Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam tadi menyatakan perlunya berlaku satu anjakan paradigma di dalam parti untuk menerima kepentingan bukan Islam disamping memperjuangkan ajaran Islamnya.
Hadi menegaskan Islam sendiri sentiasa mengajar Muslim supaya menghormati dan melindungi hak-hak bukan Islam.
“Pasti terdapat satu anjakan paradigma dan kami tidak boleh jadi seperti Umno yang sengaja tidak menghiraukan jirannya, MCA dan MIC. Mereka boleh dengan mudah melupakan dan mengabaikan jiran-jiran mereka. Ini menunjukkan politik tidak munasabah mereka.
“Kita perlu sedar bahawa bukan Islam juga merupakan sebahagian Malaysia dan Islam mengajar kami bagaimana untuk memerintah sebuah negara dengan masyarakat berbilang agama,” dia memberitahu di dalam satu perhimpunan yang dipenuhi lebih daripada 8,000 penyokong-penyokong di Stadium Malawati di sini malam tadi.
Hadi menjawab tuduhan sesetengah pihak bahawa dengan gabungan bersama Pakatan Rakyat (PR) merupakan satu perubahan dalam politik PAS.
“Islam bukan sahaja mengajar kami supaya menghormati Muslim tetapi juga bukan Islam dan tempat penyembahan mereka. Ini bukan janji dari PAS atau PKR tetapi dari Allah.
“Pakatan Rakyat telah menjadi satu kejayaan dan kami mahu a dipertahankan dan diperkuatkan. Semoga Allah akan memberi kami kemenangan pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.
Terdapat laporan-laporan daripada PAS bahawa Hadi akan menghidupkan semula perbincangan perpaduan dengan Umno.

Sebelum itu Hadi bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merapatkan ikatan semula selepas berlakunya 'kegoyahan' pada awal tahun ini.
Agenda utama pertemuan di antara Pemimpin Pembangkang Anwar dan Presiden PAS ialah berkaitan isu pertemuan malam Krismas dengan Yang diPertuan Agong, yang turut dihadiri oleh Hadi, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa dan dua orang pemimpin tertinggi Umno.
Makan malam itu dilihat sebagai satu lagi usaha untuk menghidupkan semula perbincangan kerjasama politik dengan Umno di atas nama Melayu / perpaduan Islam, bagaimanapun kedua-dua presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Nik Aziz telah menolak untuk mengulas mengenai pertemuan itu.
Bagaimanapun Hadi memberitahu penyokong-penyokongnya malam itu bahawa Islam akan sentiasa kekal sebagai matlamat parti itu.
“Akan ada antara mereka yang mempersoalkan apakah kaitan antara agama dan politik. Ini menunjukkan itu orang itu jahil walaupun dia seorang Islam,” katanya.
Hadi berkata PAS perlu bersabar dan ambil laluan yang betul untuk menawan Putrajaya.
“Allah telah menegur kami supaya kami mengikut laluan yang betul dan tidak mengikut laluan orang yang tidak faham. Terdapat mereka yang mahu menang dengan cepat dan mudah dengan mengambil jalan pintas. Dan ada mereka yang tidak yakin akan memenang dan percaya bahawa mereka lemah.
“Kita mesti bersabar dan mengikut laluan yang betul,” katanya.
Nik Aziz menambah kemudiannya supaya pemimpin-pemimpin Umno tidak lupa bahawa kematian akan datang kepada kita semua.

Sumber : The Malaysian Insider