-election: updates on the ground 15-16Jan
Read Full 0 comments

Hanyut Bersama Boneka Seks

AUSTRALIA - Pasukan Polis telah dipanggil selepas sepasang kekasih kelihatan terapung-apung di Utara Warrandyte North pada hari Ahad lalu.

Pasangan kekasih yang terapung-apung di dalam Yarra River di Melbourne, Australia, bermain bersama boneka patung seks telah diselamatkan oleh kru penyelamat selepas berlaku situasi kelam kabut.

Pasangan yang kedua-duanya berusia 19 tahun, berteriak meminta bantuan selepas wanita itu hilang cengkaman daripada boneka seksnya dan berpaut pada sebatang pokok yang terapung-apung di dalam sungai.

Polis tidak terkejut dan kesal apabila menerima panggilan untuk membantu pasangan muda ini.

'Kami sedang sibuk dengan misi penyelamatan banjir, tindakan mengalihkan peralatan dan kelengkapan penyelamat untuk perkara ini sangat tidak ideal,' kata Konstabel Kanan Wayne Wilson seperti yang dilaporkan oleh Stuff.co.nz.

'Kebanyakan organisasi penyelamat tidak suka dengan rakyat yang berkelakuan sebegitu kerana terdapat ramai rakyat di luar sana yang benar-benar memerlukan bantuan.'

Pasangan itu telah diperiksa oleh jururawat selepas diselamatkan dari sungai dan tidak memerlukan sebarang rawatan perubatan.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks