TENANG - Kurang daripada dua minggu daripada hari penamaan calon pada 22 Jan dan kurang sebulan dari hari pengundian pada 30 Jan, kawasan pilihanraya negeri Johor Tenang sudah pun sibuk dengan pelbagai aktiviti. Kerusi DUN Tenang duduk hanya bersebelahan kampung halaman saya di Segamat, jadi saya memutuskan untuk membuat satu lawatan dan berkongsi beberapa maklumat dan gambar-gambar keadaan di sini.
Sebelum itu saya ingin nyatakan di sini saya hanya membuat pemerhatian di kawasan bandar. Terdapat ramai penduduk tinggal di dalam Felda (pengundi selamat UMNO?) dan ladang-ladang (masihkah setia pada MIC?), yang saya tidak mempunyai cukup masa untuk mengunjungi mereka.
GeografiNama “Tenang” sebenarnya agak kurang tepat di sini. Ia hanyalah separuh daripada bandar Labis dan keseluruhan pekan kecil ini di panggil Tenang. Tidak ada sebuah hotel pun di Tenang berbanding anda boleh mencari beberapa hotel kecil di Labis. Jaraknya lebih kurang 10km di antara Tenang dan Labis. Bandar paling hampir adalah Segamat, kira-kira sejauh 18km ke Tenang dan 28km ke Labis.
Bagaimana ke sanaCara paling mudah untuk tiba ke bandar Labis dengan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (E2), keluar di Yong Peng dan ikut Jalan Persekutuan 1 menuju ke utara. Selepas memandi sejauh 45km dari Yong Peng dimana keadaan jalannya adalah ok, dengan melepasi beberapa seksyen dan melepasi beberapa lan. Anda akan melalui sebuah bandar kecil dipanggil Chaah sebelum sampai ke Labis.
Jika anda memandu dari Pahang atau Negeri Sembilan, anda boleh mengambil Jalan Persekutuan 1 menghala ke selatan, bertemu Segamat sebelum sampai ke Tenang melalui Labis.
Terdapat satu stesen KTM di Labis yang mana memberikan kemudahan paling mudah. Jadi dengan menaiki kereta api juga antara satu pilihan. Ada juga satu stesen KTM kecil di Tenang tetapi kebanyakan perjalanan kereta api tidak berhenti di sana.
PenginapanKetika ini anda mungkin sukar mendapatkan mana-mana bilik atau beberapa hotel-hotel kecil di Labis. Untuk menginap lebih lama, anda boleh mencari rumah-rumah tempatan untuk menyewa. Tetapi saya ada mendengar kadar sewa telah naik berkali-kali ganda hingga melebihi RM1k untuk sebulan. Pilihan praktikal yang lain ialah untuk tinggal di Segamat, yang mempunyai jarak kira-kira 18km dari Tenang dan 28km dari Labis. Terdapat banyak hotel-hotel kecil dan yang lebih besar, lebih banyak hotel yang baik.
[Jika anda memerlukan bantuan logistik tempatan seperti penginapan dan pengangkutan, hubungi saya di pratamad(at)gmail.com. ]
Galeri FotoPertama, bandar kecil yang bernama Tenang. Kadang-kadang dipanggil Stesen Tenang. Ia hanyalah bandar estet dengan hanya sebaris rumah kedai.
Sebatang jalan, dengan gabungan antara rumah kedai kayu dan konkrit, inilah yang membentuk bandar kecil Tenang.
Di belakang baris rumah kedai di Tenang ialah kereta api, di sebalik beberapa ladang-ladang di sini tinggal populasi penduduk India yang ramai.
1km dari bandar Tenang ialah Taman Tenang and Taman Tenang Jaya, dengan kawasan perumahan ladang moden.
Berikutnya, bandar lebih besar dipanggil Labis. Jalan lama Labis, dengan rumah kedai tradisional. Sebuah kampung penduduk Cina di Labis
PAS, yang akan meletakkan calonnnya mewakili Pakatan Rakyat, telah menubuhkan Dataran PAS di atas sebidang tanah yang luas untuknya siri ceramahnya. Teruskan PAS!. Di seberang Dataran PAS ialah bilik gerakan PAS bagi pilihan raya kecil.

Ironinya, MIC menubuhkan bilik operasinya tidak beberapa jauh dari bilik gerakan PAS.
PKR turut mempunyai sebuah pejabat cabang yang besar di sini.
Pemuda PAS juga menaikkan sebuah 'Bilik Gerakan Pemuda' yang besar. Dan disebelahnya terdapat 'Bilik Gerakan Gerakan' (tiada ralat menaip di sini, ia adalah 'Gerakan' untuk Parti Gerakan.) Labis pasti sangat kecil sehingga 'musuh' berada terlalu hampir antara satu sama lain.
Akhirnya, 'bilik gerakan' wajib UMNO.