blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Tragedi Oktober 1987 Berulang?

Saturday, January 15, 2011
Hati-hati dengan PEKIDA atau 'tiga line'. Mereka telah cuba wujudkan pelbagai masalah sejak dulu lagi dan setiap kali pilihan raya kecil sejak Mac 2008. Tugas mereka ialah untuk menekan negara agar terjadinya rusuhan kaum supaya kerajaan boleh 'mengeluarkan arahan' untuk menahan aktivis-aktivis dan pemimpin-pemimpin pembangkang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.




Raja Petra Kamarudin

Sebelum itu kita lihat gambar-gambar demonstrasi selepas solat Jumaat semalam.


Adakah anda perasan bendera berwarna kuning-hijau-merah itu, ya warna-warna lampu isyarat itu? Begini, itu ialah bendera-bendera PEKIDA. Dan jika anda hendak tahu lebih lanjut mengenai PEKIDA pergi ke laman web mereka di sini: http://www.pekida.org /

PEKIDA ialah merupakan 'sayap kelima' yang diasaskan selepas peristiwa 13 Mei, 1969. Tujuannya ialah untuk membentuk satu barisan hadapan atau barisan pertahanan jika rusuhan kedua meletup -- 13 Mei Versi 2. Semua Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, dahulu dan sekarang, mempunyai kaitan dengan PEKIDA -- begitu juga di dalam tentera, polis, para pemimpin UMNO, kakitangan awam , dan ramai lagi.

Seperti di Ireland di mana Sinn Fein ialah parti politik dan IRA ialah sayap militan. Di Malaysia ianya adalah UMNO dan PEKIDA.

PEKIDA juga memainkan peranan semasa krisis Perak, anda boleh membaca di bawah:

Sebenarnya punca krisis politik Perak ini segala-galanya bermula dari UMNO Perak yang tidak bersedia menerima kekalahan mereka dalam PRU ke-12 pada Mac 2008. Sejak dari keputusan diumumkan oleh SPR yang menunjukkan UMNO / BN Perak hanya memenangi 28 kerusi dari 59 kerusi DUN Perak, mereka terus merancang untuk menggagalkan penubuhan kerajaan Perak dari pakatan parti-parti pembangkang PAS / PKR / DAP.

Pada malam keputusan tersebut diumumkan UMNO telah menghubungi beberapa ADUN PAS untuk melompat parti dengan tawaran berjuta ringgit. Orang yang pertama mendapat tawaran itu ialah Ir. Hj.Nizar Jamaluddin, ADUN Pasir Panjang (kini Dato’ Seri).

Setelah saya selaku Pesuruhjaya PAS Perak mengumumkan persetujuan PAS untuk bersama DAP dan PKR membentuk kerajaan di Perak, tidak berhenti-henti saya dihubungi oleh beberapa orang yang mewakili UMNO, diantaranya beberapa orang pegawai kerajaan. Bahkan saya ditemui oleh beberapa orang pemimpin PEKIDA yang saya percaya mereka mewakili UMNO.

Saya mendapat maklumat pihak UMNO cuba mempengaruhi istana untuk membentuk kerajaan minoriti dengan 28 ADUN kerana parti-parti lain memperolehi bilangan kerusi yang lebih kecil dari UMNO/BN. Akan tetapi kami berjaya memintas dengan membuat keputusan menubuhkan gabungan 3 parti yang kemudian dikenali dengan Kerajaan Pakatan Rakyat.

UMNO terus cuba memujuk PAS dengan menghantar Dato’ Zahid Hamidi untuk berbincang dengan saya, tetapi saya enggan berjumpa beliau. Beliau dan beberapa orang rakannya termasuk Dato’ Amin Salleh, Ketua Jabatan Hal Ehwal Khas Kementerian Penerangan gagal berjumpa saya kerana rumah kediaman saya di Simpang Empat Semanggol dikawal ketat oleh Unit Amal dengan dibantu oleh beberapa orang polis.

Kejadian itu berlaku pada malam 16 Mac 2008, sehari sebelum majlis upacara mengangkat sumpah Hj. Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang ke-10. -- Ustaz Ahmad Awang


Apa yang UMNO / PEKIDA cuba lakukan adalah untuk mengulangi peristiwa 1987 ugutan di antara UMNO MCA dan menyebabkan lebih daripada 100 aktivis dan pemimpin-pemimpin politik ditahan selepas Oktober 1987 -- atau dipanggil Operasi Lalang.

Pada 1987, UMNO telah berpecah kepada dua yang akhirnya mengakibatkan lahirnya UMNO Baru dan Semangat 46. Untuk mengalih perhatian rakyat dari masalah dalaman UMNO ini, Najib Tun Razak, Ketua Pemuda UMNO kemudiannya dan Lee Kim Sai, Ketua Pemuda MCA, terlibat dalam ugutan dan perbalahan sehingga diberi publisiti, atau apa yang rakyat Malaysia gelar 'wayang kulit'.

Ia menggambarkan seolah-olah Malaysia sedang menuju ke arah 13 Mei Versi 2.

Untuk 'mengembalikan keamanan' dan 'menjamin keselamatan' rakyat Malaysia, Operasi Lalang telah dilancarkan dan lebih daripada 100 'pengacau' yang telah memberi 'ancaman kepada keselamatan negara' telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Ramai yang dihantar ke Kamunting selama dua tahun dibawah akta penahanan tanpa perbicaraan.

Anehnya, kedua-dua manusia iaitu Najib dan Kim Sai, watak utama dalam wayang kulit ini dilepaskan. Mereka tidak ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Hari ini kita dapat melihat perkara yang sama berulang sekali lagi. Sejak Mac 2008, UMNO telah mencuba banyak kali untuk mencetuskan masalah perkauman. Semalam hanyalah merupakan satu lagi diantara siri percubaannya.

Demonstrasi semalam ialah berikutan sepucuk surat seorang lelaki MCA yang menulis kepada Perdana Menteri kerana merungut 'bunyi bising' dari sebuah masjid di dalam kejiranannya. Perdana Menteri membocorkan surat itu dan mencetuskan kekecohan.

Imbas kembali pada 2008, Teresa Kok telah dituduh kerana merungut bunyi bising dari masjid. Jawatankuasa masjid kemudiannya menafikan insiden itu tetapi Teresa tetap juga ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Pada isu terbaru ini, lelaki MCA telah menulis satu surat aduan kepada Perdana Menteri dan memberikan salinannya kepada semua orang tanpa kecuali. Bagaimanapun, dengan bukti ini tiada tindakan telah diambil terhadap beliau manakala dalam kes Teresa, walaupun dia tidak melakukannya -- dan ini telah disahkan oleh jawatankuasa masjid -- dia tetap ditahan.

Bukankah ini satu wayang kulit, sama seperti Ummi Hafilda Ali mengisytiharkan: Saya berani katakan saya masih seorang gadis.

Hati-hati dengan PEKIDA atau 'tiga line'. Mereka telah cuba wujudkan pelbagai masalah sejak dulu lagi dan setiap kali pilihan raya kecil sejak Mac 2008. Tugas mereka ialah untuk menekan negara agar terjadinya rusuhan kaum supaya kerajaan boleh 'mengeluarkan arahan' untuk menahan aktivis-aktivis dan pemimpin-pemimpin pembangkang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Dan apabila kami mengatakan PEKIDA, kami sudah tentu maksudkan UMNO.

Disebalik semua peristiwa ini saya berani bertaruh orang-orang Cina dan India akan tetap mengundi untuk Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil Tenang pada hujung bulan. Dan apabila saya katakan Cina dan India bodoh sombong mereka marah. Tetapi jika saya tak panggil mereka bodoh sombong, apakah gelaran yang patut untuk panggil mereka?


Terjemahan : October 1987 revisited
Read Full 0 comments

Baru Lahir Sudah Ada Gigi

CAMBRIDGESHIRE - Bayi lelaki yang baru lahir ini mengejutkan ibu-bapanya. Saat kali pertama muncul di dunia, ia sudah memiliki gigi depan.

Kebiasaannya, bayi akan mempunyai gigi pertama pada usia enam bulan hingga satu tahun. Namun Oliver James memiliki dua gigi sejak di awal kelahirannya. Kedua orang tuanya, Joanne Jones dan Lee Jones mengatakan anak mereka sudah melakukan pemeriksaan gigi untuk kali pertama dengan doktor.



Bayi ini memiliki berat 7 paun 12 ons dengan sepasang gigi depan pada gusi bawah. Doktor
menyatakan bahawa gigi itu mungkin akan tercabut dan digantikan dengan gigi baru. Namun, doktor tidak dapat memastikan bilakah gigi tersebut akan berganti.

Joanne (31) dan dan Lee (32) berasal dari Cambridgeshire, menarik perhatian orang ramai yang tertarik untuk melihat keajaiban anak mereka. Kedua mereka
mengaku bahagia memiliki bayi lelaki yang sihat dan popular.


“Belum pernah ada bayi yang lahir dengan gigi dan ini sangat aneh,” ujar Joanne. Oliver lahir melalui kaedah caesar di Hospital Rosie, Cambridgeshire. Meskipun kedengaran agak nakal, namun Joanne memutuskan untuk menyusukan anaknya dengan botol.


Sumber : www.dailymail.co.uk

Read Full 3 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks