LOS ANGELES - Gabernor juga manusia biasa. Gabernor California Arnold Schwarzenegger terkejut kerana sedang disaman pihak polis kerana meletakkan G-Wagon miliknya di tapak parkir lebih dari lima minit.
Bintang trilogi Terminator itu memarkir G-Wagon miliknya lebih dari lima minit ketika sedang membeli makanan di sebuah restoran di Los Angeles.
Seorang anggota polis terus memberikan surat saman kepada seorang gabernor Californa kerana melanggar undang-undang jalanraya. Ini menunjukkan bahawa undang-undang di Amerika Syarikat (AS) tidak pandang bulu.

Bagaimana jika seorang menteri UMNO di Malaysia melanggar undang-undang jalanraya adakah akan disaman juga?