blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Alfatihah..Faizal Yusof Meninggal Dunia

Saturday, January 1, 2011

Al Fatihah Buat Pelakon Faizal Yusof yang telah kembali ke rahmatullah… Pelakon Faizal Yusof Meninggal Dunia akibat serangan jantung pada 1Januari 2011. Allahyarham meninggal di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur dan meninggalkan seorang anak berusia dua tahun, Mohamad Rayyan Nakhaie.

Faizal semakin dikenali dengan watak Dani menerusi drama Adamaya. Semoga allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al Fatihah. Saya agak terkejut dengan berita itu dan apa-apa profhariz.com mengucapkan takziah kepada keluarga si mati…

Inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah
Read Full 4 comments

Safee Sali Dirisik PSPS


PEKANBARU - Pihak pengurusan PSPS Pekanbaru saat ini sedang merisik penyerang Malaysia Safee Sali untuk diajak bergabung memperkuatkan Askar Bertuah, julukan PSPS.

jurulatih PSPS Abdurahman Gurning menyatakan bahawa Safee yang menjadi penjaring terbayak dalam piala AFF dengan mengumpul lima gol optimis akan dipinang untuk memperkuat barisan hadapan yang saat ini mengalami krisis.

" Kita lihat permainan Safee sangat bagus dan ini sesuai dengan strategi PSPS yang bermain agresif dan laju," kata Gurning seperti dilaporkan dalam okezone, Jumaat (31/12/2010).

Pemain asal kelahiran Selangor 29 Januari 1984 itu sendiri juga menyatakan ingin keluar dari liga Malaysia dan akan memilih bermain di negara lain termasuk akan bemain di Liga Indonesia. Tawaran itu pastinya bersambut.

Menurut Gurning lagi, bahawa hingga saat ini pihak pengurusan PSPS terus berhubung dengan agen Safee. Bahkan lobi-melobi untuk menarik penyerang tersebut sudah dilakukan sejak pusingan akhir pertama antara Indonesia dan Malaysia. Jadi sekarang hanya tinggal menunggu keputusannya.

" Sekarang kita hanya memiliki dua penyerang iaitu Isnaini dan Herman. Sedangkan kita tidak punya penyerang simpanan. Namun apa jua keputusan saya serahkan terus kepada pihak pengurusan," menurut Pak Haji gelaran bagi Gurning.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks